6⚘

48 9 1
                                    

" Hoi, yang berborak tu dah siap ke belum? Kalau belum cepat siapkan aku nak balik cepat " Fahrin bernada sedikit memerli.

" Tak insaf-insaf lagi ke jantan ni? " soal Khai seorang diri lalu menjeling Fahrin yang sedang menjelingnya juga.

" Korang ni asyik gaduh je cubalah berbaik kang tak pasal-pasal jadi jodoh hah padan muka korang " mendengar sahaja ayat yang terkeluar dari mulut Nazrin serta merta Khai dan Fahrin membuat muka jijik.

" Aku pegang perkara yang korang buat ni kalau korang jadi jodoh aku akan belasah korang " Tira menggenggam penumbuknya seperti penumbuk itu berisikan sesuatu.

" Hah peganglah sampai bila-bila aku tak akan suka punya dekat perempuan muka poker ni " ingin sahaja Khai membaling cermin tingkap yang sedang dilap Nurin ke arah Fahrin apabila diperli sebegitu rupa.

" Terasa lah tu, kan? Kebanyakkan orang yang kuat terasa dengan apa yang orang perli ni sebenarnya perkara betul, kan " semakin hebat perlian Fahrin melihat Khai yang sedang menahan amarah.

BUNG !!

Khai menghentak tangannya ke meja dengan kuat lalu berjalan keluar dari kelas dengan perasaan marah yang membuak-buak.

" Bro..."

" Jaga lisan kau tu "

Setelah mengungkapkan kata-kata itu Nurin dan Tira serta merta keluar dari kelas untuk memujuk Khai yang entah hilang ke mana.

" Ap-apa kau nak buat?! Weh Khai agak-agak lah kau serius nak buat benda ni? " Khai mengangguk dengan laju.

" Tolong aku angkat benda ni " Nurin mengangguk. Dia terus menolong Khai mengangkat baldi yang berisikan air kotor lalu dimasukkan ke dalam kelas.

" Okey sekarang kita nak buat apa dengan air cucian mop ni? " Khai tersenyum sinis apabila Tira mengeluarkan soalan itu.

" Aku nak simbah dekat kereta jantan tu " Khai memandang Nurin dan Tira silih ganti untuk mendapatkan respond yang baik.

" Aku sokong !! "

" No, tak baik balas dendam "

" Alaa..Nurin sekali sekala je "

" Nabi Muhammad saw kena lagi teruk dari kita, ada baginda membalas balik apa yang telah dilakukan oleh umatnya sendiri? " Khai dan Tira terdiam seribu bahasa.

" Ok aku janji tak buat lagi " Khai mencebik lalu menuangkan air itu ke tingkat bawah dan pada masa yang sama Fahrin lalu di tempat pembuangan itu.

" Fish !! "

" Kenapa ? "

" Aku tertuang air ni dekat kepala mamat kpop tu " Tira tersenyum puas. Manakala kedua kawannya sedang kerisauan.

" Dendam di balas HAHAHA "

" Happy nampak ? " Nurin dan Khai kedua-duanya memaparkan muka poker apabila melihat keseronokkan Tira.

" Mana ada hue hue "

" Habis lah kau Khai " Tira cuba untuk menakut-nakutkan kawannya itu. Khai makin kerisauan dia menoleh ke bawah dan mendapati Fahrin tiada di situ.

" Jadi..kau lah yang simbah aku? " Soal seseorang dari arah belakang. Khai, Nurin dan Tira menoleh serentak dan muka Khai lah yang paling memucat.

" LARI !! "

Mereka bertiga berlari dengan laju meninggalkan Fahrin yang sedang menahan amarahnya. Fahrin menoleh ke belakang lalu tersenyum sinis.

" Woo woo woo " entah datang dari mana Rizqi tiba-tiba berada di laluan yang ingin di lalui oleh mereka bertiga. Khai menoleh dan melihat Fahrin di belakang sambil tersenyum sinis.

" Kita dikepung !! " Nurin memandang sekeliling lalu mengambil penyapu makcik cleaner dab di acukan ke muka mereka berempat.

" Jangan berani korang datang dekat !! " jerit Nurin dengan kuat dan tidak lama kemudian datang lagi tiga orang jejaka dan mengepung mereka juga.

" Apa? Korang fikir kitorang ni miang ke? Hell no kitorang masih innocent tahu tak? " Danial memandang mereka bertiga sambil menahan ketawa.

" Apa kes korang ni? " soal Adam dengan nada suara yang agak garau. Tira menggelengkan kepalanya.

" Hai Qimi !! "

" Hye "

Selepas itu Tira terus membuat aksi berlawan semula. " Apa ke bangang sangat kau ni, Tira? " soal Khai sambil memandang Tira tidak puas hati.

" Aku tegur aje hagaga "

" Korang buat apa dekat sini? Ke tepi kitorang nak lalu !! " jerit Khai kepada Fahrin yang sedang menghalang laluannya. Fahrin memberikan Tira dan Nurin laluan tapi bukan Khai.

" Hoi !! Ke tepi lah!! " rambut Fahrin yang basah lagikan panjang diselak ke belakang dan itu sangatlah membuatkan hati semua para gadis cair tapi tidak bagi si cold-heart Khai.

" Kau fikir hensem ke? Muka dah macam berok ada hati nak buat rambut macam tu " Khai masih lagi berusaha untuk menolak jejaka sado itu berambus.

" Kau mana larat nak tolak Jac-- Fahrin ni " Khai memandang ke arah Qimi yang lebih tinggi darinya mungkin dalam 6cm(?) Tidak puas hati.

" Memang aku tak larat dia ni gemok sangat !! " Khai masih lagi berusaha menolak Fahrin yang sedang memandang sinis ke arahnya.

" Aku tak gemok aku sado "

" Jijik aku tengok kau "

" Jijik ke suka? " Mereka bertujuh tersenyum sinis mendengar ayat yang terkeluar dari mulut Fahrin. Khai menggeleng sambil membuat muka geli.

" Ya Allah kau ni ke tepi lah !! Mama !! " jerit Khai sambil tangannya masih setia menolak badan Fahrin yang sedang menghalangnya.

" Kalau aku tak nak? "

" Aku akan tumbuk perut kau yang berroti ni " ugut Khai sambil tangganya bersedia untuk menumbuk perut Fahrin.

" Okey...tapi dengan syarat "

" Apa syaratnya? "

" Teman aku shopping harini "

" Pft !! lelaki shopping? HAHAHA LAWAK KARUT APAKAH INI ?! " Khai gelak terbahak-bahak selepas itu.

" Tapi aku ada syarat juga "

" Apa dia? "

" Kawan aku kena ikut "

" Kenapa pulak? "

" Elakkan maksiat "

TBC

[C]My Boy Is Kpopers✔Where stories live. Discover now