Selepas balik dari sekolah Fahrin terus naik ke biliknya tanpa menghiraukan kawan-kawannya yang sedang terpekik terlolong macam orang utan.
" Guys, apahal dengan Fahrin tu? Dia okey tak? Dari tadi macam BM je " Qimi memandang Fahrin yang sedang menaiki tangga dengan tatapan risau.
" BM? Bahasa Melayu ke? Pelik pulak kalau kau cakap ' dari tadi macam Bahasa Melayu je ' " Rizqi yang blur lagikan lembap mula bertanya.
" BM tu maksudnya Bad Mood bukan bahasa Melayu yang kita belajar sebelum balik tadi " balas Danial dengan nada yang malas.
Adam keluar dari dapur sambil mendulang air untuk mereka bertujuh. Dahi Adam kian berkerut apabila melihat salah seorang dari kawan baiknya tiada diruang tamu itu.
" Mana Fahrin? "
Dengar sahaja soalan yang terkeluar dari mulut Adam. Mereka berlima terus menjuihkan bibir mereka ke tingkat atas rumah.
" Dalam bilik? Aik..tak nak makan dulu ke? Selalunya dia yang akan datang kat dapur minta makan " Adam mula berasa pelik melihat kelakuan Fahrin. Dia terus mendaki tangga dan menuju ke bilik Fahrin.
" Rin? Kau okey tak? " soal Adam dengan nada prihatin. Fahrin yang sedang memakai baju kerana baru lepas mandi segera menoleh ke arah Adam. Tanpa bersuara Fahrin mengangguk.
" Kau okey tak..? Kalau kau ada masalah kau boleh share dekat kitorang. Apa gunanya ada kawan kalau kau sorang je yang tanggung semua masalah " Adam tersenyum manis dan membuatkan Fahrin makin rasa bersalah.
Fahrin mengangguk.
" Okey cuba share apa masalah kau biar aku dengar..kalau kau rasa kekok nak cerita berdua aku boleh panggilkan yang lain..biar diorang tak rasa yang diorang tu dipinggirkan "
Fahrin menggeleng.
" Aku rasa aku tak nak pergi majlis tu lah " luah Fahrin dengan nada yang lemah. Terkejut berok Adam dibuatnya apabila mendengar luahan hati Fahrin.(pfft)
" Tapi..kenapa? "
" Kau pon nampak kan macam mana perempuan tu layan aku? Macam nak tak nak je...Entah-entah dia tak setuju nak pergi majlis tu dengan aku "
" Hoi, kau jangan nak jadi lemah. Aku tak kenal siapa kau. Kau bukan Fahrin. kau bukan kawan aku. Sebab Fahrin yang aku kenal bukan seorang yang senang mengalah " Tegas nada suara Adam menengking Fahrin.
" Tap..."
" Adam...aku lapar!! Cepat lah masak!! " jerit Qimi dengan nada gedik yang amat. Adam tergelak kecil mendengar Qimi merengek.
" Ingat pesanan aku, Rin " Adam bangun dari kedudukan dan menuju ke arah Qimi yang sedang bersedih. Fahrin masih lagi diam.
" Aku perlu bercakap dengan dia "
●●●
" Ahh!! Kenapa kau perlu muncul?! Aku benci kau tak guna!! " Khai menjerit dengan kuat sambil mengusutkan tudung sekolahnya.
Khai mencampakkan badannya ke katil dan tanpa Khai sedar air matanya mengalir dengan deras dipipi. Khai mengelap air matanya perlahan.
" Nenek...Khai rindu nenek " Khai memandang ke arah jendela yang ditutup oleh langsir yang berwarna biru laut itu dengan tatapan sayu. Khai mendekati jendela itu dan membuka sedikit tingkap yang menghalang pandangannya.
" Ya Allah, indahnya ciptaan mu " Khai mengesat air matanya yang gugur dengan senyuman yang terukir dibibir merahnya.
" Erm...dah pukul berapa ni? " Khai memandang ke arah jam dindingnya dan sedikit terkejut melihat masa untuk menunaikan solat zohor sangat singkat.
YOU ARE READING
[C]My Boy Is Kpopers✔
RomanceKhairunisha-Seorang gadis yang jahil tentang kpop, benci akan Fahrin yang seeing mengganggunya, orang kaya yang sangat rendah diri dan pemurah. Fahrin Wang-Seorang Mamat kpop yang mempunyai rahsia tersendiri, mempunyai 7 orang kawan baik, suka kacau...