BAB 6

8K 123 17
                                    

Farisya memandang sayu ke arah sekujur tubuh tua yang kaku terlantar diatas katil hospital. Sudah lebih seminggu keadaan Hanum sebegitu. Walaupun perkembangan nenda semakin baik namun jantung Hanum perlu diawasi dengan sangat rapi.

Adakah ini salah dia juga?
Seperti mana ibu bapanya pergi kerana dirinya?

"Adik jom balik." Ajak Fahmi yang sedari tadi perhatikan Farisya hanya termenung memandang tubuh Hanum yang kaku. Bukan dia tidak tahu yang adiknya itu sangat sayangkan wanita tua itu walaupun secara zahir adiknya itu sering kali buat perangai keras kepalanya.

"Habis nenda siapa nak jaga?" Soal Farisya tanpa memandang abangnya.

"Farisya balik je. Malam ni giliran maksu pula yang jaga." Jelas wanita separuh abad itu. Farhana melihat satu-satunya anak saudara perempuan yang saling tak tumpah dengan seraut wajah arwah kakak iparnya.

Masih segar dimindanya betapa tragis pemergian abang dan kakak iparnya. Jika mereka masih hidup pasti mereka bangga dengan kejayaan kedua anak mereka.

"See, jom adik. Nanti bila nenda dah sedar abang akan bawa adik ke sini." Dia faham akan perasaan adiknya. Kerana bagi Farisya semua ini berlaku pasti berpunca daripadanya.

Akhir Farisya akur dengan arahan abangnya. Sebelum mereka beredar sempat mereka berdua bersalam dengan Farhana dan juga Hanum yang masih kaku itu.

Fahmi ternampak kelibat Aril yang keluar daripada salah satu wad pesakit bersama fail coklat disisi lelaki itu terus dia menegur.

"Assalammualaikum Aril, time kerja ke sekarang?" Tegur Fahmi sambil menepuk belakang badannya.

"Waalaikumussalam, haah sekarang time kerja biasalah aku shift malam hari ini. Kau baru lepas melawat nenda kau ke?" Terkejut Aril apabila ditegur begitu. Di fikirkan siapa lah tadi.

"Haah, baru je lepas jenguk nenda." Ramah Fahmi membalas.

"Ehemm." Meluat sungguh Farisya melihat kemesraan dua sahabat dihadapannya ini. Bertambah meluat apabila dihadapannya sekarang ini adalah Aril.

"Aril, aku balik dulu ya. Waktu melawat pun dah nak habis." Ujar Fahmi apabila melihat wajah cemberut adiknya itu. Bukan dia tidak tahu yang adiknya sekarang tidak suka dengan sahabatnya itu berbeza dengan dahulu kerana kemana Aril pergi mesti Farisya mahu ikut. Malah, senyuman adiknya itu tidak pernah lekang. Kini digantikan dengan santapan jelingan maut adiknya.

"Ohh dah pukul 11 malam tak perasan pulak aku." Sambil memandang jam tangan di pergelangan tangan kirinya.

"Anyway thanks sebab tolong aku haritu." Ujar Fahmi. Dia sangat beruntung dapat memiliki seorang sahabat seperti Aril. Sahabat susah senang dia.

"Takde hal." Balas Aril dengan senyuman nipis.

"Bodoh, tolong tak bertempat semua benda nak sibuk." Sindir Farisya secara tiba-tiba tanpa berlapik berserta jelingan maut.

Flashback

Terkaku Farisya apabila dengar Hanum telah dimasuk ke Hospital. Pantas tangan Aril dicapai.

Aril kehairanan dengan karenah gadis ini secara tiba-tiba mahu menyentuh tangannya. Bukan perempuan itu selalu cakap jijik ke~

Aril merentap tangannya perlahan.
"Kau dah kenapa main tarik-tarik tangan aku ni. Bukan kau selalu rasa jijik ke? Tak jijik pulak sekarang ni." Sindir Aril dengan wajah selambanya.

Farisya tersedar terus dia menarik tangannya semula. Merah wajahnya menahan bengang.

"Sekarang ni, aku nak kau bawa aku pergi hospital." Arah Farisya. Dia langsung tidak terkesan dengan pandangan tajam Aril. Peduli apa dia.

Sayap SebelahWhere stories live. Discover now