BAB 22

3.4K 73 12
                                    

"Wrong Number." Said a familiar voice.

Bangunan shopping complex itu tidaklah terlalu padat dengan orang ramai.

Seawal pagi tadi Farisya sudah keluar daripada Villa kerana tidak mahu bertembung dengan wajah Fahmi mahupun Tengku Hanum. Malah kebetulan juga sedara maranya mahu datang berkunjung di Villa.

Maka keputusannya keluar awal adalah tepat. Langkah Farisya lurus melintasi setiap deretan butik-butik pakaian yang berjenama.

Perasaan bosan mula menjerma benak dek akal. Tidak tahu untuk berbuat apa.

Jika dulu Amylia sering menemani Farisya kemana dirinya mahu pergi atau lebih tepat penghibur hatinya. Namun kini, perempuan itu tiba-tiba sahaja melenyapkan diri tanpa khabar berita.

'Qash?'

Lelaki itu sekadar rakan sekerjanya sahaja. Sebaik selesai sahaja matlamatnya. Qash juga akan terputus hubungan dengannya. Tiada kaitan lagi dengannya.

Farisya membawa dirinya memasuki kesalah sebuah butik berjenama.

Mindanya merawang entah kemana. Tangannya menyentuh-nyentuh pakaian yang tergantung elok dihadapannya.

'Xander?'

Entah kenapa fikirannya teringat akan lelaki kacukan itu. Teringat segala kebaikan lelaki itu berikan kepadanya.

Dia masih tidak faham kenapa hatinya hanya mampu menerima Xander sebagai sahabat. Bukan dia tidak pernah berikan peluang kepada lelaki itu tetapi perasaannya tetap sama. Tidak pernah perasaan itu lebih.

Teringat akan lamaran lelaki itu membuatkan hatinya resah.

"Apa yang aku buat ni salah ke?"

Gumamnya perlahan. Pakaian digenggamannya ditenung hingga tembus.

"Aku permainkan hati Xander ke?" Tanyanya lagi. Hatinya seakan bolak balik.

Apatah lagi dengan ugutan Xavier membuatkan dirinya bertambah runsing. Apa maksud Xavier. Dirinya tak layak untuk Xander? Atau dia menghidu yang dirinya mempermainkan Xander.

"Tak."

"Tak, aku tak berniat nak permainkan hati dia. Sebab aku pun..."

Bahu Farisya ditepuk dari belakang membuatkannya terhenjut sedikit. Lantas dia berpaling memandang gerangan tersebut.

"Farisya?"

"Aril?" Berkerut dahi Farisya apabila lelaki itu sebenarnya yang menegurnya tadi.

"Apa yang abang buat dekat sini?"

Kepala Farisya menoleh ke arah kiri dan kanan sambil memerhatikan sekeliling butik. Soalan Farisya mengundang senyuman sinis di wajah Aril.

"Sepatutnya Abang yang kena tanya Sya. Apa yang Sya buat dekat butik pakaian lelaki ni?" Mata Aril melirik ke arah pakaian lelaki di dalam genggaman gadis itu.

Pantas Farisya memandang pakaian di tangannya lalu memandang sekeliling ruangan butik ini.

Akalnya seolah baru sahaja memproses sesuatu. Leka sehingga tidak sedar dirinya di mana.

"Saja. Jalan-jalan." Balas Farisya ringkas.

"Ohh, ingatkan nak tukar selera lain." Seloroh Aril.

"Tak ada duty ke?" Malas Farisya mahu membalas perlian Aril itu. Pakaian lelaki itu digantungkan semula di tempat asalnya.

"Cuti. Nak tenangkan fikiran."

Farisya mengeluh perlahan.

"Abang jangan risaulah. Kamal tu pernah jadi klien Sya dulu. Rasanya dia orang tak ada apa-apa hubungan." Jelas Farisya sambil berjalan beriringan keluar daripada butik.

Sayap SebelahWhere stories live. Discover now