BAB 37

3.7K 146 25
                                    

"Affection is the source of self-confidence, happiness, security, and a comfortable mental state."

Sebelum matahari menjelmakan diri untuk mengambil alih tugas bulan. Seorang gadis mengenakan bohemian tanpa lengan keseorangan berada di tepi pantai awal pagi.

Farisya berdiri santai di tepian gigi pantai sambil menatap panorama di waktu pagi. Sungguh menenangkan jiwanya pada permulaan hari barunya di sini.

Bunyi ombak menghempas pantai serta angin bayu perlahan menampar dirinya dihayati. Mata terpejam rapat menghayati konsentrasi nyaman.

Tidak lama kemudian Farisya dapat rasakan seperti ada seseorang berdiri berhampirannya. Kerana kesan bunyi percik air ombak pada pantai.

Dengan perlahan Farisya buka kelopak matanya. Firasatnya meneka dengan tepat. Figura seseorang berpakai santai dengan mengenakan kemeja longgar putih kapas membangkit aura maskulin lelaki itu sendiri.

Hampir terpegun dirinya buat seketika.

Angin bayu perlahan meniup rambut dark brown lelaki itu sehingga berterbangan. Cukup mempersonakan sehingga mampu memukau mata-mata gadis di luar sana setiap kali dipandang.

Terlalu leka sehinggakan lelaki kacukan itu membalas pandangannya. Lantas Farisya melarikan pandangan ke hadapan lautan terbentang luas. Termalu sendiri dengan perbuatannya tadi.

Farisya berdehem kecil membuang kejanggalan di hatinya sendiri.

"Apa kau buat dekat sini?"

"Mana yang lain?" Tanya Farisya mendatar.

Mata Xavier tidak lepas menatap wajah putih kemerahan itu akibat menahan rasa malu. Hari memakan hari dia dapat lihat perubahan pada diri gadis itu.

Walau implikasinya sedikit. Mungkin dulu gadis itu lebih suka membisukan diri dan menyendiri.

Tiada langsung semangat untuk melakukan kehidupan seharian. Melainkan mahu tidur sahaja.

"Tak ada yang lain cuma kita berdua saja."

Kerut Farisya keliru.

'Apa maksud kita berdua pula? Bukan ke Kim yang berjanji nak keluar dengan aku?' Fikir Farisya sejenak.

'Atau sebenarnya-' Bola matanya melirik menduga ke arah Xavier beriak tenang.

Geli hati Xavier rasakan apabila melihat mimik muka gadis itu. Namun rasa itu ditahannya.

"Mari, aku nak tunjuk sesuatu pada kau." Ajak Xavier lembut serentak menyua huluran tangan.

Farisya menghela nafas. Memandang wajah Xavier dan huluran itu silih berganti. Tanpa memikir panjang dia menyambut sahaja huluran itu.

Hatinya sedikit demi sedikit mula mempercayai lelaki itu.

Mungkin dengan cara layanan dan penerimaan lelaki itu sendiri berjaya mengubah fikiran Farisya terhadap Xavier.

Tambahan pula, kata-kata Xavier sebelum ini melunturkannya.

Setiap kesan langkah kaki yang mereka tinggalkan padam dek ombak mencium pasir putih di Pulau Rawa ini. Kakinya dibiarkan bermain-main di gigi pantai begitu juga dengan Xavier.

Malah tangannya masih setia digenggam erat oleh lelaki itu. Manakala sebelah tangannya pegang sepasang sandal. Hati perempuannya tidak mengetahui bahkan tidak dapat meneka apa yang Xavier cuba lakukan sebenarnya.

Setiap langkah Xavier diikuti Farisya kian jauh dari tempat resort serta pandangan orang ramai.

'Apa yang dia nak buat ni?' Gerutu hati Farisya dek tertanya-tanya. Setelah mereka berada cukup jauh daripada kewujudan semua orang. Maka serta merta kaki Xavier berhenti.

Sayap SebelahWhere stories live. Discover now