BAB 46

3K 82 10
                                    

'If I had a flower for every time thought of you. I could walk through my garden forever.'

Kelihatan dua pembantu dapur Deiderich sedang menyusun atur beberapa sajian hidangan di atas meja terbentang luas. Kesibukan kedua pembantu dapur tidak di pandang endah oleh dua orang jejak Jerman di tempat duduk masing-masing meja santapan. Seawal pagi hujung minggu Daylon sudah menunjukkan kelibat wajahnya di Deiderich.

Bunyi lagaan kaca mengisi kesepian di ruangan santapan Deiderich sebelum suasana menjadi sepi meninggalkan mereka berdua. Dalam pada itu, Daylon diam memerhati tepat ke arah Xavier yang duduk di tengah hujung meja santapan dengan wajah sangsi dipamerkan. Tindak tanduk sepupunya sedang leka meneliti kerja-kerja menggunakan tablet di tangan.

Dapat Xavier merasakan yang bahawa dirinya sedang tajam diperhatikan seseorang. Lantas Xavier mengangkat wajahnya dan mengerling sekilas ke arah Daylon yang memandang tepat ke arah dirinya. Namun Xavier tidak berasa kisah ingin mengetahui apa yang sedang Daylon fikirkan sehingga menunjukkan reaksi ingin memakan mangsanya.

"Kenapa dengan bibir kau?" Soal Daylon akhirnya. Dia tidak buta untuk tidak perasan akan luka kecil di hujung kiri bibir Xavier. Apatah bibir sepupunya itu sentiasa kelihatan merah dan sihat kerana Xavier bukan seorang yang gemar merokok.

Jari Xavier terhenti seketika sebelum berdehem kecil. Mengangkat muka tenangnya memandang Daylon yang duduk disisi meja santapan menanti soalannya dijawab. Kemudian Xavier mencapai tangkai cangkir mengisi kopi panas dan disisip perlahan lalu diletakkan semula di atas pelapik piring cangkir.

"Terkena pisau." Acuh tidak acuh Xavier berikan jawapan. Di sambung semula kerjanya di tablet.

"Seriously?" Daylon menjongketkan sebelah keningnya menunjuk reaksi seakan tidak mempercayai dengan jawapan mudah Xavier. Namun Xavier tidak mempedulikan reaksi Daylon dan hanya terus memfokus kepada kerjanya.

Kemudian, pandangan mata Daylon melihat kelibat susuk tubuh Farisya yang baru masuk ke dalam ruangan makan bersama sepiring kuih tradisional Malaysia yang dibawanya. Gadis itu lengkap berpakaian Boho floral berwarna krim dengan rambut messy bun terus meletakkan di atas meja sebelum mengambil tempat duduknya di hadapan Daylon.

"I'm proud of you, Farisya." Tegur Daylon dengan bangga. Sebelah tangan kanannya menongkat dagu bersama renungan redup penuh tersirat. Sedikit kehairanan menerjah di fikiran Farisya. Dahi gadis polos itu berkerut pinga-pinga menafsir pernyataan yang secara tertiba itu.

Pantas Xavier memandang tajam ke arah Daylon bersikap bersahaja dengan Farisya. Bukan dia tidak kenal sikap Daylon yang suka berseloroh itu. Pandangan Daylon beralih pula ke arah Xavier dengan lirikan senyuman sinis malah dia tidak gentar dengan renungan tajam Xavier.

"Sorry, I won't buy anything from what you say." Selar Daylon dengan mimik muka sinis.

"Fick dich." Carut Xavier dalam bahasa Jerman. (Fuck you.)

Letus gelakan kecil daripada Daylon. Manakala Farisya masih diam tidak memahami perkara apakah yang sedang dua jejaka di hadapannya ini katakan. Seraut wajah beku Xavier diperhatikan silih berganti dengan Daylon mengisi penuh makna. Tidak mahu terus runsing dengan karenah mereka berdua terus Farisya mencapai tangkai cangkir kopinya dan ditiup perlahan sebelum dihirup dengan cermat.

Daylon melepaskan tangan dari menongkat dagu. Sebiji karipap yang masih lagi hangat diambilnya. Daylon mengambil gigitan pertama terus terpancar keterujaan pada muka tampannya.

"Ahh, sedapnya. I believe you will be a good mother. Especially kepada si kembar." Baki karipap di tangannya terus disuap ke dalam mulutnya.

Farisya mempamerkan keterujaan mendengar komen daripada Daylon. Namun kehairanan datang kepada Farisya kerana sepanjang tempoh yang pendek dia mengenali Daylon. Lelaki itu bukan seorang yang murah memberikan pujian tetapi lebih kepada maksud yang penuh tersirat.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 07, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sayap SebelahWhere stories live. Discover now