BAB 14

4.7K 110 14
                                    

A Woman Likes A Strong, Silent Man Because She Thinks He is Listening

Keadaan kaunter bank itu agak sesak sekali. Memandangkan ianya pada hujung bulan sudah pasti ramai manusia sedang mengalami kekeringan duit untuk kehidupan harian.

"Miss Farisya, I am sorry. Your card already blocked." Kata seorang kakitangan bank berbangsa cina itu.

"What! H..how." Air muka Farisya pada saat itu amat terkejut sekali dengan kenyataan perempuan berbangsa cina di hadapannya itu.

Otaknya masih ligat mencerna setiap bait kata-kata pekerja bank itu walaupun dia sudah faham. Tanpa mengetahuanya segala wang di dalam akaunnya sudah di sekat.

"Kami terima arahan daripada Encik Fahmi sendiri." Jelasnya pekerja bank itu lagi. Jika tidak di jelaskan pasti dia pula akan di sembur pula oleh pemilik kad bank itu sendiri. Malah dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana segala harta yang ada di dalam akaun bank gadis itu sememangnya di uruskan oleh Fahmi sendiri.

"Fuck." Carut Farisya perlahan. Wajahnya di raup sebentar.

Pekerja bank itu sedikit gerun akan wajah merah padam milik Farisya akibat penjelasannya itu pasti tidak menyenangkan hati gadis itu.

Tidak Farisya sangka Fahmi betul-betul ingin menguji kesabarannya.

Tanpa menunggu penjelasan selanjut pekerja bank berbangsa cina itu. Lantas Farisya bangkit lalu membuka langkah untuk keluar daripada bangunan bank yang di anggap bala itu sebelum dirinya pula yang akan meletup di situ.

Dompet di saku seluarnya di bawa keluar. Matanya memandang isi dalaman dompetnya sendiri. Hanya tinggal beberapa not sahaja lagi.

Bagaimana dia mahu teruskan hariannya jika dalam keadaan begini. Sudahlah dia tidak mempunyai tempat berteduh buat sementara waktu.

Tidak dia sangka Fahmi benar-benar ingin menyeksa dirinya. Bagaimana dia boleh terlupa bahawa segala keperluannya sememangnya di sediakan oleh Fahmi sendiri.

Perkara yang Farisya sendiri boleh terlepas pandang adalah hasil titik peluhnya.

Farisya menjerit geram sehingga pengunjung bank itu memandang pelik ke arahnya. Dia sudah tidak peduli akan pandangan jelik manusia di sekelilingnya ini.

Tidak betah berada di situ langkahnya terus menuju ke arah di mana motorbikenya di tempatkan. Namun, langkahnya berhenti betul-betul di hadapan motorbikenya.

Mata Farisya tajam cuba mengecam wajah lelaki yang asyik merenung tepat kearahnya sambil bersandar di motorbike miliknya.

"Hei gorgeous." Tegur lelaki bermata biru itu bersama senyuman sumbing.

"Xander, what are you doing here?" Tanya Farisya hairan akan kehadiran lelaki itu. Bagaimana lelaki itu tahu dirinya berada di kawasan ini.

"Public right?" Senyum Xander.

Sinis.

Farisya tidak menghiraukan kehadiran Xander secara mengejut situ. Helmetnya terus di sarungkan ke kepalanya.

Tanpa membuang masa Farisya naik keatas motorbikenya lalu enjin motorbikenya pula di hidupkan.

"Thanks." Kata Xander setelah dirinya terdorong kebelakang sedikit untuk memberi ruang kepada gadis itu.

Tangannya di masukkan ke dalam poket seluar menaikan aura lelaki itu.

"For what?" Wajah maskulin Xander di pandang sekilas. Kenapa sejak semalam dirinya banjiri dengan perkataan itu.

"Sebab jaga Xandria." Kata Xander. Malah dengan selambanya Xander menolak Farisya ke belakang tempat duduk.

Manakala Xander turut mengambil tempat di bahagian penunggang.

Sayap SebelahWhere stories live. Discover now