'Stab the body and it heals, but injure the heart and the wound lasts a lifetime.'
Permandangan taman rekreasi yang terbentang luas dilihat dari tingkap kaca bilik dipandang sepi. Bintang-bintang bersinar turut tiada daya tarikkan untuk dirinya berasa teruja.
Fikiran gadis itu bercelaru sejak dia mula sedar lagi. Dirinya sangkakan hidupnya sudah berakhir tetapi disebaliknya pula.
Suasana ruangan bilik ini suram, sepi dan kosong sama seperti dirinya berasa kosong. Sejak dia terjaga pada pagi lagi tiada sesiapa yang ada di sampingnya mahupun datang melawatnya melainkan petugas hospital sekadar menghantar makanan kepadanya.
Pintu kedengaran dibuka dari luar menyentak Farisya. Namun Farisya masih statik duduk di tepi katil tidak memalingkan tubuh daripada melihat gerangan itu.
"Kau nak apa datang sini." Soal Farisya dingin. Cukup dengan rasa kehadiran lelaki itu ke sini membuatkannya berasa sesak.
"Aku nak berbincang dengan kau." Ujar Aril mara menghampiri Farisya beriak kosong.
Farisya berdecit.
"Sudahlah."
"Tak apa lagi yang nak dibincang sekarang ni." Balas Farisya acuh tidak acuh.
Fikirannya masih serabut dan lelaki itu datang hanya semata-mata nak menambahkan lagi keserabutkan di fikirannya.
Aril merenung tepat ke arah Farisya yang ralit melemparkan pandangan ke luar tingkap hospital.
"Aku menjangkakan kebencian kau dekat aku semakin bertambah." Lancang sungguh mulut Aril sengaja memprovok perasaan Farisya.
Aril mengalih pandangannya daripada Farisya turut ke luar tingkap sambil mengeluk poket seluar.
"Aku nak kau setuju." Arah Aril tegas.
Farisya mengalihkan pandangannya ke arah Aril dengan wajah meluat.
"Kau ni buta ke bodoh." Selar Farisya kasar.
Dia mula turun dari katil memandang Aril yang bersahaja seolah tidak terkesan langsung
"Aku tak nak kahwin dengan kau lah. Jangan buang masa kau dengan beria-ria nak kahwin dengan aku sebab semua tu tak akan pernah terjadi." Kata Farisya keras. Tajam matanya memandang lelaki yang dia amat benci itu.
"Dalam mimpi pun kau tak layak." Cemuhnya lagi.
Aril senyum sinis melihat wajah berang Farisya.
"Aku mungkin boleh tunaikan impian kau 10 tahun lepas." Balas Aril angkuh. Sengaja mahu mencurah minyak ke api yang sedang marak.
Tangan Farisya mengenggam penumbuk menunggu masa untuk melayang ke wajah Aril.
"Kau nak ungkit?" Tajam matanya menikam Aril.
"Benda tu dah lama mati daripada hidup aku!" Jerkah Farisya. Tubuh Aril ditolaknya kasar sehingga berundur kebelakang setapak.
Manakala Aril masih tersenyum sinis. Tangannya mengibas dadanya yang disentuh gadis itu. Sinis.
Jelas di mata lelaki itu segala kekusutan yang Farisya sedang alami sekarang. Tetapi tidak setanding rasa sakit apabila diugut oleh kawan baiknya sendiri.
Meluap darahnya apabila dipaksa berkahwin dengan budak itu.
"Hidup kau ni penuh dengan kekusutan, kecewa, kebencian dan dendam. Semua tu penuh hitam apa memang hidup kau ni menyedihkan." Hina Aril berserta gelak sinis.
"Aku boleh faham kenapa abang kau benci sangat dekat kau. Kalau mak ayah kau masih hidup lagi pun aku pasti dia orang sendiri akan berasa malu dengan kau." Tambah Aril lagi sengaja ingin menyakitkan hati Farisya.
YOU ARE READING
Sayap Sebelah
RomanceSetiap kisah percintaan pasti akan wujud watak ketiga malah manusia akan sentiasa membenci watak ketiga dalam setiap hubungan yang wujud. Ya, Farisya hadir dalam hubungan Aril dan juga Sarah agar mereka dapat rasa betapa perit apa yang Farisya rasa...