If it's real,
It will never be overSuasana petang di kawasan taman permainan kanak-kanak itu agak riuh sekali dengan gelak ketawa kanak-kanak yang leka dek kerana rasa seronok yang bagai tiada penghujungnya.
Matanya sejak tadi hanya mampu memerhatikan setiap kegembiraan yang dirasai oleh kanak-kanak yang seronok bermain riang itu. Raut wajah kanak-kanak itu lebih rasa teruja kerana dapat bermain bersama ibu dan bapa mereka.
Jauh di sudut hatinya terbit suatu perasaan cemburu terhadap kanak-kanak di hadapannya itu. Tidak pernah dia sesekali dapat merasa keseronokan yang dirasai seperti kanak-kanak dihadapannya. Apatah jejakkan kaki di taman permainan jauh sekali. Zaman kecilnya penuh duka dan kesedihan sahaja.
Mereka yang melihat pasti berfikir bahawa dia merupakan insan yang sangat bertuah kerana mempunyai segala harta dan kekayaan yang ada. Mungkin pada zahirnya sahaja, namun di sebaliknya hanya kesengsaraan yang dia rasa.
Hidup seperti burung yang berterbangan di dalam sangkar sahaja. Sejak kecil dirinya sering dibuli dan di ejek di sekolah. Manakala di rumah pula dia akan disisihkan oleh semua ahli keluarganya sendiri termasuk abangnya.
Ahli keluarganya sendiri hanya lebih memilih menyalahkan dirinya atas kematian mama dan papanya. Termasuk Fahmi sendiri kerana itu abangnya tidak pernah mengambil tindakan atas segala tindak tanduk rakan-rakan sekolahnya yang sering membuli dan mencacinya. Fahmi hanya memilih mendiamkan diri dan tinggalkannya tanpa mempertahankan dirinya yang di ejek.
Fahmi luaran sahaja bersikap over protect. Dia bertindak begitu hanya kerana tekanan nenda sendiri terhadapnya sahaja. Layanan abangnya sendiri kadang kala dingin dan kadang kalanya terlebih peramah. Malah Fahmi lebih suka mengatur jalan hidupnya.
Aril Haidar
Lelaki itu hadir memberikan dia seribu satu rasa dalam dirinya. Dia seorang pelindung yang hadir untuknya. Lelaki itu sentiasa mempertahankan dirinya setiap kali dirinya dicaci di sekolah.
Malah lelaki itu juga telah mengajarnya erti kasih dan perhatian. Namun, segala rasa itu musnah saat dia dikhianat oleh lelaki itu sendiri. Rasa sakit itu masih terasa hingga kini. Kerana hal itu dia sanggup bersetuju untuk melanjutkan pelajarannya di London.
Pada saat itu dunianya sudah hancur.
Farisya melepaskan keluhan berat. Dia menundukkan wajahnya memandang tanah pasir. Kakinya masih menghayun sederhana buaian.
Farisya menyeluk saku jaketnya mencari kotak rokok. Buaian di sebelahnya diduduki seseorang. Hanya dia biarkan sahaja pasti kanak-kanak fikirnya."I'm sorry for that day." Suara garau menegur Farisya membuatkannya terhenti mencari kotak rokoknya itu. Farisya melihat gerangan itu membuatkan dia mengeluh.
Lelaki itu, tidak dia sangka merupakan lelaki yang sama telah menganggunya di kelab malam tempoh hari. Memang benar sangkaannya terhadap lelaki yang mempunyai mata biru di restoran mewah semalam seperti dia pernah berjumpa sebelum ini.
"For what." Tanyanya kepada Xander. Farisya memandang raut wajah lelaki itu.
Jika boleh dia tidak mahu berjumpa dengan sesiapa pada hari ini.
"I terlalu biadap dengan you." Farisya memandang wajah lelaki kacukan itu yang penuh berharap kepadanya.
"Okay." Ujarnya. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia begitu mudah berkata begitu. Sekurang-kurangnya lelaki itu tidak mengkhianatinya mungkin.
YOU ARE READING
Sayap Sebelah
RomanceSetiap kisah percintaan pasti akan wujud watak ketiga malah manusia akan sentiasa membenci watak ketiga dalam setiap hubungan yang wujud. Ya, Farisya hadir dalam hubungan Aril dan juga Sarah agar mereka dapat rasa betapa perit apa yang Farisya rasa...