BAB 35

3.8K 141 23
                                    

"Sometimes, life will kick you around, but sooner or later, you realize you're not just a survivor. You're a warrior, and you're stronger than anything life throws your way."


"Kadang kala benda yang kita tak sangka-sangkakan lah akhirnya terjadi."

"Maksud kau fairy tale?"

"I guess."

Masih terngiang-ngiang di telinga teringat akan perbualannya dengan Daylon tempoh hari. Xavier merasakan dirinya seolah telah termakan dengan kata-katanya sendiri.

"Mungkin aku perlukan sedikit konsep fairy tale dalam hidup aku." Gumam Kecil Xavier perlahan.

Secangkir teh panas masih berasap kecil di tanggannya disisip perlahan. Fikirannya tidak lupus membayangi kejadian malam tadi.

Cukup membuatkan jantungnya berhenti berdegup apabila difikirkan semula. Sekiranya ada apa-apa yang terjadi terhadap gadis itu Xavier tidak akan memaafkan dirinya.

Dia sudah berjanji untuk membantu Farisya keluar daripada terus tenggelam dengan dunia kesengsaraan.Baginya Farisya berhak untuk mendapatkan semula hak yang gadis itu inginkan selama ini.

Cangkir itu diletakkan semula di atas piring kaca. Kemudian matanya beralih memandang tajam ke arah kertas di atas meja kopi.

Lantas kepingan helaian A4 itu diambilnya. Xavier tidak henti-henti mengulang membaca bait perkataan isi kandungan kertas itu. Dia tidak menyangkakan kehidupan gadis itu cukup mensadiskan.

PENGUGURAN KES PENDERAAN FIZIKAL

Kemudian, Xavier mengalihkan pandangannya ke arah lain. Dia tidak faham kenapa kes itu ditarik dengan alasan yang tidak maksud dek akal. Bahkan, kes itu ditarik balik oleh Tengku Hanum sendiri.

Kepingan gambar yang dikepilkan bersama kertas itu sebagai bukti dipandang sayu. Jelas sekali kesan lebam kebiruan pada belakang tubuh remaja perempuan itu. Tidak sanggup untuk dirinya memandang lama.

Tergamak mereka lakukan perbuatan keji terhadap insan yang tidak bersalah apa-apa. Tetapi ada seperkara yang menghairankan Xavier tentang laporan yang di buat 8 tahun lepas.

Orang yang telah membuat laporan itu sendiri merupakan orang yang tiada kaitan dengan Farisya. Atau lebih tepat orang awam yang jumpa Farisya dalam keadaan dibuli.

"Tuan." Baron mencelah sambil berdiri di sisi Xavier.

"Mr. Knightley ingin bercakap dengan tuan." Handphone di tangan Baron disuakan kepada Xavier.

Kemudian, Xavier mengambil handphone itu dan dipandang kosong skrin iPhone milik Baron menjerit meminta dijawab segera.

Lantas panggilan itu ditolak. Xavier tidak mahu berbalah dengan vaternya buat masa sekarang.

Kerana vater mula mengganggu Baron setelah buat kali yang ke seratus Xavier menolak panggil vater. Xavier tahu lelaki tua itu sedang berang dengannya tetapi dia tidak mahu mengambil pusing kerana diri Farisya mula mengkaburi ruang fikirannya sekarang.

Gadis itu yang dirinya tumpukan sekarang.

"Jangan pernah angkat panggilan daripada dia lagi." Arah Xavier tegas sambil menyua kembali iPhone milik orang kanannya.

"Baik Tuan." Baron mengangguk faham sebelum dia meninggalkan tuannya di situ.

Bayangan kejadian penyatuan dirinya dan Farisya kembali menerjah kotak ingatannya. Masih terasa tubuhnya dirempuh kuat oleh seorang perempuan sewaktu dirinya hadir ke hotel itu semata-mata untuk rundingan anak syarikatnya di Malaysia.

Sayap SebelahWhere stories live. Discover now