Sometimes You Have To Be Your Own Hero
"You looked so stress."
Tegur Farisya senada sambil memerhatikan gelagat tenang lelaki berhoodie di hadapannya.
"Kamal.." Terbit lirikan sinis di bibir gadis itu.
Qash mengalihkan pandangannya ke arah wajah mengejek Farisya.
"Shut up. Aku ada cara aku yang lebih senang untuk tolong kau hancurkan dia orang."
"Okay, kalau kau rasa idea kau tu lebih bagus daripada plan asal aku teruskan."
Farisya menyandarkan tubuhnya pada kerusi sambil memeluk tubuh. Keningnya sengaja dijungkitkan.
"But kau jangan cuba-cuba nak buat kerja bodoh pula." Serius wajah Farisya menikam lelaki di hadapannya ini. Mana tidaknya, jika tersilap bercaturan nyawanya sekali akan terjerat juga.
"Kenapa? kau takut." Qash tersenyum sinis.
"Takut!? Kalau aku takut aku tak akan suruh kau buat benda bodoh semua ni." Farisya cuba menafikan perasaannya kini dengan berlagak tenang.
Minuman di hadapannya disedut perlahan bagi menghilangkan hati yang gusar.
"So kau perlu percayakan aku."
"Aku percayakan plan kau." Sengaja perkataan 'percayakan' itu tekan.
"Kan senang kerja aku macam ni." Tersenyum sinis Qash apabila mendengar perkataan 'percayakan' yang sengaja ditekan itu.
Jari jemari Qash cuba mengusap tangan Farisya yang berada di atas meja. Namun, Farisya dengan pantas merentap tangannya tidak selesa dengan kelakuan Qash. Apatah lagi cara pandangan menjengkelkan itu membuatkan dia berasa seram.
"Kau ni jual mahal sangatlah tapi masih nak buat kerja kotor." Sindir Qash.
"Kau lebih baik diam Qash. Aku tak berminat dengan manusia macam kau." Balas Farisya kasar dengan jelingan mautnya.
"Whatever. But aku cuma tertanya-tanya apa yang kau berdendam sangat dengan dia orang tu." Tanya Qash ingin tahu. Kerana sepanjang dia bersetuju untuk buat kerja gila ni tidak pernah dia tahu sedikit pun punca Farisya berdendam sangat dengan Aril Haidar.
"None of your business." Jeling Farisya tajam.
Qash tersenyum sinis. Jawapan itulah yang akan diberikan oleh gadis itu.
-----------------------
Sarah berjalan tenang di sepanjang laluan pejalan kaki untuk ke perhentian bas berhampiran di kawasan perumahannya.
Setiba Sarah di perhentian bas. Dengan pantas, dia melabuhkan punggungnya pada bangku besi. Sudah lama dia tidak berjalan kaki seperti zaman sekolah dulu. Ia membuatkan Sarah berasa sedikit penat memandangkan perhentian bas dengan kawasan perumahanya ini agak jauh juga.
Sarah masih setia menunggu mana-mana kelibat bas ataupun teksi yang melalui kawasan situ. Matanya juga masih setia menunggu dengan sabar mana-mana kelibat pengangkutan awam walaupun kawasan itu agak sukar untuk mendapatkan pengangkutan awam.
Brrr Brrrr
Dengan pantas Sarah mendapatkan telefon pintar. Melihat nama si pemanggil membuatkan Sarah berasa gelabah. Telefon dilengkapkan pada telinga.
YOU ARE READING
Sayap Sebelah
RomanceSetiap kisah percintaan pasti akan wujud watak ketiga malah manusia akan sentiasa membenci watak ketiga dalam setiap hubungan yang wujud. Ya, Farisya hadir dalam hubungan Aril dan juga Sarah agar mereka dapat rasa betapa perit apa yang Farisya rasa...