BAB 36

3.4K 138 13
                                    

"There is hope, even when your brain tells you there isn't"

Rambut ikal mayang berwarna dark brown Farisya menyisir rapi sebelum diikat sanggul. Mata bundarnya menatap pantulan wajahnya pada cermin. Dapat Farisya lihat dengan jelas betapa pucatnya keadaan dirinya tidak bermaya sekarang.

Hidung mancung gadis itu menghirup nafas segar umpama dirinya menghirup semangat baru.

Emosi paginya agak sedikit stabil sejak dia mula sedar tadi. Jika tidak dia hanya berasa mahu tidur sahaja dan tiada rasa apa-apa untuk membuat sesuatu.

Seawal pagi tadi Kimberlyn sudah memberitahunya bahawa mereka ada merancang aktiviti luar. Namun, Farisya tidak pula banyak bertanya tentang hal itu.

Malah, dia hanya mengikut sahaja ajakkan Kimberlyn kerana dia tahu tiada sebarang bantahan yang boleh dia katakan.

Tambahan pula, bagi Farisya mula kabur akan kata-kata Xavier. Jadi, sedikit emosi sedihnya menjadi lumpuh.

Cuma sedikit menghairankan di kotak fikiran gadis itu terhadap diri Xavier yang terlalu misteri untuk dia tafsirkan. Lelaki itu lebih gemar muncul diri dalam waktu tidak dapat dijangkakan Farisya sendiri.

Seperti setiap rutin paginya tanpa kelibat bayang-bayang Xavier. Di mana keberadaan lelaki itu tidak pula Farisya menanyakan. Kemudian, dia mula bangkit dari kerusinya.

iPhone miliknya dipandang lama. Peristiwa luar jangkaan malam tadi membuatkan dia tersenyum. Lalu iPhone itu terus dimasukkan ke dalam beg slingnya lalu disangkut pada bahunya.

Dia tidak mahu bersiap terlalu lama kerana dia sedar siapa dirinya di dalam rumah agam ini. Cukup lelaki itu masih mempunyai ihsan terhadap dirinya yang malang.

Saat Farisya menuruni anak tangga dapat dirinya lihat dengan jelas susuk tubuh Kimberlyn sedang berperang mulut dengan Daylon sambil berpeluk tubuh.

Manakala Xavier hanya duduk santai dan mengendahkan sahaja perbalahan itu. Namun apa yang menarik minat Farisya dengan gaya pakaian lelaki itu lebih nampak santai.

"Macam mana klient kau boleh bertahan dengan gigi karat kau itu." Sinis Daylon dengan lancang sekali.

Kimberlyn mencerlung tajam ke arah Daylon beriak tidak serba salah. Sungguh hati perempuannya tidak menyukai lelaki seperti Daylon. Langsung dia tidak mempercayai dengan kutukan itu.

"Terima kasih dan aku tak perlukan komen daripada kau." Tempelak Kimberlyn kasar.

Manakala Daylon menyungging senyuman sinis. Sungguh dia tidak percaya bahawa Xavier akan memilih khidmat Kimberlyn untuk memberikan kaunseling kepada Farisya.

Mereka masih tidak sedar akan kehadiran Farisya disitu. Iris mata memandang Daylon dan Kimberlyn silih berganti tidak tahu tentang apa mereka balahkan sekarang. Jadi, Farisya berdehem kecil menyedarkan mereka.

Lantas mereka memandang Farisya serentak. Kemudian, Kimberlyn terus menghampiri Farisya malah sempat dia menyondol bahu Daylon dengan kasar.

"Farisya dah bersiap?" Wajah Kimberlyn diceriakan.

"Dah." Jawab Farisya ringkas dengan senyuman nipis.

"Welcome sister!" Ujar Daylon lantang sambil mendepa dada luas.

Serentak itu tubuh KImberlyn ditolak ketepi. Manakala Farisya senyum tawar tanpa membalas apa-apa malah dia berasa sangat janggal akan sambutan Daylon. Iris matanya melirik sekilas ke arah Xavier yang hanya beriak biasa.

Sayap SebelahWhere stories live. Discover now