BAB 30

3.5K 102 15
                                    

'A great marriage is not when the ‘perfect couple’ comes together. It is when an imperfect couple learns to enjoy their differences.'

Farisya sedang duduk di hadapan meja dan melihat dirinya pada pantulan cermin sambil menyisir rambut dark brownnya dengan cermat sebelum dia mengikat kemas.

Dia meletakkan sikatnya di atas meja sebelum matanya melirik ke arah bungkusan plastik kecil tidak jauh daripadanya. Belakang lehernya diurut-urut perlahan.

Entah mengapa hatinya berasa berdebar-debar semacam. Seperti dia takutkan sesuatu yang dia sendiri tidak tahu apakah ia. Lantas dia menggelengkan kepalanya perlahan.

Bungkusan itu terus diambil dan dimasukkan ke dalam beg tangannya berserentak dia mengemas barang-barangnya yang lain.  Sempat Farisya meneliti seluruh tubuhnya pada pantulan cermin.

Kemudian, Farisya meliarkan matanya tajam semasa dia keluar dari bilik. Lalu langkahnya diteruskan menuju ke ruangan makan.

Dia perlukan tenaga yang secukupnya. Malah dia tidak mahu merosakkan mood paginya kerana ada sesuatu yang besar dia perlu lakukan hari ini.

Ketika dia masuk ke ruangan makan. Suasana sepi sahaja dan hanya ada seorang pembantu sahaja yang leka menyediakan hidangan. Tanpa membuang masa Farisya mengambil tempat.

Sekeping roti dia mula mencapai lalu disapu dengan jem buah-buahan. Kewujudan pembantu di situ dibuatnya tidak endah. Sesekali Farisya meliarkan matanya mencari bayang-bayang kelibat Tengku Hanum. Namun tiada.

Farisya kembali menyuap baki kepingan roti ke dalam mulutnya. Tidak lama kemudian, muncul figura Fahmi memasuki ruangan itu.

"Awal hari ini kau bangun." Sindir Fahmi.

Farisya menjeling meluat saat Fahmi mengambil tempat di hadapannya. Dia tidak berasa selesa dalam berkeadaan begini. Namun dia cuba untuk berlagak biasa.

"Itu sebab aku fikirkan kau belum balik." Kata Farisya tanpa memandang Fahmi.

Fahmi menyisip perlahan sebelum meletakkan semula cangkir di atas piring. Pakaian Farisya dicerlung tajam.

"Kau nak ke mana?" Soal Fahmi serius. Dia tidak mahu Farisya membuat perangai lagi. Cukuplah banyak khabar angin tidak menyenangkan mula mencacatkan imej firma.

"Bukan urusan kau." Kata Farisya selamba.

Fahmi berdecit geram. Terlalu sukar untuk melentur adiknya yang keras kepala sekarang ini. Cukup menyusahkan berbeza dengan perangai adiknya yang dulu. Kepingan surat di sebelahnya diambilnya kasar sebelum di lemparkan ke hadapan Farisya.

"Surat notis terakhir."

Farisya berkerut memandang sepi surat yang dilemparkan oleh Fahmi. Dia cukup kenal dengan rupa dan warna sampul surat itu. Lalu surat itu dibukanya kasar dan membaca bait perkataan tertulis di permukaan kertas.

"Kalau kau masih sayang dengan segala harta kau itu. Aku akan tetap terus bekukan akaun kau. Jadi jangan bermimpi nak hidup bersenang lenang. Do something for yourself."

"If not. Kau hidup sajalah tanpa apa-apa. But it's doesn't matter sebab bila kau berkahwin dengan Aril nanti. Lelaki itu yang akan tanggung kau sepenuhnya." Kata Fahmi sarkastik. Dia sengaja menguji kesabaran Farisya. Mahu melihat sejauh mana Farisya mampu memberontak.

Farisya merengus kasar. Surat amaran itu Farisya merenyuk kasar sebelum dibuang. Moodnya hilang entah kemana.

Lantas Farisya mula bangkit dan meninggalkan Fahmi di situ tanpa menoleh. Dia menahan mulutnya daripada bersuara.

Sayap SebelahWhere stories live. Discover now