"A good marriage is one which allows for change and growth in the individuals and in the way they express their love."
Pang!
Kepala Farisya terteleng ke kiri serentak tubuhnya turut rebah di atas permukaan lantai permaidani. Pipinya berasa kebas yang amat. Terlalu kuat tamparan yang hinggap sebentar kulit wajahnya.
Namun rasa kesakitan itu tidak setanding dengan kesakitan di dalam dadanya.
"Memalukan!" Tengking Tengku Hanum memetir. Mencerlung tajam Tengku Hanum menikamnya.
"Kalau aku tahu ini kerja terkutuk kau. Aku rasa menyesal sebab tak paksa menantu aku untuk gugurkan kandungan dia sejak awal lagi." Lancang Tengku Hanum melemparkan kata-kata nista.
Farisya mengempal kuat tangannya mengumpul kekuatan yang ada. Tubir matanya mula berasa panas apabila soal mama dan papanya mula dibangkitkan.
"Malah ia lebih berbaloi untuk nyawa anak dan menantu aku daripada membesar kau yang tak reti bersyukur! Dan aku tak akan rasa menyesal daripada aku rasa menyesal sekarang sebab bela kau." Selar wanita tua separa abad tanpa henti.
Farisya mula bangkit kembali. Dia memegang pipinya sambil menatap wajah Tengku Hanum. Mulutnya bisu tidak dapat mengeluar sebarang perkataan sejak dirinya melangkah masuk ke dalam bilik jabatan agama.
Bagaimana dirinya boleh tertangkap. Dia sendiri tidak tahu puncanya di mana. Angkara siapa? Dia tak nak ambil tahu. Tapi apa yang pasti niat jahatnya telah memakan dirinya sendiri.
Farisya berasakan dirinya memang patut terima semua ini. Dirinya terlalu jahat dan kejam. Dia memang tidak layak berada di atas muka bumi ini. Malah ini sepatutnya balasan untuk dirinya.
Kesemua kata-kata Tengku Hanum langsung dia tidak menafikan. Malah benar belaka. Walau dia mahu lari daripada kesemua ini tetapi bukan dengan cara begini. Dia tidak mahu dibuang oleh keluarga sendiri. Kesemua ini terlalu drastik untuk dirinya hadapi.
"Ini yang kau balas. Kau conteng arang dekat muka aku. Kau cemarkan aku dengan kerja keji kau." Dahi Farisya ditunjal-tunjal.
Farisya pagut bibirnya menahan tangis. Dia cuba ingin menyentuh tangan berkedut itu tapi dengan pantas Tengku Hanum menepis tangannya kuat.
Kemudian, keluar figura Fahmi dari sebuah bilik bersama beberapa orang lelaki memandangnya dan Tengku Hanum silih berganti.
Manakala wajah Fahmi tetap tajam merenungnya. Lantas Farisya menundukkan wajahnya. Dirinya terlalu malu. Kesemua kesalahan ini diletakkan di atas bahunya. Terlalu berat untuk dirinya pikul seorang diri.
"Bertenang semua. Perkara ini boleh diselesaikan dengan cara yang lebih elok." Kata salah seorang daripada lelaki berusia itu dengan intonasi lembut.
"Tak payah nak nasihatkan saya!" Sangkal Tengku Hanum kasar sebelum memandang wajah cucu perempuan tunggalnya.
Terdiam tiga orang lelaki tua. Kelu lidah masing-masing untuk bersuara apabila dijerkah begitu.
"Kau jangan pernah berani tunjuk muka kau dekat depan aku selepas ini." Nada suaranya dikendurkan namun tetap tegas. Lurus jari telunjuk Tengku Hanum menundingnya.
"Mari balik Fahmi." Ajak Tengku Hanum tegas sebelum berlalu pergi.
Fahmi tidak terlalu pantas membuka kaki untuk pergi. Sebaliknya dia menghampiri Farisya sedang berdiri kaku.
"Kewujudan kau ini memang membawa malapetaka sahaja." Bisik Fahmi tetapi cukup jelas di pendengaran Farisya.
Fahmi merengus kasar lantas meninggalkan adiknya di situ.
YOU ARE READING
Sayap Sebelah
RomanceSetiap kisah percintaan pasti akan wujud watak ketiga malah manusia akan sentiasa membenci watak ketiga dalam setiap hubungan yang wujud. Ya, Farisya hadir dalam hubungan Aril dan juga Sarah agar mereka dapat rasa betapa perit apa yang Farisya rasa...