BAB 26

2.6K 95 30
                                    

'Go after what you really love and find a way to make
that work for you, and then you'll be a happy person.'

Jari jemari Xavier ralit membelek satu persatu kepingan Vinyl sebelum dia menarik keluar sekeping piring hitam.

Kemudian dia memasang Vinyl pada Gramofon. Serta merta alunan musik Gramofon mula bermainkan irama di segenap ruangan bar yang terdapat di dalam rumah agam Knightley.

Xavier melirik ke arah adiknya yang kelihatan kusut sedang menogak rakus sebotol wine.

'Masalah putus cinta.' Bisik hatinya simis. Lalu melangkah menghampiri adiknya menongkat tubuh pada meja bar.

"Kau perli aku." Tembak Xander tanpa memandang abangnya.

Bukan dia tidak tahu maksud alunan musik yang digesekkan oleh alat musik klasik Gramofon. Xander menuang lagi wine pada gelasnya.

Xavier tersenyum sinis mendengar soalan adiknya. Lalu dia memandang wajah adiknya yang tegang.

"Masih meratap? Sesuai untuk kau." Sengaja Xavier mahu mencucuk rasa berang pada adiknya.

"Semua ni salah kau." Balas Xander dingin. Kemudian dia memandang wajah tidak rasa serba salah abangnya.

"Cukup menyalahkan orang kalau kau sendiri tak akan berani nak hadap risiko tu nanti." Selar Xavier tepat ke arah adiknya. Bukan dia tidak tahu tentang hal permintaan Farisya terhadap adiknya.

Xander terdiam. Dia tidak menafikan hal itu. Dia mahukan keseronokan dalam hidupnya sehingga dia lari ke Malaysia semata-mata tidak mahu berhadapan dengan vater lagi.

Tetapi untuk meninggalkan keluarga Knighley sememangnya diluar kemampuannya.

Dia tidak seberani abangnya. Berani melanggar setiap peraturan yang telah ditetapkan. Bijak bermanipulasikan kata-kata vater. Ia sungguh berbeza dengannya hanya mampu menurut tanpa membantah.

"Aku hampir nak dapatkan dia." Luah Xander lemah. Tidak dapat dia lupakan rasa bahagia saat gadis itu menerima lamarannya.

Namun harapan itu serta merta lenyap apabila difikirkan status dirinya dan keluarganya.

"So teruskan perjuangan kau." Provok Xavier. Tajam matanya menikam adiknya.

"Tapi kau mesti ingat akibat perbuatan kau tu." Tekan Xavier lagi. Dia tahu apa yang sedang bermain di fikiran adiknya.

Xavier melepaskan nafas berat melihat kebisuan adiknya.

"Kau sendiri akan bawa penyeksaan hidup pada diri dia. Jika kau sendiri tak mampu mempertahankan dia."

Xander gelak sinis.

"Sebab itu lah bekas kau tu lari." Sindir Xander sebelum mengerling abangnya.

"Kau tak cukup kenal apa erti cinta sebenar Xan." Balas Xavier tenang. Dia tidak terkesan akan sindiran Xander.

"Rasa cinta kau hanya sekadar membayangi diri budak perempuan tu semata-mata."

Xander diam. Menghadam kata-kata abangnya.

"Aku tak tahu kenapa kau yang jadi adik aku." Perli Xavier. Gelas berisi koktail dia dia hirup sedikit.

Manakala Xander membisu memikirkan sesuatu. Botol wain di hadapan dipandang dalam.

"Xavier."

"Apa yang patut aku buat sekarang." Gumamnya perlahan.

Xavier bereaksi kosong,

Sayap SebelahWhere stories live. Discover now