“I’m tough, ambitious and I know exactly what I want. If that makes me a bitch, Okay.”
Hujung minggu ini.
Ya, hujung minggu ini adalah majlisnya. Hari dimana dirinya akan bertemu dengan pintu ke nereka buatan dunia. Bagaimana dia harus mengharungi mimpi-mimpi ngerinya selepas ini.
Farisya melepaskan keluhan. Ini semua angkara abangnya sendiri untuk membalas segala dendamnya kepada dirinya. Satu-satunya insan dia pernah berharap dan bergantung untuk teruskan kehidupan. Malah mungkin tempat untuk dia menagih kasih sayang sebaik dirinya dilahirkan ke dunia ini. Namun kesemua itu hanyalah umpan kepada penderitaannya di dunia ini.
Farisya sedar. Aturan perkahwinan ini adalah muslihat Fahmi. Dia cuba mengambil kesempatan atas kesemua ini sahaja. Namun apa yang pasti dia mahu menamatkan kebahagian Aril. Dia mahu lelaki itu faham rasa apabila kepercayaan dikhianati.
Fikirannya jauh pergi daripada jasadnya dan tenggelam ke dasar emosinya. Sesekali dia mengerling ke arah jam pada tangan kirinya. Dia ada merencana sesuatu pada hari ini. Sempat dia menghantar mesej ringkas kepada Sarah untuk bertemu dengan perempuan itu secara dua mata.
Farisya harus memulakan langkah dengan Sarah. Dia tahu mereka akan berfikir dirinya adalah orang ketiga ingin menghancurkan ikatan kasih di antara pasangan itu. Merampas kebahagiaan mereka hanya semata-mata kepentingan dirinya sendiri.
Namun pernah mereka terfikir siapakah yang menjadi punca utama wujudnya insan ketiga ini. Bah kan dia sedar perbuatannya ini akan menambahkan kebencian mereka terhadap dirinya.
Iris mata Farisya jatuh ke arah seorang gadis ayu bertudung baru sahaja muncul di muka pintu kafe. Mata Sarah melari-lari mencari keberadaan dirinya.
Saat mata mereka bertembung lantas Farisya melarikan matanya ke arah tempat lain. Lalu Sarah mula menghampiri mejanya dan mengambil tempat di hadapan Farisya.
"Rahsia apa yang Sya cuba nak beritahu akak." Ujar Sarah terus dengan wajah serius.
Hati Sarah berdebar-debar sejak malam semalam. Tertiba sahaja Farisya menghantar mesej kepadanya untuk berjumpa kerana ada seperkara yang dirinya tidak tahu tentang Aril. Atau lebih tepat rahsia besar Aril.
Farisya mengukir senyuman penuh makna. Serentak itu, dia meletakkan sekeping kad di hadapan Sarah.
"Ini kad perkahwinan aku dan Aril hujung minggu ini." Kata Farisya penuh sinis.
Hatinya mungkin seronok dapat melihat perubahan pada wajah Sarah. Walaupun dia tiada niat untuk menyakiti Sarah tetapi kini dia tidak kisah jika hati perempuan itu terluka kerananya. Mungkin kerana ikatan kuat di antara Aril dan Sarah menyakitkan hatinya.
"Aku harap kau dapat datang untuk menyaksikan detik-detik bahagia aku dengan Aril." Kata Farisya lagi sekali dengan wajah sengaja dibuat-buat ceria. Wal hal itu jauh sekali daripada realitinya.
Mata bundar Sarah mendung jatuh pada sekeping kad di hadapannya. Tanpa diusik Sarah walau sedikit pun. Hatinya benar-benar kecewa.
"Kenapa." Bergetar-getar Sarah menahan sakit di dada.
'Full with dramatic.' Farisya menjeling meluat.
"Kau masih tak sedar ke? Aril memang cintakan aku sejak dari dulu lagi cuma dia tak sampai hati nak katakan pada kau." Terang Farisya mereka cerita.
Wajah terkejut jelas terpancar di muka Sarah. Hatinya seolah hancur dikhianati oleh insan yang dia pernah bantu dahulu. Ini ke balasan atas perbuatannya menolong Farisya dahulu?
YOU ARE READING
Sayap Sebelah
RomanceSetiap kisah percintaan pasti akan wujud watak ketiga malah manusia akan sentiasa membenci watak ketiga dalam setiap hubungan yang wujud. Ya, Farisya hadir dalam hubungan Aril dan juga Sarah agar mereka dapat rasa betapa perit apa yang Farisya rasa...