My Silence Is Not Weakness But The Beginning of My Revenge.
Jam di dinding menunjukkan sudah masuk waktu tengah hari. Farisya masih belum terasa ingin keluar dari biliknya. Malas dirinya mahu keluar dari bilik kerana pasti dirinya akan di perli hebat oleh Tengku Hanum atau tidak Fahmi.
Tambahan pula dirinya baru sahaja sedar dari lena indah panjangnya. Alangkah indah dunia realitinya seindah mimpinya malam tadi. Farisya menegakkan badan sekejap sebelum disandar malas pada kepala katil.
Ruangan biliknya hanya samar-samar dan dingin kerana hanya imbasan cahaya yang mencuri masuk melalui celah-celah langsir sahaja.
Farisya memesat perlahan matanya sebelum menguap kecil. Kantuk di mata amat menguji dirinya kini.
Farisya bangkit dari tempat beradunya sambil merengangkan tubuhnya. Kain langsir diselak seluas-luas memberikan peluang cahaya matahari merembus masuk ke segenap ruang di dalam bilik tidurnya.
Farisya mengusap perlahan tubuh lansingnya sendiri yang hanya mengena singlet dan short pant sahaja. Dia terlena sendiri selepas puas dirinya kusut memikirkan masalah di fikiran.
Masalah kerja.
Masalah kewangan.
Masalah kehidupan.
Tetapi semua itu Farisya tidak pernah pedulikan sangat. Kerana dendam di dalam dirinya lebih menguasai fikirannya kini. Dia hanya mahukan Aril hancur dan merana di hadapan matanya.
Sekarang ini dia hanya perlu menanamkan rasa keyakinan Aril terhadapnya. Namun masalahnya kini adalah Aril begitu sukar untuk di bawa bincang semenjak kejadian luar kawalannya di bilik tetamu tempoh hari.
Rasa bodoh dengan tindakan melulunya.
Malah Aril sudah mula rasa curiga akan dirinya. Tetapi dia masih belum rasa terlambat untuk memujuk hati Aril.
Tanpa membuang masa Farisya terus meloloskan dirinya ke dalam bilik mandi. Dia ada misi yang harus di lakukan.
Selesai sahaja bermanjakan dirinya. Sliding door wardrobe itu ditarik. Di tilik satu persatu pakaian yang sesuai pada dirinya.
Satu blouse hijau lembut menjadi pilihan lalu dipadankan ke tubuhnya. Sememangnya Farisya sangat menjaga kesempurnaan pada dirinya.
Tidak akan dia keluar dengan penampilan selekeh.
Setelah berpuas hati akan kecantikan pada dirinya. Farisya keluar dari bilik tidur0nya menuju ke arah dapur.
Kerana kelewatan bangun dari tidur maka sarapan paginya turut terlepas. Meski pun sudah menjadi kebiasaannya.
Ruangan dapur di masuk biasa. Sudah biasa dalam keadaan begini. Jika dulu mungkin dia akan makan semeja dengan Tengku Hanum dan juga Fahmi. Tetapi semenjak dirinya mula membuat hal dia lebih selesa makan berasingan.
Tiada lagi perlian dan sindirian yang menerpa telinga ketika di meja makan.
"Bik masak apa pagi tadi?" Tanya Farisya sambil menjengah ke dalam tudung salji. Manalah tahu ada makanan lebih.
YOU ARE READING
Sayap Sebelah
RomanceSetiap kisah percintaan pasti akan wujud watak ketiga malah manusia akan sentiasa membenci watak ketiga dalam setiap hubungan yang wujud. Ya, Farisya hadir dalam hubungan Aril dan juga Sarah agar mereka dapat rasa betapa perit apa yang Farisya rasa...