Childhood should be carefree, playing in the sun; not living a nightmare in the darkness of the soul.
Suasana samar dan suram itu tidak menghalang debaran rasa terhadap si pengguni di dalam bilik tika itu. Punching bag itu bergoyang-goyang akibat setiap tumbukan hebat gadis itu berikan dengan raut wajah yang agak tegang sahaja. Ia dapat menjelaskan rasa amarah yang terbelenggu di dalam diri si penghuni bilik itu.Namun malangnya setiap tumbukan yang diberikan oleh gadis itu masih tidak dapat menghilangkan rasa di dalam hatinya yang kian membengkak.
Lantas gadis itu berundur kebelakang menjauhi punching bag itu. Gadis itu tercunggap-cunggap mencari nafas di dalam ruangan bilik itu.
Dia melangkah ke arah meja khas yang menempatkan barang-barangnya. Peluh yang mengalir laju itu dia lap dengan kain yang bersih dan campak dengan kasar. Sarung tangannya di buka lalu di campak ke arah meja.
Botol arak sejenis cider pula gadis itu capai lalu di teguk dengan rakus sekali. Kerakusan yang gadis itu rasai tidak setanding dengan kerakusan rasa amarah yang mencengkam di dalam dirinya sekian lama.
Farisya melabuhkan pinggulnya di sebuah bench yang tersedia. Dia menguak rambutnya kebelakang dengan kasar.
Farisya mula dilanda kesunyian dan keseorangan. Dia berteleku sebentar. Fikirannya merawang. Apakah dia tidak layak untuk merasakan nikmat kebahagian di dunia ini.
Farisya meratap sendiri. Dia menekup wajahnya lalu empangan air matanya perlahan-lahan mengalir mencemarkan wajah putih bersihnya.
Dirinya mula teringatkan kisah duka lamanya.
Suasana di belakang bangunan sekolah itu agak kelihatan sunyi dan tersorok daripada pandangan kaki tangan sekolah dan pelajar-pelajar lain. Kerana block bangunan itu amat jarang sekali di lalui orang.
Ternampak sekumpulan pelajar perempuan sedang menyeret seorang pelajar perempuan yang raut wajah jelas mengalami ketakutan. Sampai sahaja di sebatang pokok. Mereka mencampakkan pelajar perempuan yang tidak bersalah itu ke bawah sebatang pokok.
Pelajar perempuan itu merengis kesakitan akibat kepalanya terhantuk batang pokok itu.
"Hei perempuan kau dengar sini! Kau ingat bila kau dapat markah tertinggi dalam kelas semua orang nak berbaik dengan kau ke?!" Jerkah seorang perempuan yang berambut pendek bernama Alesya merupakan salah seorang ahli kumpulan itu.
Alesya melemparkan pandangan mata yang sangat tajam kearah pelajar perempuan yang tidak bersalah itu.. Alesya mencekak pinggang.
"Alesya, biasalah. Kalau dah tak ada orang nak rapat dengan dia. Dia tariklah cikgu-cikgu dekat sini pula." Hasut si adik kepada si rambut pendek. Walaupun dia dan pelajar perempuan itu sebaya malah sekelas. Hatinya sememangnya tidak sebulu dengan pelajar perempuan dihadapannya itu. Hatinya meluat!
Tidak lama kemudian, Alesya melangkah mara ke arah pelajar perempuan yang sedang ketakutan itu. Pakaian sekolah pelajar perempuan itu sudah kotor akibat diseret tadi.
Pelajar perempuan itu sudah mula mengigil ketakutan kerana sudah dapat menjangka perbuatan jahat Alesya terhadapnya. Dia undur kebelakang sehingga tersandar pada batang pokok itu. Tiada ruang untuknya lari.
"Hei perempuan, ini last warning aku ingatkan kau. Jangan sesekali kau rapat dengan cikgu Danial! Kau tu hanya pembawa malang dekat sekolah ini!" Alesya menarik rambut gadis itu dengan kuat sehingga terdongak kepala pelajar perempuan itu.
YOU ARE READING
Sayap Sebelah
RomanceSetiap kisah percintaan pasti akan wujud watak ketiga malah manusia akan sentiasa membenci watak ketiga dalam setiap hubungan yang wujud. Ya, Farisya hadir dalam hubungan Aril dan juga Sarah agar mereka dapat rasa betapa perit apa yang Farisya rasa...