BAB 39

3.2K 115 10
                                    

"Music gives a soul to the universe, wings to the mind, flight to the imagination and life to everything."

"Baca buku apa itu?" Soal Kimberlyn memecahkan kesunyian diantara mereka.

Konsentrasi Farisya terganggu akan teguran itu. Lalu, dia memaling wajahnya sekilas kearah Kimberlyn sedang menghirup secangkir teh panas sebelum dia memandang semula pada penulisan sastera.

"Jane Eyre."Jawab Farisya ringkas sambil menunjukkan kulit buku.

Kimberlyn diam seketika sambil meletakkan semula cangkir ke atas alas piring. Keningnya berkerut memberikan reaksi yang tersirat.

"Wow, saya suka kisah cinta mereka. Jane dan Edward rochester menerima dan melengkapi kekurangan di antara satu sama lain."

Farisya mengangguk setuju bila mendengar komen ringkas Kimberlyn. Permukaan helaian sarat dengan penulisan sastera diamati gadis itu. Kisah rekaan itu bukan sahaja berpaksikan cinta semata-mata tetapi lebih daripada itu.

"Dari mana awak dapat buku itu?" Soal Kimberlyn lagi serentak menyilangkan kaki jinjangnya. Kecerahan siang hari di bumi Malaysia dapat dia nikmati.

"Xavier bagi dekat aku." Terang Farisya tanpa memandang Kimberlyn. Penulisan sastera ini cukup menarik minatnya.

Kimberlyn mengukir senyuman sungging. Matanya beralih ke arah kaca televisyen di hadapannya. Walhal rancangan dekomentari itu langsung tidak menarik tetapi ada rancangan yang lebih menariknya sekarang ini.

"Saya dapat rasakan ada kehangatan."

Lantas Farisya memandang Kimberlyn dengan penuh rasa hairan.

"Kim rasa panas ke?" Matanya turut memandang suhu penghawa dingin di siling.

'Sejuk saja aku rasa.' Getus Farisya hairan.

"Eh, tidak. Saya maksudkan kehangatan yang lain." Terang Kimberlyn pantas. Dia fikirkan Farisya tidak dengar apa yang dia katakan tadi.

Fariya menganggukkan kepalanya faham. Sepanjang dia terlalu leka membaca Jane Eyre ada sesuatu yang bermain-main dikepalanya sejak kebelakangan ini atau lebih tepat selepas Xavier memberikan buku ini kepada dia tempoh hari.

Lantas buku novel sastera itu ditutup rapat dan diletakkan ke tepi. Wajah Kimberlyn yang leka melihat televisyen itu dipandang tepat.

"Kim." Seru Farisya.

"Yes." Jawab Kimberlyn serentak membalas pandangan Farisya di sofa sebelahnya.

Gadis itu tidak gelojoh untuk melontarkan soalan. Sebaliknya dia meliarkan matanya kearah laluan koridor sebelum dia memandang semula kearah Kimberlyn.

Dia tidak mahu sesiapa mendengari apa yang dia ingin tanyakan. Memandangkan hanya Kimberlyn sahaja yang dia lebih percayakan setakat ini.

Manakala Kimberlyn melihat gerak geri Farisya dengan penuh sabar. Keselesaan duduknya diperbetulkan sesekali dia berdehem kecil.

"Boleh aku tanya sesuatu?"

"Sure, anything."

Berat hatinya untuk bertanya. Dia tidak mahu Kimberlyn salah faham terhadap dirinya nanti bahawa dia mahu mengambil kesempatan. Kemudian Farisya menghela nafas berat.

"Siapa Xavier sebenarnya?" Luah Farisya teragak-agak.

Kimberlyn tidak kalut menerima pertanyaan itu. Lantas mengawal reaksi wajahnya dan sesekali dia berdehem kecil.

"Awak tak kenal dia?" Soal Kimberlyn curiga. Walau sebaliknya dia sudah dapat tangkap tetapi dia mahu mengetahui sejauh mana gadis itu mengetahui tentang keluarga ini.

Sayap SebelahWhere stories live. Discover now