BAB 19

4.1K 92 6
                                    

There's Something About You That Keeps Me wanting More

Punching beg itu bergerak terhayun-hayang akibat tumbukkan yang bertubi-tubi. Suasana ruangan gym yang agak suram dan lampu neon yang malap memberikan hati dan jiwa si penghuni ikut melayang melepaskan rasa sakit dendam tiada penghujungnya.

Peluh mengalir tanpa rasa gentar di permukaan kulit putih tanpa sebarang cacat cela. Kemudian, tubuh genit itu mula berundur ke belakang dengan beberapa tapak.

Dadanya berombak turun naik menahan sesak. Tercungap-cungap mencari nafas yang ada di segenap ruangan itu. Langkahnya terus menuju ke arah meja yang menempatkan barangnya beraktiviti.

Farisya menanggalkan kedua-dua sarung tangan lalu diletakkan di atas meja yang diperbuat daripada kayu. Kemudian, gadis itu turut melabuhkan punggungnya pada bangku kayu sambil mencapai sebotol air mineral dengan kasar lalu dia meneguk air botol mineral itu dengan rakus.

Hilang sedikit rasa lelahnya tadi. Semenjak dia melancarkan rancangan jahatnya segala rutin hariannya turut tidak terjaga ditambahkan pula dengan perangai Xander yang mengada-ngada.

Fikirannya sedikit tenang kerana dapat melepaskan segala amarah yang terbuku di dalam dada dengan setiap tumbukan pada punching beg. Peluh pada tubuhnya dilap dengan kain yang bersih.

Dia menyandarkan tubuhnya pada dinding untuk seketika agar dapat merehatkan dirinya dengan selesa untuk seketika sambil mata terpejam.

"I'm so impressed." Suara garau itu berjaya menyentaknya daripada terus memejamkan mata.

Tubuh Farisya serta merta menjadi tegak sambil berkerut memandang kewujudan lelaki bersama beraura maskulin dihadapannya ini.

T-shirt kelabu yang tersarung pada tubuh sasa lelaki itu meninggalkan sedikit kesan peluh pada kolar baju menunjukkan lelaki itu baru sahaja membuat aktiviti work out sepertinya.

"Aku suka dengan cara tumbukkan kau tadi. Buatkan aku teringatkan anak-anak buah aku." Xavier menyindir sinis seraya melemparkan jelingan yang penuh makna.

"Apa yang kau nak daripada aku?" Soal Farisya terus kerana malas mahu bermadah akan kewujudan lelaki bermata biru kehijauan itu di sini. Ini adalah ruangan privasinya bagaimana lelaki itu boleh masuk kedalam sini.

Xavier mengorak langkah tenang ke sisi Farisya lalu melabuhkan punggungnya di sebelah gadis yang asyik memerhatikan gerak geri lelaki itu.

Jarak di antara mereka tidak terlalu jauh atau terlalu dekat. Tetapi Farisya masih dapat merasakan aura beku daripada lelaki itu.

"Stay away from him." Nada suara Xavier mendatar.

Jawapan lelaki itu membuatkan Farisya tergelak halus. Matanya melirik ke arah Xavier yang tenang tanpa sebarang reaksi. Sentiasa kekal dengan aura bekunya.

"Whose? Your little brother?" Tanya Farisya sarkastik bersama dengan sisa tawanya.

"Come on Xavier, adik kau yang tergila-gilakan aku dan aku tak pernah minta pun. I can't do anything to stop him."

"Such a bitch."

Senyuman Farisya serta merta mati apabila hinaan itu keluar daripada mulut lelaki tidak guna itu. Tidak dia sangka lelaki itu akan menghinanya sebegitu rupa. Mungkin dia seorang lesbian tetapi dia bukan pelacur.

Sayap SebelahWhere stories live. Discover now