Terhenti jari jemari Farisya daripada terus menari di papan kekunci laptop berjenama Apple itu. Kerja yang berlambak di depan matanya sedikit pun tidak berjaya menarik tumpuannya untuk terus fokus sebaliknya minda Farisya asyik memikir lelaki yang dia selama ini ingin lenyap dari mindanya.
Farisya mengeluh kecil apabila kejadian 10 tahun dahulu menerjah di benak mindanya. Dia benci dan sangat kesal. Kerana hal tersebutlah yang menjadi punca utama kenapa dia terima tawaran sambung belajar di London dulu secara mengejut sedangkan dia telah menolak secara mentah-mentah.
Dia amat benci dan sangat benci akan lelaki itu. "Aril kenapa kau balik ke sini semula. Kenapa aku perlu hadap benda ni lagi."getus hatinya. Iya, amat jelas di matanya yang Aril sudah banyak berubah dari segi pernampilannya yang amat matang masakan umurnya sudah berganjak ke alam 30-an.
Tuk. Tuk.
Ketukan bertalu-talu di pintu menyedarkan Farisya dari dunia khayalannya. Farisya hanya membuat muka bosan apabila memandang gerangan yang memasuki ruangan bilik kerjanya itu dengan wajah yang bengis.
"Apa yang ada dalam fikiran Farisya sekarang ni. Tak fikir perasaan nenda ke?!" Tegasnya sambil melemparkan surat pengesahan pembelian penthouse mewah itu. Fahmi bukan tidak mengizinkan adiknya membeli tetapi dia tidak mengizinkan adiknya mengambil keputusan untuk menetap di penthouse yang akan dibelinya.
Malah, dia sekarang sudah mulai curiga dengan adiknya semenjak Farisya pulang dari belajar di London. Sering kali Farisya pulang rumah lewat malam malah adiknya juga berturut-turut tidak pulang ke rumah agam itu, kuat melawan dan yang paling ketara orang yang selalu mendamping adiknya adalah rakan sebelajar Farisya sewaktu di London, Amylia. Pada mulanya dia tidak begitu sangsi dengan hubungan persahabatan diantara mereka apabila melihat kemesraan itu seperti pasangan kekasih setiap masa membuatkan dia mula hairan.
"Apa masalah abang ni, ini hak Farisya kalau Sya nak beli rumah tu atau tak!" Naik seoktaf suaranya, angin satu badan dibuatnya dengan perangai abangnya yang tak habis-habis mengongkong kehidupannya.
"Yes, I know very well Farisya ada hak. Tapi abang tak setuju kalau Sya nak terus tinggal dekat sana. Entah apa yang Sya akan buat nanti makin tak terkawal perangai tu. Cukuplah sekarang hidup tu tak terkawal." Tajam panahan mata Fahmi terhadap adiknya ini. Degil dan keras kepala.
"Abang tak ada hak nak mengongkong kehidupan Sya. Tak cukup lagi ke abang asyik nak campur tangan dalam hal peribadi Sya!" Tengking Farisya sudah cukup muak dengan perangai abangnya ini. Dia sudah bangun dari tempat duduknya.
"Abang mengongkong sya sebab abang sayang sya. Abang tak nak Sya dalam bahaya. I want to protect you as well as possible." Fahmi mula mengendurkan suaranya tiada guna dia bertengkar dengan adiknya yang semakin biadap.
"Protect sampai apa yang Sya nak di sekat macam tu ke?! Protect sampai Sya ni hanya mampu jadi tunggul duduk sorang-sorang tanpa seorang faham dengan perasaan Sya ni." Dia amat tertekan dengan apa yang dia lalui selama ini. Penat diabaikan.
"Sudah lah abang, Sya malas nak bincang pasal isu ni lagi. Abang boleh keluar." Katanya sambil dia memeluk tubuhnya tanpa melihat abangnya.
"No abang tak nak keluar selagi tujuan asal abang datang kesini tak sampai lagi." Tegas Fahmi mengutarakan hasrat asalnya. Farisya hanya membisu sahaja sambil menunggu apa yang ingin disampaikan oleh Fahmi.
"Kenapa Sya blah macam tu je bila nampak Aril?" Penuh dengan nada tidak puas hati terserlah diluahkan oleh Fahmi. Farisya amat terkejut akan hal itu menjadi punca utama abangnya bengang dengan dirinya.
"Bukan masalah abang." Dengan pantas Farisya melangkah keluar dari ruangan bilik kerjanya. Dia tidak mahu isu itu menganggu fikirannya.
------------------------
YOU ARE READING
Sayap Sebelah
RomanceSetiap kisah percintaan pasti akan wujud watak ketiga malah manusia akan sentiasa membenci watak ketiga dalam setiap hubungan yang wujud. Ya, Farisya hadir dalam hubungan Aril dan juga Sarah agar mereka dapat rasa betapa perit apa yang Farisya rasa...