BAB 41

3.7K 115 30
                                    

'I am no bird; and no net ensnares me: I am a free human being with an independent will'

Mata bundar Farisya teliti memerhatikan dirinya pada pantulan cermin. Bibirnya tidak henti-henti tersenyum. Kedua belah telapak tangannya memegang pipi.

Kata-kata Xavier sering memberikannya semangat baru mengisi kehidupan. Semakin hari semakin dia disuntik nafas baharu.

'Betul kata Kim. Keputusan untuk aku buka buku baru memang tidak bukan sesuatu yang sia-sia.' Kata hatinya.

Jari runcingnya mula menyisirkan rambut ke gaya fish tail. Serentak itulah bayangan wajah Xavier muncul di ruangan mindanya. Senyuman terhasil lagi di bibirnya.

'Aku akan cari jawapan untuk mimpi itu.' Nekad hatinya. Penyisir rambut diletakkan ke atas meja.

Memikirkan kepulangan semula Xavier kerumah agam ini kerananya membuatkan dirinya benar-benar rasa ternilai. Walau dia tidak tahu berapakah tinggi nilainya pada mata Xavier namun perkara itu dia tidak peduli.

Baginya cukup Xavier mengatakan dirinya langsung tidak memberikan bebanan. Malah tingkah Xavier membuatkan dirinya tidak berasa seperti pengemis simpati sudah cukup membuatkan dirinya ternilai.

Farisya mengatur langkahnya menuju ke daun pintu. Tinggal di rumah agam ini membuatkan dia bersemangat untuk membuat rutin hariannya.

Baru sahaja daun pintu biliknya ini di buka sudah tersembul wajah yang tidak pernah dia jangka.

"Hai, Farisya!" Teriak lelaki itu penuh keterujaan.

"Daylon! Apa yang you buat dekat depan bilik I pagi-pagi buta ini?!" Sembur Farisya pada Daylon. Serentak melihat kiri dan kanan di luar biliknya.

Sejujurnya dia agak terkejut melihat telatah Daylon dengan selamba berdiri di hadapan pintu dengan wajah tersenyum. Daylon bertingkah biasa lalu mendekati Farisya. Tindakkan itu membuatkan Farisya berasa tidak senang hati.

"I rindu nak tatap muka you." Bisik Daylon halus.

"You ini gilalah." Terus tubuh tegap Daylon ditolak kasar membuatkan lelaki itu berundur ke belakang beberapa langkah. Pintu biliknya ditutup rapat dan terus meninggalkan lelaki itu di belakang.

Manakala Daylon tergelak-gelak kecil apabila melihat wajah gadis itu mula cemberut. Namun tindakan Farisya menolaknya memang terasa.

'Boleh tahan kuat dia tolak aku. Bukan perempuan biasa dia ini.' Getus Daylon. Tanpa membuang masa dia mengejar langkah Farisya yang sudah di hadapan.

"Hey, janganlah serius sangat. I cuma nak usik you saja. Well, dah lama tak jumpa you." Kata Daylon dengan senyuman tidak lekang.

Farisya melemparkan jelingan kasar. Bukan dia tidak sukakan Daylon tetapi dia tidak mahu sesiapa ternampak perbuatan Daylon tadi.

"Apa kata you pergi usik Kim. Manalah tahu boleh tersangkut dengan dia." Tempelaknya selamba.

Dia tahu Kimberlyn dengan Daylon memang tidak sebulu. Malah dia tidak mahu memasuk campur hal peribadi di antara mereka. Jadi dia sengaja mengenakan lelaki itu balik.

"I dengan Kim? Perkara itu tak akan pernah terjadi." Balas Daylon bongkak.

"Why not? You dengan dia memang nampak serasi di mata I."

"You dah pandai balas balik." Daylon berdecit geram.

Dia datang ke rumah agam ini bukan sengaja mahu menyakat Farisya. Apatah lagi mahu disamakan dengan musuhnya. Langkah Daylon berhenti dan hanya membiarkan Farisya terus melangkah kehadapan.

Sayap SebelahWhere stories live. Discover now