'Growth in love comes from a place of absence, where the imagination is left to it's own devices and creates you to be much more then reality would ever allow.'
Farisya menghembus nafas perlahan. Kata-kata Kimberlyn tempoh tidak henti-henti membayangi fikirannya.
Karya novel sastera Jane Eyre ditutup rapat. Seraya itu helaan nafas dihembus perlahan sekali lagi.
Kepalanya menggeleng perlahan. Rambutnya yang terjuntai dikuak kebelakang. Lalu dia bangkit dari katilnya yang empuk.
Langkah kakinya lurus menghampiri jendela. Langsir putih itu diselak sedikit dan meliarkan matanya melihat suasana basah dan lembab di perkarangan rumah agam ini.
Baki titisan air hujan yang melekat dicermin perlahan-lahan mengalir ke bawah. Farisya memeluk erat tubuh menahan kedinginan di dalam ruangan bilik ini.
'Aku tak tahu sama ada nak telan bulat-bulat atau tidak bahawa semua ini bukanlah sekadar mimpi. Kadang-kala aku keliru dengan situasi kehidupan aku sekarang ini sangat jauh berbeza dari yang dulu.' Luahnya di dalam hati.
Kemudian Farisya mengundurkan diri daripada jendela lalu menghampiri semula katil yang menjadikan tidur malamnya lena. Buku novel Jane Eyre diambilnya perlahan.
'Tiga perkara yang aku perlu hadam sekarang. Pertama sekali, Xavier bukanlah sekejam yang aku sangkakan selama ini.' Luahnya lagi sambil menatap tepat kulit buku novel Jane Eyre.
Tanpa membuang masa Farisya mengatur langkah keluar dari kamar tidurnya dan buku novel itu sekali dibawanya bersama.
'Yang kedua, Xavier berjaya bawa aku ke suatu era baharu dalam hidup aku. Tiada lagi kesedihan, tiada lagi kegelapan atau mimpi ngeri.'
Setiap langkah yang diambilnya pantas. Bahkan dia tidak lagi kekok berjalan keseorangan di ruangan koridor rumah agam milik lelaki itu. Dan, semua itu hasil penjelahannya di setiap hari di bahagian rumah agam ini.
Tidak lama kemudian langkah kakinya berhenti tepat di hadapan dua daun pintu yang tertutup rapat.
'Akhir sekali, aku semakin tertarik dengan keindahan diri dia.'
Dengan perlahan-lahan Farisya mengetuk daun pintu itu beberapa kali. Namun tiada sebarang sahutan yang didengari Farisya. Tanpa membuang masa dia menolak daun pintu dan memasuki ruangan yang tidak lagi asing baginya.
Buku novel Jane Eyre diletakkan di atas meja yang bersih daripada apa-apa kesan si penghuni tinggalkan.
Genap seminggu bayang-bayang Xavier langsung tidak kelihatan dan bukan di dalam ruangan perpustakaan ini sahaja tetapi di setiap bahagian rumah ini tiada kesan kewujudan lelaki itu.
Kali terakhir dia melihat Xavier pada malam Xavier membawanya ke dunia irama muzik. Tetapi secara tidak langsung ruangan ini telah menjadi tempat kedua untuknya berasa nyaman. Pernah seharian masanya dihabiskan di bilik perpustakaan ini.
Bukan dia tidak pernah terfikir untuk bertanya pada Kimberlyn. Tetapi dirinya sendiri tidak mahu bertanya pada Kimberlyn. Malah dia pasti Kimberlyn turut tidak tahu keberadaan Xavier sekarang ini.
Tidak ingin berlama di situ Farisya terus meninggalkan ruangan perpustakaan itu dengan segera. Gerak hati Farisya mahu mencari kelibat Kimberlyn.
Selepas sahaja dia melakukan sesi bersama Kimberlyn. Perempuan itu kelihatan agak ketat setelah mendapat satu panggilan daripada seseorang. Tidak terfikir untuk dia memasuk campur urusan perempuan itu.
Tiba sahaja Farisya di bilik Kimberlyn langkahnya terhenti. Telinganya dapat menangkap pertengkaran kecil Kimberlyn dengan seseorang. Pasti seseorang yang sama telah menelefon perempuan itu.
YOU ARE READING
Sayap Sebelah
RomanceSetiap kisah percintaan pasti akan wujud watak ketiga malah manusia akan sentiasa membenci watak ketiga dalam setiap hubungan yang wujud. Ya, Farisya hadir dalam hubungan Aril dan juga Sarah agar mereka dapat rasa betapa perit apa yang Farisya rasa...