Happiness is the secret to all beauty, There is no beauty without happiness
Sinaran pagi yang cukup indah itu telah berjaya menembusi setiap panel dinding-dinding kaca yang terdapat di bahagian sisi rumah agam milik keluarga Knightley.
Sesiapa yang melihat sisi halaman rumah agam Knightley pasti akan terpegun dengan suasana taman bunga yang sentiasa tersergam indah itu. Malah keluasan taman itu begitu luas sekali. Sememangnya menaikkan rasa kesegaran kepada sesiapa sahaja yang berada di situ.
Kelihatan seorang wanita yang umurnya sudah mencecah separuh abad dengan mengenakan pakaian uniform lengkap sedang menatangkan dulang teh herba buat sang tuan mudanya. Lalu wanita itu menuangkan teh herba sehingga terbit bau haruman itu ke dalam cawan teko khas buat sang tuan mudanya.
Selesai sahaja tugasnya, wanita itu turut beredar membiarkan sahaja sang tuan muda menikmati hidangan sarapan paginya dengan tenang.
Sang tuan muda itu mencapai cawan teko khas buatnya lalu disisip dengan cermat. Haruman segar teh herba bergabung dengan suasana udara yang begitu nyaman menusuk masuk ke dalam rongga hidungnya membuatkan sang tuan muda berasa sungguh segar.
Dedaun hijau yang menjalar liar di penghadang besi balkoni itu bergerak sebentar seperti ada sesuatu yang berada di situ. Tidak lama kemudian dedaum hijau itu bergerak lagi. Xavier tidak menghiraukan gangguan itu bagaikan sudah tahu benda apa di sebalik penghadang balkoni itu.
"Daylon, aku tak suka waktu sarapan aku diganggu." Kata Xavier sesudah meletakkan semula cawan kaca itu di atas piring kaca.
Daylon keluar dengan wajah cemberut dari sebalik penghadang balkoni yang telah di tutupi oleh dedaun hijau yang menjalar liar. Lalu Daylon mengambil tempat di hadapan sepupunya yang berwajah poker sahaja.
"Kau daripada dulu sampailah sekarang perangai tu tak pernah berubah." Perli Daylon dengan sikap Xavier yang sering berkeadaan dingin sahaja.
Xavier hanya membiarkan sepupunya itu membebelkannya. Malas dirinya mahu melayan dengan sikap Daylon yang suka memerlinya. Suapan omelet terus di sumbat kedalam mulutnya.
Daylon mengerling sekilas wajah maskulin Xavier. Tidak dapat di nafikan walaupun lelaki itu sering berkeadaan beku namun aura karisma itu tidak pernah hilang.
"Uncle apa cerita sekarang?" Tanya Daylon dengan ramah. Manakan tidak sudah lama dia tidak jejakan kakinya di bumi German semenjak mendiang Datuknya pergi. Itulah kali terakhir dirinya berada di bumi German.
Manakala ibu dan bapanya terus menetap di tanah bumi Berlin. Dirinya pula membawa diri yang penuh lara seperti Xander yang lari bersama gelaran pussy hunternya ke bumi Malaysia.
"Semakin kejam." Balas Xavier dengan penuh makna tanpa memandang wajah Daylon.
"Kau pun apa kurangnya." Sarkastik bicara Daylon bersama senyuman sinis membalas.
Xavier menjeling tajam kearah Daylon.
Bukan Daylon tidak tahu perangai pakciknya seorang itu yang sangat terkenal dengan sikap kejam seperti mendiang Datuknya. Kerana keluarga mereka sangat berpengaruh kuat dan bukan calang-calang. Keturunan keluarga Knightley sememangnya berasal daripada keturunan bangsawan malah keluarga mereka juga terdiri daripada kalangan golongan elit terkaya sahaja.
Nama keluarga mereka Knightley sangat terkenal di benua Eropah dan juga Asia dengan segala hasil kekayaan yang di perolehi oleh keluarga mereka. Kerana itu mendiang Datuknya akan sentiasa menjaga nama baik keluarga.
"Aku ni sudah lama tak balik German semenjak mendiang datuk pergi." Daylon sememangnya sudah tiada hati ingin pulang ke bumi German lagi. Dia akan sentiasa memberi alasan jika ingin balik ke German.
YOU ARE READING
Sayap Sebelah
RomanceSetiap kisah percintaan pasti akan wujud watak ketiga malah manusia akan sentiasa membenci watak ketiga dalam setiap hubungan yang wujud. Ya, Farisya hadir dalam hubungan Aril dan juga Sarah agar mereka dapat rasa betapa perit apa yang Farisya rasa...