BAB 21

3.6K 103 11
                                    

Being deeply loved by someone gives you strength, while loving someone deeply gives you courage.

Aril melangkah masuk ke dalam ruang biliknya dengan perasaan yang bercampur baur. Marah, sedih dan kecewa bercampur menjadi satu.

Tidak tahu sama ada mahu percaya atau tidak apa yang matanya sendiri lihat tadi. Aril melabuhkan punggungnya di kerusi serta merebahkan tubuhnya pada penyandar.

'Dia semakin jauh daripada aku.' Kata hatinya.

Sememangnya Aril tidak menafikan itu. Hubungannya dengan Sarah semakin renggang sejak kebelakangan ni.

Dimana silapnya. Aril sendiri tidak pasti. Ditambahkan lagi dengan mata kasarnya melihat Sarah berpelukkan dengan lelaki asing di atas motor itu membuatkan hatinya bertambah sakit.

Kemana sifat pemalu gadis itu. Sarah semakin mengendahkan kewujudan dirinya di hospital mahupun di mana-mana.

Bertambah parah lagi dengan majlis perkahwinan mereka akan berlangsung pada hujung bulan ni. Umminya pula semakin mendesak bertanya pelbagai soalan maut.

Pasti umminya dapat menghidu masalah diantaranya dengan Sarah. Bertambah parah umminya sudah mengedarkan kad jemputan kepada kenalannya.

Hampir 2 minggu dia sudah tidak berhubung dengan Sarah kerana layanan gadis itu terhadapnya semakin dingin dan gadis itu mula tidak mengendahkannya.

Tok. Tok.

Tersembul wajah Farisya yang tersenyum lebar itu.

Dahi Aril berkerut sambil membisu memerhatikan sahaja tingkah Farisya masuk ke dalam ruangan pejabatnya.

Farisya meletakkan mangkuk tingkat yang berwarna-warni di atas mejanya.

"Sorry sebab Sya datang mengejut. Saja nak suprisekan abang. Ini Sya ada bawa makanan untuk abang. Nanti abang makanlah sekali dengan Kak Sarah.."

Farisya melabuhkan punggungnya di kerusi pesakit tanpa sebarang diperlawa.

Aril hanya membisukan diri sahaja tidak memberi sebarang respon.

"Sya masak sendiri ni."

"Sya masak sendiri? Sejak bila Sya tahu memasak ni? Fahmi tak pernah cerita pun dekat aku yang kau tahu memasak." Hampir tergelak Aril apabila gadis di depannya ini tahu memasak.

"Sya tahu memasak masa dekat London dulu." Terang Farisya sambil menjeling meluat.

'Memanglah dia tak tahu. Dia hanya tahu nak mengongkong aku saja.'

"Great. Fahmi dah balik dari Singapore?" Tanya Fahmi. Sudah lama dia tak berjumpa dengan sahabatnya itu.

Farisya terdiam sekejap.

'Ohh dia tak ada dekat villa hampir seminggu sebab pergi ke Singapore?'  Detik hati Farisya. Patutlah sudah lama dia tidak nampak batang hidung abangnya rupanya tidak ada.

"Haah dia masih dekat Singapore adalah tu urusan kerja yang tak siap mungkin."

Acuh tidak acuh sahaja jawapannya.

'Eh dia ni. Ingat aku PA dia ke apa. Manalah aku tahu.' Bentak hatinya. Dia perlu ubah topik sebelum makin banyak dia akan tanya nanti.

"Oh ya abang. Tadi sebelum Sya masuk bilik abang ada orang minta Sya tolong pas kan sampul ni dekat abang."

Seraya itu Farisya meletakkan sampul surat berwarna coklat di atas meja kerja Aril.

Aril memandang hairan ke arah sampul surat yang amat dia kenal sekali.

Sayap SebelahWhere stories live. Discover now