'If I could reach up and hold a star for every time you've made me smile, the entire evening sky would be in the palm of my hand.'
Pancaran cahaya matahari mencuri-curi masuk keruangan kamar tidur kelihatan malap kesuraman melalui celah celahan langsir putih bersulam kuning keemasan.Seorang pembantu rumah beruniform lengkap mengebar langsir seluas mungkin. Lalu diikat dengan kemas di sisi jendela.
Dengan hanya beberapa minit perempuan itu mengambil masa sepantas mungkin untuk mengemas ruangan kamar yang luas itu. Tidak ada mana-mana pembantu ingin berlama di dalam kamar ini. Aura kedinginan di ruangan ini cukup mengerunkan dirinya.
Raut wajah pemilik rumah agam ini cukup menyeramkan. Terasa mahu menelan mangsanya hidup-hidup. Jangan terfikir untuk membuat kesilapan dalam waktu ini mahu dibambu cukup-cukup nanti.
Kebengisan wajah itu sekali sahaja dia pernah lihat. Ia sewaktu kehilangan Xandria. Tetapi situasi sekarang cukup berbeza kerana raut wajah itu wujud hanya sebab kewujudan seorang insan tak disangka-sangka.
Disangka pasangan tuan Xander tetapi disebaliknya pula. Sungguhpun begitu, sebagai pembantu di rumah agam ini tiada hak untuk memasuk campur hal keluarga ini. Setelah kerja pembantu itu selesai lantas dia menunduk hormat ke arah tuan besarnya sebelum mengatur kaki keluar dari kamar ini.
Sekujur tubuh terbaring kaku dipandang dengan tajam. Tangannya digempal ketat menahan amarah yang masih lagi tersisa.
Sudah dua hari kejadian malang itu berlalu. Namun keadaan si mangsa masih tidak menyedarkan diri kerana paru-paru gadis itu terlalu lemah walaupun air yang memasuki paru-paru itu telah berjaya dikeluarkan.
Namun, kesan itu masih tetap melekat pada diri lelakinya. Jika dia terlambat sedikit dia tidak akan memaafkan dirinya atas kelalaiannya sendiri.
Tiga orang perempuan tidak guna itu telah berjaya Daylon uruskan. Dia tidak mahu tahu apa yang sepupunya ingin lalukan kepada perempuan-perempuan itu.
"Aku minta maaf." Perlahan suara itu dengan nada penuh kesesalan.
"Aku tak tahu kau tak boleh berenang." Tangannya dikepal ketat melepaskan rasa sesal yang teramat sangat dihati.
Xavier benar-benar merasakan dirinya telah gagal melindungi gadis itu. Dia telah gagal mengotakan janjinya terhadap gadis itu.
"Aku tak akan maafkan diri aku atas kematian kau." Serius Xavier namun masih dapat dirasakan getaran dinada.
Namun dalam tidak sedar Xavier meluah kata-kata. Ada insan mendiam diri sambil menahan rasa di dada apabila luahan itu menyapa telinganya.
'Dia kesal kerana aku?'
'Aku penting dalam hidup dia ke?' Bisik hatinya menahan rasa berkecamuk.
Keadaan ini cukup mengusik emosinya. Tidak dia sangka ada insan amat terkesan apabila kewujudannya benar-benar penting dalam kehidupan seseorang walau hati perempuannya tidak merasakan dirinya penting sebelum ini.
Xavier menghela nafas berat. Setelah kegagalan dirinya melindungi gadis itu cukup berat sehingga menghimpit hatinya. Mahu sahaja dia mengantikan penyeksaan yang gadis itu hadapi sekarang ke tempatnya.
Tidak akan pernah dia mampu lupakan kejadian malang itu. Semakin lama dia berada sini semakin itulah rasa sakit asyik mencucuk hatinya. Lalu tubuhnya mula berpaling ingin mengatur langkah pergi.
YOU ARE READING
Sayap Sebelah
RomanceSetiap kisah percintaan pasti akan wujud watak ketiga malah manusia akan sentiasa membenci watak ketiga dalam setiap hubungan yang wujud. Ya, Farisya hadir dalam hubungan Aril dan juga Sarah agar mereka dapat rasa betapa perit apa yang Farisya rasa...