'A beauty neither of fine colour nor long eyelash, nor penciled brow, but of meaning, of movement, of radiance.'
Farisya menyelamkan kedua kaki jinjangnya ke dalam kolam. Alunan bunyi ombak menghempas pantai memenuhi ruangan ini. Dipejamkan mata sambil menghayati ketenangan yang dirasainya sekarang.Selepas lima belas minit Farisya berkeadaan begitu. Dia kembali membuka matanya semula. Memandang pancaran sinaran matahari ingin membenamkan diri dan menunggu masa bergantikan tempat dengan bulan.
Kedengaran bunyi percikan air di sebelah tidak dihiraukan Farisya. Kerana dia sudah mengetahui siapakah gerangan itu.
"Nah, aku buatkan kau mocha." Pelawa Kimberlyn serentak menyuakan segelas mug.
Agak lama Farisya memandang mug yang disuakan sebelum mug bertukar tangan.
"Terima kasih." Mug yang masih lagi berasap ditiup perlahan sebelum dihirup. Lalu mug diletakkan di sebelah dan menyambung kembali memandang langit.
Kimberlyn memandang dalam ke arah Farisya seolah dirinya cuba untuk membaca fikiran gadis itu. Malangnya, itu hanyalah suatu keajaiban yang tidak mungkin ada pada manusia. Dia juga perasan tingkah Farisya sejak kebelakangan ini juga berbeza.
"Ada yang tak kena ke? Semenjak ini aku mula perasan yang kau selalu termenung jauh." Ujar Kimberlyn berjaya menyentak Farisya.
"Termenung jauh? Tiada apalah mungkin itu cuma perasaan kau saja." Sangkal Farisya kekok sambil membalas pandangan.
Tidak Farisya menyangka Kimberlyn terlalu pantas menyedari tindak tanduknya. Manakala Kimberlyn tersenyum sebelum mengapai tangan Farisya.
"Kita dah jadi kawan. Kalau kau ada apa-apa yang nak diluahkan. Jangan simpan sebab kau boleh kongsi dengan aku."
"Terima kasih." Senyuman nipis diterbitkan.
Melihat keikhlasan Kimberlyn sudah cukup memberikan dirinya berasa senang. Cuma dirinya belum lagi bersedia untuk menceritakan sisi hitamnya kepada sesiapa. Sisi hitamnya kembali mengingatkannya pada seseorang.
"Ohh ya, aku hampir terlupa sesuatu. Hujung minggu ini aku tak ada."
"Kau pergi kemana?" Soal Farisya ingin tahu. Tidak pernah sekali dia melihat Kimberlyn keluar tanpanya kerana itu memang tugasnya.
Kimberlyn melarikan pandangannya melihat matahari terbenam. Lalu dia tersenyum simpul.
"Dia nak datang melawat aku." Beritahu Kimberlyn tanpa berselindung.
"Seronok aku dengar. Kau patut ambil hari untuk enjoy dengan diri kau sendiri. Semenjak kau jadi 'pengasuh' tak pernah aku nampak kau ada masa untuk diri kau sendiri." Seloroh Farisya sambil tergelak kecil.
Sengaja Farisya menekan perkataan pengasuh membawa makna kepada Kimberlyn. Manakala Kimberlyn tergelak kecil. Kimberlyn tidak menyangka bahawa Farisya dapat membaca gerak geri kerjanya.
"Tapi aku seronok jadi pengasuh kau." Kata Kimberlyn separa bisik. Kakinya sudah terselam di dalam kolam dihanyunkan mengikut rentak.
"Senorok?" Kerut Farisya sambil memandang Kimberlyn.
Kimberlyn dengan perlahan berpaling membalas pandangan Farisya sambil mengoyak senyuman. Dia tidak perlu terlalu tergopoh-gopoh untuk mengatakan sesuatu.
"Sebab kau berbeza dengan suatu perkara."
Luahan Kimberlyn semakin membuatkan Farisya berasa keliru dan terdiam seketika. Hatinya tidak tahu sama ada dirinya patut berasa apa dalam situasi sebegini. Dirinya tidak pernah berasakan dirinya mempunyai perkara yang menyeronokkan. Sebaliknya dia berasa bersyukur kerana Kimberlyn sudi berkawan dengannya.
YOU ARE READING
Sayap Sebelah
RomanceSetiap kisah percintaan pasti akan wujud watak ketiga malah manusia akan sentiasa membenci watak ketiga dalam setiap hubungan yang wujud. Ya, Farisya hadir dalam hubungan Aril dan juga Sarah agar mereka dapat rasa betapa perit apa yang Farisya rasa...