❤️BAB 1❤️

2.5K 73 3
                                    

"DARLEN bangun sayang.Hari ni teda kelas kah?” Kedengaran jeritan lembut Leah,pembantu rumah yang di panggil mama Leah itu dari luar bilik mengejutkan lena Darlen.
    Di dalam bilik uDarlen masih bermalas-malasan hendak bangun.
Matanya hanya terbuka sedikit itupun sekadar hendak menjeling jam di meja soleknya.

“ Masih awal pun..” getusnya di dalam hati.Dia kembali menarik selimut.

“Darlen....aduii anak dara seorang ni belum bangun-bangun lagi.Semalam kan Darlen suruh mama kejut.Ni sudah jerit-jerit nda juga mahu bangun! ” Leah sudah terpancak di hadapan Darlen.

Dia terpaksa masuk dengan mengunakan kunci pendua.Kalau dia tidak buat begitu sampai ke sudah Darlen tidak akan membuka pintu bilik tidurnya itu.

“ Hurmm..Darlen bangunlah ni..” Jawab Darlen tapi matanya masih juga tertutup rapat.

Leah memandangnya sambil mengeleng-gelengkan kepala.

“Bah bangun cepat! dady dengan mumy Darlen sedang tunggu Darlen tu.Diorang mau  sarapan sama-sama dengan Darlen..” ujar Leah sebelum melangkah keluar dari bilik tidur Darlen.

     " Okey...okey.."

Sebaik sahaja ibu pengasuhnya keluar,Darlen memaksa dirinya untuk bangkit dari tilamnya.Dia juga baru teringat tentang janjinya pada ibu pengasuhnya semalam untuk mengejutkan lebih awal.Dia perlu masuk kelas  satu jam lebih awal.

Usai mandi dia bersolek dan mendandan rambutnya seperti biasa. Wardrobe dibuka,di antara deretan pakaian pelbagai jenama itu,Darlen lebih suka memilih t-shirt dan seluar jeans sahaja.Pilihan warna tentu sahaja hitam.Dia tidak suka mengenakan pakaian yang berwarna terang kerana warna-warna begitu hanya akan menampaknya tubuhnya yang sudah besar itu  bertambah besar.

Setelah berpuas hati melihat penampilan diri,dia mencapai kunci kereta dan beg tanganya lalu  keluar menuju ke ruang makan.

Kelihatan ibu dan ayahnya sedang menantinya di meja makan.

“ Morning dady..mumy..” sapa Darlen sambil tersenyum.Tan Sri Eyan Walker dan isterinya Puan Sri Anatasia Jane juga tersenyum melihat Darlen.

    Leah datang membawa gelas berisi jus kegemaran Darlen.Biasalah anak orang kaya mana biasa minum Kopi atau teh tarik di pagi hari.Sarapan pagi mereka pula  bermacam jenis pilihan ada.

“Morning sayang,hari ni ada kelas?pukul berapa?” Soal Puan Sri Anatasia Jane.

“  Jam 10.00 mumy..”

“Oh okey...oh ya ni mumy dengan dady mahu pigi oversea petang nanti.Ada urusan dekat sana,Len tinggal dengan mama Leah okey” Beritahu Puan Sri Anatasia Jane,sambil menyuap Chease cake ke dalam mulutnya.Suaminya pula sedang sibuk membaca surat khabar.
Sesekali dia mengerling pada anak gadisnya yang sudah kian meningkat dewasa.

    Entah mengapa ada keresahan di hujung hatinya setiap kali memandang  anak gadisnya itu.Adakah insan yang sudi menerimanya tanpa melihat paras wajah dan tubuhnya tanpa memandang harta yang di milikinya.Tan Sri Eyan hanya mengeluh di dalam hati.

Darlen satu-satunya anak tunggal mereka.Satu-satunya juga pewaris tunggal mereka.Tapi sejak Darlen menganjak usia dewasa,dia seakan lupa diri.Dia terlalu angkuh dengan kesenangan yang ada pada dirinya.Mungkin semua ini silap mereka kerana terlalu memanjakannya.

“ hurmm..okey  mumy...” Darlen  Rose menjawab selamba.Dia sudah biasa sebenarnya mendengar kata-kata itu.Sejak kecilnya dia sudah terbiasa di tinggalkan bersama pengasuhnya.Baginya semua itu sudah tidak tidak lagi meninggalkan apa- apa  kesan di hatinya.

“ Len, cuba-cubalah bah kurangkan sikit makan kau tu.Dady tengok kan makin hari makin besar badan kau nak..” tiba -tiba Tan Sri Eyan bersuara dengan nada  berseloroh.

“ Hish orang tua ni kenapa cakap macam tu.Biarlah bah dia makan bukanya dia minta makanan orang untuk makan..”Puan Sri Anatasia mengerling tajam suaminya. Dia tidak suka suaminya berkata seperti itu pada Darlen walaupun sekadar bergurau.

Dia tahu Darlen tidak secantik anak gadis teman-temannya.Tapi sebagai ibu dia tidak suka satu-satunya anak kesayangannya itu di hina hanya kerana fizikalnya seperti itu.

“ Saya bergurau saja bah darling!” Tan Sri Eyanz tersengih.

“ Berguraulah sangat!”Puan Sri Anatasia ketap bibir menahan geram.

“ Darlen jangan dengar apa dady cakap tu.Makan saja puas-puas..” ujar Puan Sri Anatasia sambil mencedokan lagi mee goreng kegemaraan Darlen.

“Alaaa mumy dont be seriuslah,dady gurau saja tu.Dady pun janganlah risau pasal Darlen.Darlen selesa begini lagipun mana saja Darlen pigi teda yang berani buli Darlen.Lelaki lagilah!  adoii kadang-kadang Darlen rimas tau.Padahal banyak pula perempuan cantik lagi slim dekat kolej Darlen tu tapi tida pula  diorang ganggu.Kadang-kadang Darlen rasa kan dady...Darlen ni macam artis!!” ujar Darlen sambil berangan.
  Dia teringat pada Karina ,gadis bertubuh ala-ala modal bikini itu.Gadis itu selalu menjadikan dirinya mangsa ejekan.Semuanya kerana Kirana menyukai Walter,jejaka handsome yang katanya jejaka rebutan di Kolej mereka.Tapi lelaki itu di katakan tidak berminat pada Kirana sebaliknya  lebih berminat untuk mendekati dirinya.

“Hurmm  yalah..” Tan Sri Eyanz melepaskan keluhan kecil.Dia tahu semua itu bukanlah semudah seperti yang ada di fikiran Darlen.Siapa tidak mahu mendekati anak Tan Sri!! Darlen masih terlalu polos untuk menyedari hal hal duniawi.

“ Alaa jangan risaulah...anak kita memang cantik,bergaya dan paling penting dia anak orang kaya  memanglah jadi rebutan…” Celah Puan Sri Anatasia.

“ Sebab itulah saya risau..” balas Tan Sri Eyanz.

“ Mahu risau apa? Risau tiada lelaki yang mahu kawin dengan dia?”

“ I think you lebih tahu maksud I darling..”Puan Sri Anatasia terdiam.Dia tahu dan cukup mengerti maksud sebenar kata-kata suaminya tapi dia saja yang tidak mahu mengakuinya.

“ Hishh sudahlah tu! Malas saya mahu bercakap dengan you ni..” dengus Puan Sri Anatasia.

Darlen Rose mengeluh. Kedua orang tuanya selalu sahaja berselisih pendapat tentang dirinya. Bahkan mereka bertekak di hadapanya.
Kadang-kala dia teringin  punya seorang kakak atau adik agar ibu dan ayahnya tidak terlalu memikirkan dirinya sahaja.

Dari ruang dapur Leah juga turut mengeleng-geleng kepala melihat tingkah majikannya. Mereka selalu begitu, seorang hendak begitu seorang lagi hendak begini.Akhirnya yang menjadi mangsa  adalah Darlen.Satu-satunya Puteri tunggal mereka.Puteri yang sering kali ditinggalkan tanpa kasih sayang yang mencukupi walaupun disaluti dengan emas permata.

DARLEN ROSEWhere stories live. Discover now