KIRANA ketap bibir menahan geram.Terpampang di dada akhbar berita tentang Darlen yang bakal mewarisi harta dan empayer milik keluarganya.Semakin berlagaklah budak gemuk perasan cantik tu.
"Kenapa juga muka kau macam tertelan telur ayam sebiji tu?'' Suara garau sepupunya mengejutkan Kirana.Entah bila agaknya lelaki itu sampai dia langsung tidak menyedarinya.
"Ehh budu kau! kuss semangat!! Lain kali bagi salam bolehkah? Kalau saya ada penyakit jantung tadi ndakan mati terkejut..'' marah Kirana,sambil mengurut -gurut dadanya.
"Kau yang menghayal sampai nda perasan orang datang lagi mahu salahkan saya."
Tersengih sengih Aiden melihat Kirana mencebik.Marah Kirana cuma marah-marah manja.Dia tahu Kirana mana boleh marah atau merajuk dengan dia lama-lama.Mereka merupakan sepupu belah ibu.Satu-satunya sepupu lelaki yang agak rapat dengannya.
"Huhhhh....yalah tu.Jadi apa ko mahu datang sini ni? Kau mao kasi ketawa saya sebab saya masih jadi salesgirl kedai handphone bapak sayakah ni.Yalah tahulah bah kau tu keluar-keluar ja Universiti terus dapat kerja.Tapi nda payahlah tambirang tai kucing sana..''
"Bila pula saya cakap macam tu..''
"Mana tahu....''
"Ehh...berita apa ko baca tadi tu?kenapa muka kau macam muka nda puas hati saya tinggu..''
"Teda apa-apalah.Saya cuma cemburu sama budak gemuk ni.Mak bapak dia meninggal tapi dia tak payah risau harta mak bapak dia banyak..''
"Siapa?'' berkerut dahi Aiden.Siapa pula yang di maksudkan sepupunya itu.Selama ini tidak pernah pula dia bercerita."Hishhh!! sibuk juga mahu tahu.Ini bah ni anak orang kaya yang mak bapak dia meninggal kemalangan tuhari.Itu pun kau nda tahukah? Takkan syarikat besar tempat kau kerja tu teda keluar berita macam ni..TAN SRI EYAN WALKER DAN ISTERI TERKORBAN DALAM NAHAS KEMALANGAN JALANRAYA..'' ujar Kirana sambil membaca tajuk besar di dada akbar di hadapanya.
Aiden diam sejenak.Dia pandang wajah Kirana.Rasanya dia tahu siapa yang di maksudkan sepupunya itu.
" Kau kenalkah tu anak perempua. pasangan Tan Sri tu?''
" Apa pula nda kenal!! kenal sangatt!!!''
" Ohh! mesti cantikkah!!'' Shawn membayangkan seorang gadis bertubuh ramping berdagu runcing dan bergaya mewah.Yalah kebanyakan anak orang kaya memang begitu.Kirana ketawa besar!
" Gila! orang tanya dia ketawa!''
"Kalau kau nampak dia memang kau pun ketawa juga tu.Budak gemuk tu kalau bukan sebab dia banyak duit teda siapa mahu dekat kawan dengan dia..sudahlah gemuk tak lawa pula tu..'' kata Kirana sambil ketawa.Tiba-tiba dia teringat pada Shawn.Lelaki yang di temuinya berberapa bulan lalu.Dia kehilangan jejak lelaki.Sehingga kini dia masih berubah mencari.Laman Facebook juga tidak ketinggalan tapi hampa.Terlalu banyak pemilik akaun yang mengunakan nama Shawan Andrea..Entah apa hubungan lelaki itu dengan budak gemuk Itu.
"Tak sangka pula Tan Sri tu ada anak perempuan.Saya ingatkan hanya ada lelaki...'' AIden mengumam sendirian.Namun suaranya dapat di dengari Kirana.
"Apa maksud kau ni? Kau pun kenal keluarga tu?''
" Kenapa pula saya nda kenal.Saya kerja dengan syarikat Tan Sri Eyanz .Tapi nda banyaklah saya tahu kan saya baru jak berberapa bulan kerja..''Terlopong Kirana mendengar kata-kata Aiden.Padanlah selama ini sepupunya itu menunjuk-nujuk di hadapannya.Rupanya bukan calang-calang syarikat tempatnya berkerja.
"Selama ni kau kerja dengan syarikat bapak budak gemuk ni rupanya...''
" Hurmm......''
"Kejap-kejap..tadi kau bilang anak lelaki? Dia ada anak lelakikah?" kali ini giliran Kirana pula mengerutkan dahi.Pelik pula Kirana setahu dia, Darlen satu-satunya anak tunggal keluarga itu.Dari mana pula datangnya anak lelaki yang di maksudnya Aiden."Itu yang peguam syarikat bagitahulah.Anak lelaki dia akan ambil alih syarikat tu nda lama lagi..''.
Keputusan mesyuarat tergempar itu baru sahaja di umumkan pagi tadi. Sebelum ini dia hanya dengar Tan Sri Eyan memuji-muji anak lelakinya tapi tidak pernah dengar dia menyebut tentang anak perempuanya.Mungkin dia saja yang tidak tahu.Yalah dia pun baru sahaja menyertai syarikat itu.Masih banyak perkara yang dia belum ketahui tentang selok belok syarikat itu apa lagi tentang hal-hal lain.
YOU ARE READING
DARLEN ROSE
FantasySINOPSIS Selalu kita dengar wanita bersaiz besar dan tidak punya paras rupa yang menarik akan selalu menjadi bahan usikan dan ejekan.Tapi tidak Darlen Rose! Siapa tidak mahu berkawan dengan anak tunggal Tan Sri Eyan Walker pemilik Empay...