❤️ BAB 2❤️

976 52 1
                                    

     DARLEN Rose memandu Ferrari berwarna merah miliknya menuju ke Kolej. Kereta Ferrari itu dihadiahkan padanya sempena ulangtahunnya yang ke 25. Kereta Mewah yang berkuasa kuda 730hp itu sangat membuatkan dirinya bangga setiap kali memasuki kawasan Kolej.

Dari jauh kelihatan Amanda,sahabat baiknya sedang menanti kedatangannya dengan setia. Risau juga gadis itu jika Darlen tidak hadir ke kelas terakhir hari ini. Selepas kerlas hari ini berakhir,mereka akan bertemu kembali untuk perperiksaan semesta akhir.

" Saya ingat ko nda datang tadi.." sapa Amanda sejurus selepas Darlen melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan Amanda.

"Gila kau nda datang,last class bah ni.."

"Manalah tahu.."

" Apa! Kau ingat saya anak orang kaya nda payah belajarlah!!!"

" Aikkk ada kah saya cakap macam tu?teda kan!"

" Eya lah tu!"

Berberapa minit kemudian,Chole datang mendekati mereka.Gadis tinggi lampai itu sudah pasti menginginkan sesuatu dari Darlen.Siapa tidak kenal dengan sikap kaki ampunya itu.Amanda ketap bibir,geram melihat babak drama yang bakal gadis itu lakonan sebentar lagi.

" Hi Darlen! wahh cantiknya kau ni hari.Mentang-mentang lepas ni kita sudah habis kelas  bergaya kau arr.."  puji Chole.

Darlen ketawa senang bila di puji.Dengan senang hati dia membuka purse dan mengulurkan Chole  dua keping note Rm  100.00.

" Hish kau ni pagi-pagi lagi sudah puji saya cantik.Tapi saya memang cantik pun!Nahh saya belanja kau.."

Terkinja-kinja Chole menyambut wang yang di hulurkan padanya.Apa salahnya dia mempergunakan Darlen semata-mata kerana wang.Kekayaan gadis itu tidak akan luak jika hanya berberapa ratus di keluarkan sehari.

“ Hishhh baiknya hati kau ni Darlen,dahlah cantik orangnya” Chole terus memuji. Amanda cebik bibir,dia tahu pujian itu bukannya ikhlas pun.

Di satu sudut sana kelihatan Kirana  dan rakannya sedang ketawa sambil berbisik sesama sendiri sambil memandangnya ke arahnya.Darlen tahu mereka sedang seronok membahan dirinya.Di dalam kelas itu hanya Kirana  dan dua sahabat karibnya tidak menyukainya.Ada sahaja yang mereka lakukan untuk memalukan Darlen.Tapi bagi Darlen semua itu tidak meninggalkan kesan apa-apa buatnya.

" Well you know me! orang tu  saja yang tidak mahu akui hakikat yang saya memang mampu beli apa saja termasuklah boyfriend dia tu"  jawab Darlen sedikit angkuh! Sengaja dia menguatkan suaranya agar Kirana  mendengarnya.Dia suka melihat Kirana  marah-marah.

Chole ketawa,dia juga sama seperti Darlen tidak suka pada Kirana.Sejujurnya miskipun Darlen angkuh kerana kekayaanya tapi dia tidaklah sesombong Kirana yang begitu bangga dan berlagak dengan rupa paras dan body shapenya.

" Hoiii gemuk!!! saya taulah kau kaya tapi nda payahlah mahu berlagak sana!" jeritan Kirana Anne memenuhi seluruh bilik kuliah itu.

“ Oiii papan, saya ada cakap kau kah?”

“ Ehh saya belum tuli lagi lah gemuk!”

“ kau nda tuli tapi kau perasan!!”

“ Ehhhh siapa perasan ni? Saya kah atau si gemuk ni? Tolong sikit! Cantik konon! Badan macam tu ikan buntal, jalan macam tu penguin mengaku diri cantik!!! uekkkkk mahu muntah saya..” Kirana ketawa besar dan kemudian di sokong dua rakanya.

Darlen sedikit pun tidak terasa malah dia turut  ketawa.Tiba-tiba riak wajah Kirana berubah.Geram kerana dia tidak  dapat membuat gadis itu sakit hati .Sudahnya dia pula yang sakit hati.Dia memandang Darlen dengan pandangan tajam bak sang harimau yang sedang bersedia hendak menerkam mangsanya.

DARLEN ROSEWhere stories live. Discover now