'' APA semua ni Shawn? sampai hati you kan!! '' Kirana meletakkan sepucuk surat di atas meja kerja lelaki itu.Surat itu adalah Notis dari pihak Management Kondomonium Mewah yang di diaminya sejak dua tahun lalu.Notis perintah mengosongkan kediaman mewah itu.
Kirana jadi tidak keruan sejak semalam.Jika dia di halau keluar dari kondo itu,ke mana dia harus pergi? Pulang ke rumah keluarganya?Tak!! dia tak mungkin pulang ke rumah itu.Jika dia pulang sudah tentu kakak-kakaknya ketawakan dia.Dan apa yang paling menakutkan adalah penerimaan papanya.Memikirkan tentang orang tua itu,Kirana jadi kecut perut.
"Mana saya mahu tinggal kalau you ambil balik rumah tu?'' soalnya lagi.
Shawn yang sudah menjangka akan hal itu hanya mampu melepaskan keluhan.Memang benar rumah itu telah di ambil semula.Dia yang telah mengarahkan agar bayaran untuk penyewaan itu di hentikan serta merta.Malah bukan hanya Kondo itu tapi kad kredit dan kereta yang di berikan pada Kirana juga telah di bekukan serta merta.Dia perlu hentikan semua itu.
''i am sorry Ana..its not yours now.Once again, I am sorry...please understand.Saya terpaksa buat semua ni...lepas ni hubungan kita hanya bos dan staff. Saya nda mahu staff lain fikir yang bukan - bukan lagi kalau you terus tinggal di kondo tu. '' bohonglah kalau dia kata dia tak salah dalam hal ini. Dia juga bersalah kerana terlalu mengikut perasaan sehingga menyebabkan semua ini terjadi.
Dia akui, pada awalnya dia menerima Kirana kerana ketika itu dia keliru. Kehilangan Darlen membuatkan dia jadi binggung dan tidak tentu arah. Kirana yang sentiasa ada di sisinya sehingga akhirnya mewujudkan satu hubungan yang dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak di jelaskan.
Dia juga cuba mencintai gadis itu. Segala permintaan dan kehendaknya dia penuhi tanpa seberang rasa beban.Tapi hatinya tetap tidak mampu melupakan Darlen.
Akhirnya, dia sedar... cintanya bukan pada Kirana.Hatinya ada pada Darlen Rose.Dan mungkin juga Tuhan itu sebaik baik perancang. Di ketika dia berada dalam delima, Darlen muncul tanpa di sangka-sangka.
Biarlah orang mengata dia kejam kerana membatalkan Majlis pertunangan itu secara tiba-tiba.Saat dia memandang wajah Darlen dia sudah tidak kisah tentang pendapat orang lain. Dia tahu dia kejam dan tidak adil pada Kirana tapi apa kan daya. Hati dan perasaan tidak boleh di paksa.
'' Sayang...please donts do this to me..'' Kirana merengkek separuh merayu. Dia tak mahu di usir dari kondo itu.Hendak membayar sendiri dia tak akan mampu.Kadar sewa sebulan hampir sama dengan bayaran gaji sebulannya. Tak mungkin dia mampu.
''Kirana... its over now...please understand....'' kesian memanglah kesian tapi sebelum segalanya bertambah berat, adalah lebih baik dia menjarakkan diri dari Kirana.Shawn cuba menyakinkan Kirana dan berharap Kirana menerima segalanya dengan tenang.
"Apa yang over Shawn?? You ingat semua ni boleh selesai dengan minta maafkah? You ingat Shawn...you masih berhutang dengan family i.You malukan keluarga i.Sekarang ni papa i sakit tenat sebab di hina saudara mara dan sekarang ni you kata semua ni sudah selesaiii?Bukan semudah itu Shawn!! '' tiba tiba kemarahan Kirana meledak.Dadanya berombak kencang kerana menahan marah.
"Kirana, sabarlah nda payah teriak - teriak. Sini kan office!" Shawn agak terkejut pada tindakan agresif Kirana.Mujur pintu bilik pejabatnya tertutup rapat kalau tidak pasti satu pejabat dengar suara jeritan Kirana.
"Biarlah orang dengar...biar orang dengar...!"
"Kirana.. you kenapa ni?Kita bincang hal ni lepas waktu kerja okey. Saya mahu keluar... so please ...you pergi sambung kerja you.. " Shawn tarik nafas panjang. Kesabarannya mula di uji Kirana.Dia paling tidak suka ketika waktu berkerja di campur- adukkan dengan hal peribadi.Kirana sendiri tahu tentang prinsipnya itu sejak dulu.
YOU ARE READING
DARLEN ROSE
FantasySINOPSIS Selalu kita dengar wanita bersaiz besar dan tidak punya paras rupa yang menarik akan selalu menjadi bahan usikan dan ejekan.Tapi tidak Darlen Rose! Siapa tidak mahu berkawan dengan anak tunggal Tan Sri Eyan Walker pemilik Empay...