"APA maksud kau Aiden?" Darlen pandang serius wajah lelaki itu. Baru saja dia bertenang daripada masalah Kirana tadi datang pula masalah baru.
" Cik Darlen... saya minta maaf tapi yes its true. Saya sudah lama tahu everything about you!" kata Aiden.
Sudah sampai masa untuk dia beritahu pada Darlen apa yang tahu selama ini. Dan apa yang berlaku hari ini adalah kesempatan yang paling baik untuk dia berterus terang.Darlen tergamam. Perasaannya bercampur baur. Ada rasa malu, marah dan rasa rendah diri muncul silih berganti. Dia malu kerana selama ini dia berlagak seperti tidak apa-apa yang berlaku sedangkan hakikatnya anak tunggal Tan Sri Eyan bukan lagi anak orang kaya.
Dia marah kerana Aiden telah berbohong dengan berlagak tidak tahu apa-apa sedangkan dia tahu semuanya.
"Jadi seronoklah kau kan ketawakan saya? lepas tu canang sana sini tentang saya kan..."
Aiden mengeluh.Tuduhan Darlen terlalu berat. Tidak pernah terlintas di fikiranya hendak melakukan perkara seperti yang tuduh Darlen terhadapnya.
Aiden hendak beri penjelasan namun Darlen seakan tidak beri dia peluang." Semua orang macam tu kan...masa senang berebut-rebut orang mahu dekat.Semuanya mahu menumpang kesenangan saya. Tapi... bila saya sudah teda apa-apa tiada siapa lagi yang mahu berkawan dengan saya.Kau pun mesti kau kecewa bila dapat tahu yang saya ni bukan lagi anak orang kaya... " tambah Darlen lagi.Suaranya semakin mengecil kerana menahan sebak di dada.
"Cik Darlen!!!..apa yang cik Darlen cakap ni...." Aiden sentap! sejak bila pula dia rasa kecewa!!. Ikutkan hati mahu saja dia membalas semua serangan wanita itu tapi takut pula suara mereka di sedari ibunya nanti tak pasal-pasal keadaan tambah parah.
"Berhenti gelar saya cik.... saya nda suka dengar.Saya bukan majikan kau... saya juga bukan milik sesiapa... " bentak Darlen sekaligus membuatkan Aiden tersentak.Dia terdiam sejenak lalu pandanganbya beralih ke arah deretan pokok-pokok bunga kertas milik ibunya.Berberapa saat kemudian dia berpaling semula memandang Darlen.
"Dengar sini apa yang saya mahu cakap. Pertama... ya saya memang sudah lama tahu cik Darlen di ketepikan dari wasiat keluarga cik Darlen.Kedua.. saya juga tahu cik Darlen adalah tunang tuan Shawn.Dan yang ketiga.... saya berkawan dengan cik Darlen dengan niat yang ikhlas.Saya tak pernah letak sebarang syarat untuk berkawan dengan sesiapa.Dan sebenarnya sebagai manusia.. kita tidak berhak mempersoalkan apa yang telah di beri Tuhan...sekian terima kasih sebab mendengar!" ujar Aiden lalu dia terus meninggalkan Darlen.
Tiba-tiba Kata-kata Aiden meresep sehingga ke ulu hati Darlen.Lama dia termenggu sebelum Airen datang dan menganggu lamunannya.
" Ohh di sini rupanya kak Darlen..ingatkan betapuk lagi.. " Airen memandangnya dengan riak wajah yang cukup ceria bercampur dengan gurauan tentang kejadian pagi tadi.
"Saja ambil angin kejap..."
"Kak dengan abang ada masalahkah?" soal Airen.Dia agak pelik melihat abangnya masuk dalam keadaan bengang sampai dia tegur pun tak di layan.
"Ahh.. eh teda apa-apa lah.Dia risau Kirana mengkali.." dalih Darlen.Apasal pula nama Kirana yang kena ni!
" Mahu risau kenapa pula? Alaa setakat dia dengan kak Kirana tu BFF bah tu dari kecil. Teda maknanya abang Aiden mahu risau-risau pasal dia..."
Airen memang tahu sangat hubungan mereka berdua.Kejab gaduh kejap baik.
Darlen tayang sengih. Mungkin kerana hubungan BFF mereka Darlen sempat bersembunyi. Airen pula seorang yang tidak banyak soal. Laju je dia buat apa yang abang dia suruh.
YOU ARE READING
DARLEN ROSE
FantasySINOPSIS Selalu kita dengar wanita bersaiz besar dan tidak punya paras rupa yang menarik akan selalu menjadi bahan usikan dan ejekan.Tapi tidak Darlen Rose! Siapa tidak mahu berkawan dengan anak tunggal Tan Sri Eyan Walker pemilik Empay...