❤️ BAB 21❤️

570 61 3
                                    

SUDAH lama Aiden tidak menjenguk pusara kakaknya. Kakak sulung  yang telah pergi lima tahun lalu kerana  menderita kanser. Kehilangan wanita itu sangat terkesan di hati Aiden sehingga kini. Dia kehilangan satu-satunya insan yang sangat rapat dengannya. Entah mengapa hari ini seharian dia asyik teringatkan kakaknya. Rindu agaknya!

      Dia memakir kereta di pingir jalan sahaja.Senang untuk dia bergerak keluar nanti memandangkan dia tidak mengambil cuti dia terpaksa mencuri masa sebelum masuk pejabat pagi ini.Baru saja berberapa langkah dia berjalan menuju pusara kakaknya tiba-tiba hujan turun.Tidak lebat hanya renyai-renyai sahaja.Aiden tersenyum melihat pusara berwarna putih bersih di hadapanya.Jambangan bunga lili tadi di letakkan atas dada pusara itu lalu dia menitipkan doa.Tenang sudah hatinya kini.

     Ailen John -  01.09.2014 

    Hujan renyai tadi semakin lebat membasahi bumi.Aiden terpaksa beredar segera memandangkan selepas ini dia terus ke pejabat.Tiba-tiba matanya terpandang akan susuk tubuh sesorang yang sedang duduk di perhentian rehat yang ada di kawasan perkuburan itu.Entah mengapa hatinya bagai di tarik-tarik hendak mendekati tempat itu.Dan semakin dia menghampiri semakin berdebar jantungnya....

 ''BATALKAN semua meeting saya untuk minggu ini...lagi satu bermula esok saya akan bercuti..'' 

        "Tapi ada meeting penting dengan client dari Sarawak petang ni..'' Kirana tayang muka tak puas hati bila Shawn beritahu dia hendak bercuti.Seminggu pula tu! 

       " Gantikan dengan si Aiden..'' 

       " Aiden? '' 

       " Ya..Aiden..''

       "Tapi project ni penting ...'' 

       "Saya tahu sebab tu serahkan pada dia..'' 

        "Hurmm baiklah..'' Kirana sudah  tidak berani membantah sebaik saja melihat ketegangan di wajah lelaki itu.

      " Ada apa-apa lagi ?'' 

     " Hurmm..tak ada apa-apa cuma saya mahu tanya.Seminggu cuti pergi mana? Bukanya apa nanti kalau ada client tanya senanglah saya jawab..'' kata Kirana .Bukan client yang nak tahu dia pergi mana tapi dia.

     "Saya ada urusan peribadi dengan tunang saya.Tak apa kalau client tanya you just jawab saya pergi bercuti...'' jawab Shawn seraya bangun dari kerusinya lalu bergegas keluar.Dia tidak betah duduk di dalam pejabat.Hati dan fikiranya tidak tenang selagi Darlen tidak di temui.

Kirana merengus geram melihat Shawn pergi begitu saja.Sakit benar hatinya bila Darlen juga yang di sebut-sebut lelaki itu.Entah apa yang bagusnya si gemuk tu.Kirana tidak tinggal diam. Dia harus cari tahu apa sebenarnya berlaku.Riak di wajah Shawn dan juga cuti secara tiba-tiba cukup menjelaskan suatu telah terjadi.Darlen pun sudah tidak muncul-muncul di pejabat ini lagi.

"SAYA di mana ni? "Darlen yang baru saja membuka kelopak matanya agak terpinga-pinga melihat keliling.Entah di mana dia berada ketika ini.Dia juga tidak melihat sesiapa di dalam bilik ini.Baru saja dia hendak bangkit dari pembaringannya tiba-tiba muncul kalibat seorang gadis.Gadis itu tersenyum memandangnya.

      "Hai kak Darlen dah bangun...'' Airen menyapa mesra.Dulang berisi semangkuk bubur dan segelas susu di letakkan di atas meja bersebelahan katil Darlen.

     Darlen memandangnya sambil mengerutkan dahi.Dia inginkan jawapan.Jawapan tentang di mana keberadaannya kini dan juga siapakah garangan gadis muda dan comel di hadpannya ini.Dia yakin gadis itu mengenalinya kerana dia tahu namanya.

     "Ohh astaga lupa saya kasitahu kakak...nama saya Airen..kakak da di rumah saya sekarang ni.Pagi tadi abang jumpa kakak di rumah rehat sana tahan perkuburan.Dia bilang kakak ni bos dia tu yang dia bawa kakak balik sini.Kakak demam tahu..tapi jangan risau mama saya sudah rawat kakak...hehehe..'' ujar Airen.Dia pelik sebenarnya bila Aiden beritahu mereka tentang status wanita itu.Tapi memandangkan Aiden tergesa-gesa hendak masuk kerja maka di biarkan saja persoalan tentang hal tersebut. 

DARLEN ROSEWhere stories live. Discover now