❤️ BAB 34❤️

1.2K 105 20
                                    

"KAK DARLEN!!!!"

(😌👆Teda gaun warna biru gaun merah pun bolehlah)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(😌👆Teda gaun warna biru gaun merah pun bolehlah)

Suara itu mengejutkan Darlen. Dia rasa dia macam pernah dengar suara itu.Terus dia segera berpaling.

Dan dia tergamam.

Airen! betul..suara yang memanggil namanya tadi adalah Airen!!

"Kak Darlen.... betulkan...you ni kak Darlen... kawan abang saya, Aiden..." kata Airen lagi.Tapi tiba-tiba rasa terujanya berubah  sebaik sahaja dia sudah berada betul-betul di depan wanita itu.

Seingat dia, Darlen yang pernah datang ke rumahnya dulu bersaiz agak besar berbanding wanita yang ada di hadapannya ini.Dia tiba-tiba jadi ragu-ragu pula. Tapi wajah mereka nampak serupa sangat.Atau mungkin pandangan matanya saja yang mengiakan mereka seiras.Dia silap orang kot! 

Jika di hitung masa itu, dia sudah lama tidak bertemu dengan Darlen dan dia pun tak begitu pasti bagaimana rupa wanita itu sekarang ini. Aiden pun tak permah lagi bercerita tentang dia selepas Darlen keluar dari rumah mereka.

Yang paling dia tak faham perubahan sikap abangnya. Tiba-tiba dia jadi pendiam. Tak lagi mulutnya becok bercerita ketika malam mereka. Senang cerita abang dia dah macam orang putus cinta sejak hari itu.

Darlen diam membatu.Dia terkejut sebenarnya......

"Tak apalah cik.. sorry saya rasa saya salah orang..!" Airen tersipu malu kerana yakin dia benar-benar salah orang.Riaksi wanita itu  sama sekali tidak kelihatan seperti Darlen yang pernah dia kenali dulu.Memang dari fizikal mereka sangat jauh berbeza. Persamaan yang ada hanyalah wajah mereka seiras sungguh.

Darlen tercengang! biar betul Airen tak cam dia lagi.

"Tapi kan muka cik kan...seiras betul dengan kak Darlen saya.."kata Airen lagi.Dia makin mendekat,tak puas hati betul dia selagi tak tengok betul-betul.Darlen telan liur... jika di fikirkan semula, ada baiknya jika Airen tak mengecamnya lagi.

"Ohhh..hemm..maybe kembar saya kali...'' Darlen berseloroh sambil menahan rasa gementarnya.Airen kerut dahi..kembar! 

"Maksud cik..cik ni ada kembar..'' 

''Ya...pernah dengar kembar kita di dunia ni ada tujuh orang...'' 

"Hishh..cik ni, itu saya tahulah...ingatkan cik ni kembar kak Darlen..'' suara Airen kedengaran sayu.

"Ohh....sorry cik adik salah orang.Cik tu dekat mana sekarang?"  Darlen sekadar hendak tahu tentang tanggapan semua orang tentang kehilangan dirinya. Mana tahu Shawn dah buat surat mati untuk dirinya.

Shawn!!

Tiba-tiba nama saja lelaki itu meniti di bibirnya dan wajah itu muncul di mindanya.

"Entahlah sis... abang Aiden tak pernah cerita....tapi saya memang lama sudah nda jumpa dia sejak dia keluar dari rumah kami tuhari.." ujar Airen dengan nada suara yang agak sayu.

DARLEN ROSEWhere stories live. Discover now