❤️ BAB 27❤️

750 81 22
                                    

'' Encik bagilah saya kerja apa pun cuci pinggan pun saya sanggup asalkan saya dapat duit.. tolonglah....'' rayu Darlen.
Sudah berhari-hari dia merayu-rayu mecari kerja tapi tak ada satu kedai pun yang sudi menerimanya walhal dia hanya minta kerja sebagai tukang cuci sekali pun tak ada yang mahu menerimanya.Mungkinkah kerana mereka melihat penampilannya yang serabai dan berbau hapak. 

     Dia menyeluk saku, wang yang dia ada sudah tidak banyak hanya cukup untuk sehari dua saja lagi.Setiap hari dia hanya membeli sebungkus nasi lemak sekadar beri dia tenaga untuk terus mencari pekerjaan.Tidurnya pula  beralaskan sekeping kertas kotak yang dia kutip di tong sampah.Dia tidur di bawah rimbunan pokok yang ada di taman-taman sekitar bandar.

     '' Sini teda kerja kosong pergi cari tempat lain...'' usir taukey kedai makan itu.Dia memang memerlukan seorang tukang cuci tapi di sebabkan tawaran dua pemuda tadi dia terus menolak Darlen.Siapa yang tak mahu menerima tawaran wang tunai sebagai ganjaran.

     "Tak apalah encik..terima kasih..'' Darlen hampa, walhal dengan jelas ada iklan  terpampang mencari tukang cuci di kedai itu.Mungkin jawatan itu sudah di isi, getus Darlen di dalam hati.
      Dia meneruskan langkah lagi sehingga dia kepenatan dan badanya yang lemah memaksa dia berhenti rehat di hadapan sebuah Restoran.Tanpa mempedulikan manusia-manusia yang lalu lalang di kawasan itu dia terus duduk dan bersandar pada dinding kaca restoran itu sambil memejamkan mata.Dia mahu berehat sebentar sahaja.

    "Hoii pengemis kalau mahu mengemis pun janganlah duduk sini...bikin kutur kedai orang saja..'' sergah satu suara.

Darlen tersentak,namun tubuhnya sangat lemah hendak berdiri.

    ''Maaf encik saya bukan pengemis... saya cuma mahu tumpang rehat sekejap saja boleh...kejap lagi saya pergi..'' jawab Darlen separuh merayu.

    ''Ahhh...saya nda peduli..sudahlah pergi dari sini...kau duduk sana bikin rusak pandangan mata saja nanti orang takut mahu masuk kedai ni... cepat blaah dari sini sebelum saya siram kau.... '' herdik  pelayan itu,sikit pun dia tidak bersimpati pada Darlen.

    ''Okeyy...okey saya pergi...saya minta maaf... '' tidak mahu mencari masalah,Darlen gagahkan diri  untuk bangun dan pergi dari situ.

     "Cepat pergi... bikin kacau saja sini... sudah mengemis nda lagi mahu mengaku... huhh..." dengus lelaki itu sebelum masuk semula ke dalam Restoran.

''KESIHANYA perempuan tu kan...'' Brenda mengeleng-gelengkan kepala melihat Supervasor Restoran itu menghalau seorang perempuan.Manusia sekarang ni sudah tidak ada nilai-nilai murni di dalam hati.Semuanya mementingkan diri sendiri.

     "Manusia memang begitu Brenda...tu orang masih ada dekat situkah? '' balas Aiden.Dia menoleh pada seseorang yang di kata Brenda tadi. 

    "Dia sudah blaah..dah mamat sotong tu halau dia mestilah dia takut...'' rungut Brenda.Sempat dia menjeling supervasor jadian itu.Menyampah pula dia! Lepas ni tak akan dia jejak kaki lagi ke dalam Restoran ini.

   " Kalau dia masih ada boleh juga kita belanja dia makan kan..'' cadang  Aiden.
     Tiba-tiba matanya terpandang  pada susuk tubuh seorang wanita bertubuh comel yang baru sahaja masuk ke dalam Restoran itu.Entah mengapa dia terus teringat pada Darlen.

    Entah apa khabar Darlen sekarang. Di mana dia berada dan bagaimana kehidupan dia. Selepas dia pergi secara diam-diam tempoh hari,tak ada lagi dia menerima sebarang khabar dari wanita itu.

     "Hoii kau kenapa tiba-tiba pandang perempuan tu semacam?tiba-tiba mengelamun pula tu... " tersentak Aiden di sergah Brenda. Terus dia cepat-cepat meneguk air kopinya. Yakss!! pahit.. berubah riak muka Aiden.

DARLEN ROSEWhere stories live. Discover now