DIDALAM kesibukan Shawn mempengerusikan mesyuarat penting pagi ini, telephone pintarnya tidak berhenti berdering.Shawn agak terganggu lalu dia beri isyarat pada Kirana agar menjawab panggilan itu.
Kirana mengerti lalu dia segera mencapai telephone itu lalu keluar dari bilik mesyuarat.Tertera nama 'Bibik Agnes ' pada screen.Dia segera menjawab tapi belum sempat dia bersuara kedengaran suara cemas di hujung talian sana.
"Tuan...tuan dekat mana ni ? tuan... ada asap keluar dari bilik cik Darlen tuan..apa saya mahu buat ni?...saya risau tuan..tuan dengarkah ni?Tuan...heloo.. heloo tuan..''
"Hemm...hello... maafkan saya.Saya setiausaha encik Shawn...encik Shawn sedang mesyuarat sekarang. Ada apa-apa pesanan untuk dia?''dari suara wanita itu saja sudah jelas menyatakan sesuatu telah berlaku.Apa lagi bila nama Darlen di sebut-sebut.
"Aduii...tuan ni mettinglah pula...cepat bagitahu tuan Shawn balik rumah sekarang juga.Cik Darlen dalam bahaya...'' beritahu bibik Agnes.Cemas!
Talian di matikan.
DARLEN buka jendela luas-luas supaya dia tidak sesak nafas dek asap yang semakin menebal.Idea mencetuskan asap seolah-olah bilik itu sedang terbakar muncul di mindanya sebaik saja dia melihat pemetik api.
Ya! pemetik api yang masih tersimpan di dalam loker bersama-sama buku-buku zaman kolejnya.Sejak bila dia ada menyimpan pemetik api itu dia sudah tidak ingat.Tapi kemunculan pemetik api itu bagikan penyelamat.Habis semua buku-buku rujukan dan folio bakar.Dia bakar betul-betul di hadapan pintu!!
Dia tahu di luar sana bibik Agnes pasti sedang cemas.Bila wanita itu cemas pasti dia akan segera buka pintu dan waktu itulah peluang untuknya melarikan diri.Darlen tebik dada...kau tak akan dapat kurung saya Shawn! gumamnya di dalam hati.
Seperti mana jangkaanya.Pintu dibuka,terpancul bibik Agnes dalam keadaan cemas dan terbatuk-batuk.Dia sangat yakin yang bibik Agnes hanya bersendirian saja ketika ini.Dia sempat dengar bibik Agnes menghubungi Shawn sebentar tadi.Sebab itu dia mengandakan lagi usahanya dengan menambah sedikit kain supaya asap semakin banyak.Dia yakin bibik Agnes tidak akan menunggu sehingga Shawn tiba baru dia akan bertindak kerana dia tahu bibik Agnes pasti tidak akan membiarkan dia dalam keadaan bahaya.Sebaik saja bibik Agnes masuk Darlen berlari keluar dan mengunci pula pintu bilik itu dari luar.
Bibik Agnes begitu terkejut sehingga dia tidak dapat berkata apa-apa!Dia hanya mampu berdiri kaku dengan wajah yang sudah pucat.Dia tertipu rupanya! Habislah....
"Maafkan Darlen bik..tapi Darlen teda pilihan...'' jerit Darlen di sebalik pintu.Dia benar-benar tidak berniat hendak menyusahkan pembantu rumah yang sudah di anggapnya seperti kakak itu.Tapi dia tidak ada pilihan lain.Dia tahu paling tidak pun Shawn hanya akan mengamuk pada bibik Agnes.
Tak mahu buang masa lagi Darlen terus masuk ke dalam bilik tidur utama.Bilik itu dahulunya bilik tidur kedua ibubapanya.Pasti sekarang ini bilik itu sudah di ubahsuai sepenuhnya dan jadi bilik tidur mewah Shawn.Yalah..dia kan dah jadi pemilik rumah ni.Mestilah dia sudah bermahajarela di rumah ini.Dia terpaksa masuk ke dalam bilik itu kerana mahu mencari beg tangan miliknya.Di dalam beg itu ada semua dokumen peribadi termasuk telephone pintarnya.Dia yakin Shawn pasti sembunyikan beg itu di dalam bilik itu.
Sebaik saja pintu bilik itu di buka. Dia terpaku....dia seperti tidak percaya apa yang sedang dia lihat ketika ini. Bilik tidur itu sedikitpun tidak berubah.Masih seperti dulu! tidak terusik apa pun yang ada di dalam bilik itu.
Darlen menghela nafas berat.Seketika dia terbuai dengan suasana bilik tidur itu. Bertapa dia begitu merindui suasana dan haruman bilik itu.Darlen menghampiri bingkai gambar yang masih tergantung kemas di dinding. Mereka seperti sedang tersenyum memandangnya.
YOU ARE READING
DARLEN ROSE
FantasySINOPSIS Selalu kita dengar wanita bersaiz besar dan tidak punya paras rupa yang menarik akan selalu menjadi bahan usikan dan ejekan.Tapi tidak Darlen Rose! Siapa tidak mahu berkawan dengan anak tunggal Tan Sri Eyan Walker pemilik Empay...