"KENAPA buat perangai macam tu?Nii saya mahu tanya.....apa bah masalah kau ni sebenarnya?Dari kau balik kelmarin sampai hari ni perangai kau pelik...tu tuan Shawn sampai basah kuyup dia kau kerjakan!!! Nasib baik dia nda ambil hati tau kalau dia ambil hati dia pigi report sama si Sofea macamana? kena marah kita tahu!! Kalau setakat kena marah nda apa juga kalau kena halau?? '' bebel Puan Linah pada Darlen. Dia sedaya upaya mengawal nada suaranya agar tidak di dengari Shawn yang ketika ini sedang mandi di dalam bilik air rumah mereka.Bengang betul dengan riak tak bersalah anak angkatnya seorang ni.Adakah patut di suruhnya lelaki itu pergi bersihkan kucing!!
''Buat apa?'' muncung bibir si Darlen kena bebel oleh puan Linah.Pura-pura dia tidak tahu apa yang berlaku terhadap Shawn. Tapi dia memang tak boleh nak move on kejadian yang menimpa Shawn.Sisa ketawanya masih tidak mampu di sembunyikan.Padan muka!Tapi yang buat dia tak puas hati tu,tak ada pula dia kena cakar sana sini.Kucing tu semua takut dia kah? dia yang hari-hari mandikan diaorang pun selalu dapat habuan.Yang si Shawn ni baru pertama kali elok pula perangai.
''Kau jangan macam-macam sana Darlen.Dulu kau sudah pernah buat dekat orang putih tu,hari ni kau buat lagi perangai dekat tuan Shawn pula!! Nda faham betul saya sama kau ni?! ''
''Amboi mak.... dulu dengan si Danish mak bela dengan orang gila ni pun mak bela juga... " Darlen cebik bibir.
" Habis tu memang kau yang salah!! " bidas puan Linah.
" Heermmm... aunty....janganlah salahkan Darlen.Sebenarnya saya yang tawarkan diri mahu tolong buat kerja tu semua" Shawn tiba-tiba mencelah perbualan tegang dua beranak itu.
Terkejut puan Linah mendengar suara lelaki itu dan dia sudah pun berdiri di belakangnya sambil mengelap rambutnya yang masih basah. Entah bila pula dia keluar dari bilik air itu. Rasanya jarak dia dan bilik air itu hanya tiga langkah.Tak perasan langsung dia.Darlen tarik muka menyampah.Tapi kenapa pula hati dia tiba-tiba berdebar! hishh... sedar diri Darlen!!
"Saya nda percayalah tuan. Mesti budak bertuah ni kenakan tuan kan.."
Darlen menjeling puan Linah. Selamba badak puan Linah membalas semula jelingan Darlen.Ketap bibir si Darlen menahan geram di hati.Mak dia ni bukannya reti membela dia!! Asyik-asyik dia juga yang salah! Ye..memang dia salah pun tapi selayaknya Shawn di perlakukan begitu.Dulu hidupnya lagi sengsara dari itu!!
"Tak apa aunty....saya okey.Saya anggap semua tu satu pengalaman baru dalam hidup saya. Lagi pun ndalah susah sangat pun bersihkan kandang tu. Dan yang bab mandikan kucing tu pun kira best juga... walaupun hakikatnya saya terpaksa mandi sekali.Oh ya jangan panggil saya tuan lagi ya aunty. Panggil nama saja.. " Mahu dia tak mandi sekali, dah namanya kucing memanglah tak mesra dengan air.Akhirnya dia yang terpaksa mandi sekali dengan mereka. Mujur dia tak di cakar, adalah segaris dua tapi tak begitu serius.
Semua itu tidak sedikit pun melemahkan dia untuk mendapatkan semula kepercayaan Darlen terhadapnya. Berilah dia seribu halangan dia tidak gentar. Yang penting Darlen kembali semula padanya.
"Okey Shawn...' Puan Linah tayang sengih. Entah apa lagi angin yang terkena dekat budak seorang sampai dia tak kisah nak bergaul dengan orang kelas bawahan macam mereka.
" Hahh... kan bagus macam ni..."Shawn tersenyum senang.Dia mengerling ke arah Darlen seraya tersenyum padanya. Namun senyumannya di balas jelingan menyampah.
" Ni aunty bagitahu....kalau Shawn mahu tahu kan, Shawn bukan orang pertama yang dia buat macam ni tahu?"
Ah, sudah! puan Linah sudah mula membawang tentang dirinya lagi. Darlen malas hendak dengar cerita yang sudah berpuluh kali dia dengar. Kalau mak angkatnya sudah mula bercerita dia tak dapat hendak buat apa-apa melainkan blah saja dari situ daripada sakit hati mendengar mak angkatnya menjajah cerita tentang perbuatannya terhadap Danish dulu.
YOU ARE READING
DARLEN ROSE
FantasySINOPSIS Selalu kita dengar wanita bersaiz besar dan tidak punya paras rupa yang menarik akan selalu menjadi bahan usikan dan ejekan.Tapi tidak Darlen Rose! Siapa tidak mahu berkawan dengan anak tunggal Tan Sri Eyan Walker pemilik Empay...