''ALAMAK...Darlen apa kau buat ni nak?'' jerit puan Linah. Pucat tak berdarah wajahnya melihat sekujur tubuh sedang elok terbaring di atas lantai semen.Melihat lelaki itu sama acuan dengan Ethen terus dia teringat pada pesanan Ethen pagi tadi.
Si Darlen pula di lihatnya sedang menguis-guis batang tubuh sasa itu dengan menggunakan sebatang kayu.Apa dia ingat itu biawak terdamparkah suka hatinya saja buat macam tu.
"Sudah matikah orang ni Darlen?!!'' soalnya pada Darlen.
''Haahhh sudah mati? mak ni biar betul!!! ndakan tin tu buli kasi mati urang.Ehhh mak ni buli pula dia buat lawak time begini bah.." kecut juga anak perutnya mendengar guraun mak angkatnya itu.
"Hahhh ...jadi memang kau punya kerjalah ini?"
"Dia ni penceroboh mak... memang patut pun kena pukul.Nasib baik sekali lempar terus kena kepala kalau nda mungkin saya yang terbaring dekat lantai tu... '' balas Darlen dengan bangga.
''Penceroboh!!!!!! ehhhhh budak ni aduii geramnya!!.Pencoroboh apanya ni Darlen oiii,dia ni si Danish kawan diurang si Ethen....'' sampai berkerut-kerut dahi puan Linah menahan geram.
"Hahhh😲....apa mak... di...dia ni yang di maksudkan Ethen tadi pa..gi tu kah mak?'' terkejut si Darlen mendengar kata-kata maknya.
Berubah terus nada suaranya.Alamak,kenapa dia boleh lupa janjinya pada Ethen tadi pula. Tapi mat salleh ni pun satu hal,siapa suruh datang tak bagi salam kan dah kena sambut dengan tin! cuba bagi salam baik-baik dapat juga kena sambut dengan teh ke kopi ke..hish!
'' Yaalah budak ni lah!!''
"Jadi mak macamana ni?''
Puan Linah jengkit bahu seraya mengangkat kedua tangannya ke atas sebagai syarat tidak tahu apa-apa.
''Hish mak ni orang tanya dia gitu ja jawapan dia..." rungut Darlen. Ikutkan kepalanya tinggalkan ja Mat Salleh ni dekat sini. Nanti dia sedar tahulah dia balik bukannya dia dah mati pun.. 🙄
" Amboi... kau yang buat onar mak pula yang kau suruh pikir! Ehh mak cubit-cubit juga mulut kau ni karang... " r
" Hurmm kalau macam tu kan mak..kita tunggu dia bangun sajalah. Kalau kita angkat dia bawa balik bukannya boleh muat kereta sorong tu pun...kalau mahu bagi dia cepat bangun kita rejis dengan air muka dia.. kompom terbangun tu dia '' cadang Darlen bersungguh-sungguh.
" Kau mau siram dia bagi dia sedar? boleh....tapi kan sebelum tu biar mak balik dulu supaya bila sedar dia nampak kau saturang saja. Kalau dia mengadu dekat puan Sofea pun kau saja yang kena marah mak nda terlibat sama..." balas puan Linah.
"Ehhh mana boleh macam tu mak... mak kan mak jadi harus melindungi anaknya. Maklah yang patut siram dia bagi sedar. Yang patut balik sayalah... saya kan anak gadis mana boleh sesuka hati berduan dengan orang lelaki. Betul kan mak? ."
"Amboii banyak cantik kau!"
"Saya memang cantik..."
"Ehhh... geram betul mak dengan kau ni Darlen... dia buat hal kita pula yang kena selesaikan hal dia.
" Sudahlah nda payah kau buat tawar menawar sana.Kau uruslah ni tetamu puan Sofea, mak mahu balik... 😒" puan Linah sudah bersedia untuk pergi. Malas benar dia hendak layan drama Darlen.
" Makk...kejam..pergilah balik biarlah saya sendiri menunggu putra Raja ni bangun mana tahu bila dia bangun nanti dia nampak saya terus dia melamar saya jadi bini dia dapat juga saya anak bermata biru..🙄" jerit Darlen pada puan Linah. Saja dia nak sedapkan hati sendiri.
Puan Linah hanya mampu mengelengkan kepala.Kalau Ethen tahu apa yang berlaku pada tetamu mereka,masaklah kau Darlen! Harap-harap mat salleh ni tak mengadu dia dapat layanan yang sangat istimewa! 😌
YOU ARE READING
DARLEN ROSE
FantasySINOPSIS Selalu kita dengar wanita bersaiz besar dan tidak punya paras rupa yang menarik akan selalu menjadi bahan usikan dan ejekan.Tapi tidak Darlen Rose! Siapa tidak mahu berkawan dengan anak tunggal Tan Sri Eyan Walker pemilik Empay...