❤️BAB 5❤️

682 46 2
                                    

"HISHH..rimaslah! Tidak payah solek tebal-tebal.Sikit-sikit cukupalah..'' dengus Darlen kasar.Tangan MUA yang menyoleknya kerap di tepis.Sebal bila terpaksa menuruti kehendak kedua orang tuanya.Ikutkan hati mahu saja dia mengusir keluar MUA itu keluar dari biliknya.

" Hai Darlen!!.."

Tiba -tiba satu suara menyapa.Dari cermin meja soleknya dia begitu terkejut melihat Amanda.

" Amanda!!!"
" Huishh Darlen...rindunya sama kau ni.."

Mereka berpelukan sambil menjerit seperti kanak-kanak riang.Sudah lama mereka tidak bersua muka.Selesai sahaja Majlis Konvokesyen,Amanda pulang ke kampung halaman ibunya untuk menemani neneknya.

Adalah juga mereka saling berhubung melalui facebook dan Whatsapp tapi tak ada pula Darlen beritahu yang dia akan bertunang.Penasaran juga dia hendak tahu siapa yang telah berjaya menbuka pintu hati sahabat baiknya itu..

" Owhhh diam-diam bah..siapalah yang bertuah dapat pikat hati kau ni.."
" Kau jangan mengulu saya sana.Kalau ko mao ketawa ko ketawa sajalah..''
" Ehh apa hal ni! Bila pula saya mengulu? Kau ingat saya datang sejauh ni semata-mata mahu mengulu kau kah? Saya mahu tengok hari istimewa kawsn saya yang comel ni bah...''
" Tiada maknanya! Benci! Menyampah adalah!''
" Kenapa kau cakap macam tu?.'' berkerut dahi Amanda memandang Darlen.
" Nda payah buat muka terkejutlah.Ya memang sekejap lagi saya jadi tunang orang tapi masalahnya saya pun nda tahu dari planet mana dia datang...!!''
" Apa kau cakap ni ?? kau bertunang tapi kau sendiri pun nda kenal siapa tunang kau? Biar betul kau ni?." Terlopong Amanda mendengar pemgakuan Darlen.

Dia tidak sangka di zaman ini masih wujud pertunangan yang di atur keluarga.Ingatkan dalam drama tv saja rupanya reality pun wujud.

" Ntah! Ni semua rancangan mumy dengan dady lah ni.Manda kau tolong bah saya...saya nda mahu bertunangggg!.''
" Hishh kau jangan buat gila Len..kau tahu di bawa sana punya ramai jemputan keluarga kau ni.Bukan jemputan biada-biasa tahu segala jenis pangkat ada tu.Kau jangan kasi malu dady dengan mumy kau sana...''
" Habis tu ndakan kau suruh saya bertunang sama orang yang saya nda kenal!''

Amanda jengkit bahu, hanya itu sahaja yang dia tahu.

" Arrhhhhh gilalahhhh! "
" Sabarlah Darl...pelan-pelan kau okey juga bah itu.Mana tahu lelaki tu memang sudah jodoh kau."
" Jodohlah sangat! Tapi nda apa! tahulah saya buat macamana nanti.Saya yakin lelaki tu bukanya suka saya pun...saya rasa mesti mumy dengan dady bayar dia supaya dia mahu bertunang dengan saya kan...'' Memikirkan itu,Darlen senyum kembali.

Baru dia terfikir tentang itu.Baginya mustahil ada lelaki yang ikhlas mahukan dia dengan keadaan tubuhnya dan wajahnya seperti ini.Dia sangat yakin lelaki itu pasti mahukan hartanya sahaja.

" Terpulang kaulah darl! tapi jangan sampai kau malukan dorang mumy dady kau sudahlah.."

Tiba-tiba pintu biliknya di ketuk.Amanda segera membukanya.Tersenyum Puan Sri Anatasia melihatnya sebaik sahaja pintu di kuak.

" Oh aunty pula.."
" Iya..."
Puan Anatasia segera masuk,dia mahu melihat persiapan Darlen kerana sebentar lagi rombongan lelaki akan tiba.

" Ya ampun Darlen! Kenapa nda siap lagi ni.." terkejut beruk dia melihat wajah Darlen yang masih belum di solek rapi.Dia melihat MUA yang bertanggungjawab mengubah Darlen.

MUA itu hanya mengeleng-gelengkan kepala.Dia tidak dapat menjalannya tanggungjawabnya jika tiada ada kerjasama.Sudah tiga jam dia menyolek Darlen tapi masanya hanya terbuang begitu sahaja.Setiap kali dia mencalitkan makeup di wajah Darlen, setiap kali itu juga gadis itu mengelapnya.

Mujur saja pelanggannya ini anak Tan Sri dan dia sudah di maklumkan lebih awal tentang situasi sebenar.Kalau tidak sudah lama dia angkat kaki dari melayan perangai gila anak orang kaya ini yang satu ini.

DARLEN ROSEWhere stories live. Discover now