AIDEN menongkat dagu sambil memerhatikan gelagat Darlen.Gadis itu makan dengan begitu berselera sekali.Aiden akui pada awalnya memang dia agak segan dan malu pada pandangan orang.Orang lelaki macam dia ada ego dan maruah yang perlu di pelihara.Jarang ada lelaki mahukan gadis pendek dan bersaiz XXL macam Darlen.Ada pun dapat di kira jumlahnya dan jumlah itu pun tak semuanya benar-benar ikhlas.Bak kata Kirana,Darlen anak orang kaya jadi kalau dah kaya tu memanglah semua nak dekati dia semata-mata hendak mempergunakan kelebihan yang dia miliki.
Bagi Aiden,semua itu sudah tidak lagi menjadi halangan untuk dia terus berkawan dengan Darlen.Malah sikap kasar dan sombong Darlen seakan menarik dirinya untuk terus mendekatinya.Dia sudah tidak kisah tentang saiz gadis di hadapanya itu.Padanya, Darlen gadis istimewa walaupun bersaiz XXL.
Darlen menyedari dirinya sedang ditenung Aiden tapi dia buat tak peduli baginya makanan di depanya lagi penting dari segalanya.Bukanya selalu dapat makan free macam ni.Lagipun dia yakin Aiden tenung dia sebab terkejut tengok cara dia makan dah macam tak makan sebulan.Ehhh tak..kalau sebulan mesti dah kebulur!
Tiba-tiba dia teringatkan tindakannya sebentar tadi.Dia masih belum menjelaskan mahupun meminta maaf pada Aiden.Entah apalah yang di fikirkan lelaki itu.Entah-entah dalam hati berbakul-bakul marahnya,yalah mana tahu ada teman wanita dia ke, kawan kepada teman wanita dia ke yang ternampak dia sentuh boyfriend diorang kan dah cari penyakit namanya.
Tapi kalau tengok riaksi Aiden, dia macam tak kisah sangat.Apa - apa sajalah!
Darlen mempercepatkan suapan demi suapan.Belum habis di telan yang ada di dalam mulut dia sumbat lagi dan lagi.Pipinya yang sudah sedia kembang bertambang kembang di isi dengan makanan.
Tercengang Aiden memandang kelakuannya.Bimbang pula dia kalau gadis itu tercekik.
Darlen senang bila perutnya kenyang.Dia tolak pinggan yang sudah kosong ke tepi.Segelas Milo ice di teguk perlahan.Lega!Nampaknya dia sudah tidak perlu lagi makan tengahari lagi.
"Thanks Aiden...kenyang sudah saya..'' Darlen tersengih sambil mengelap bibirnya dengan tisu.
" Setakat bihun goreng harga tujuh ringgit tak luak pun duit saya..'' seloroh Aiden.Dia tak kisah sekalipun nak belanja Darlen makan setiap hari asalkan dapat keluar berdua dengannya.
Darlen terkedu! Bagi dia tujuh ringgit itu begitu bernilai kini.Dengan duit tujuh ringgit itu dia boleh beli berberapa biji telur ayam dan juga lebih kurang dua bungkus bihun.Cukup untuk bekalan seminggunya.Ah,sungguh daif kehidupan gadis itu kini.
"Yeerrlahh ... kalau macam tu hari-hari belanja saya pun teda hal lah ni kan..''
"Saya tak kisah cuma..''
"Aikk tadi bilang tidak kisah tapi ada pula alasan dia...''
"Cuma saya takut nanti ada orang marah....'' sengaja Aiden berkata begitu.Nak juga dia tengok riaksi Darlen bagaimana."Ohh saya faham...tak apa saya bergurau saja...hurmm..lain kali bawalah dia sarapan sekali bah supaya nda salah faham.Apa pun thanks Aiden,saya masuk kerja dulu.'' Darlen segera bangun dari kerusi dan terus saja melangkah pergi.
Aiden mengaru kepalanya! Dia nak uji Darlen tak pasal-pasal dia pula yang jadi bingung.Siapa pula 'dia ' yang Darlen maksudkan ni!
"DARLEN...esok ada majlis makan malam syarikat tu ar kau jangan lupa.." sekali lagi Kirana mengingatkan Darlen tentang majlis makan yang di anjurkan syarikat.
Majlis yang diadakan setiap tahun bagi menghargai semua kakitangan syarikat.Darlen yang masih sibuk dengan kertas dan mesin photocopynya hanya diam.Dia tak ada rancangan hendak pergi ke Majlis itu.
Sebelum ini pun dia memang tak pernah ikut ayah dan ibunya pergi ke mana-mana acara yang di ajurkan syarikat.Baginya acara seperti itu pasti sangat membosankan.
Lebih baik dia keluar lepak dengan rakan-rakannya daripada melayan pelbagai jenis manusia yang mengelarkan diri mereka dato datin,tengku dan seangkatanya dengannya.
YOU ARE READING
DARLEN ROSE
FantasySINOPSIS Selalu kita dengar wanita bersaiz besar dan tidak punya paras rupa yang menarik akan selalu menjadi bahan usikan dan ejekan.Tapi tidak Darlen Rose! Siapa tidak mahu berkawan dengan anak tunggal Tan Sri Eyan Walker pemilik Empay...