"KAK NORA apa khabar? siou kak lama saya nda datang melawat kakak..'' puan Mery memeluk kakaknya mesra.Rasa bersalah pula dia kerana sudah lama tidak datang menjenguk mereka.
Bukannya dia tidak mahu datang tapi masa yang tidak mengizikannya.Setiap kali dia merancang ada saja halangan yang menghalang.
Puan Nora kalih pandangan ke arah Kirana.Sudah lama tidak bersua dengan anak saudaranya yang satu ini.Dia sudah banyak berubah.Semakin cantik dan bergaya.
"Kenapa datang tanpa bagitahu dulu ni.Kalau tahu awal-awal boleh juga saya masak-masak sikit...''
"Mak tu yang mahu bagi suprise kunun aunty...'' sampuk Kirana.Dia terus duduk di meja makan lalu tanpa segan tanganya terus membuka tudung saji. Ada bihon goreng ... Kirana tersenyum senang.Sebiji pinggan di atas rak segera di capai.Dia memang tidak malu-malu kalau sudah berada di dalam rumah mak saudaranya ini.
" Aunty ...mana si Airen dengan si Aiden nda nampak pula diurang?'' tanya Kirana lagi sambil menyuap bihoon goreng ke dalam mulutnya.
"Aiden pigi Hypermaket kejap beli sabun cuci kereta bilangnya tadi.Si Airen ada di bilik mengkali masih tidurlah tu.Malam bukannya reti tidur dekat subuh baru dia mao tidur. Sibuk telampau sama Novel dia... '' kata Puan Nora.Memang itulah saja kerja si Airen sementara menunggu peluang pekerjaan. Hobi katanya!
Kirana mengangguk-angguk kepala sambil menikmati bihoon goreng.Memang masakan aunty Nora yanh sangat sedap!
" Tak apalah kak.. tulis buku lepas tu jual kira dia ada pendapatanlah tu.Bukanya dia nda buat apa-apa pun...". Sampuk Puan Mery. Dia duduk di sebelah Kirana.
Di pandangnya Kirana dengan pandangan geram. Kerana tidak dapat menahan geram melihat tingkah laku Kirana dia terus melepaskan satu cubitan di peha kiri Kirana.Apa lagi tersentaklah si Kirana sampai tersedak dia.
Puan Nora yang tidak tahu apa yang berlaku turut tersentak. Cepat-cepat dia menuang air putih ke dalam gelas dan di hulurkannya pada Kirana.
"Itulah lain kali makan tu sopan sikit.Sudahlah nda tahu malu masuk-masuk dapur orang terus pi makan...hishhh. '' bebel puan Mery dengan nada yang geram.Dia memang tidak berkenaan akan perangai Kirana walaupun mereka berada di rumah mak saudara dia sendiri.Tak pasal-pasal pula mak dia dikata tidak pandai mendidik anak.
"Ehh mak ni sopanlah bah sudah sopan macamana lagi..'' rungut Kirana.Hilang sudah selera dia hendak terus makan walaupun bihoon goreng mak saudaranya itu sangat sedap.Pinggan yang masih berisi itu di tolak ke tepi.
"Biarlah dia makan bah Mery kenapa pula mahu di marah.Apa juga yang mahu di malu bukanya di rumah orang pun.Dari dulu memang si Ana tu bebas buat apa saja bila dia datang sini.Rumah ni pun rumah dia juga bah...anak-anak kau anak-anak saya juga nda payahlah kau fikir yang bukan-bukan sana....'' omel puan Nora sambil mengerling puan Mery .Kesihan pula dia tengok anak saudaranya itu.Bukan dia tidak tahu fikiran adiknya yang satu itu.Dia cuma bimbanglah tu anak gadisnya di kata orang!
"Kak...jangan kasi manja dia tu...sudah tua bangka macam ni pun perangai macam budak-budak. Cubalah sopan sikit tu perangai.. .'' bebel puan Mery sambil menjeling ke arah Kirana.
Cebik bibir si Kirana sebaik saja mendengar bebelan ibunya.Puan Nora hanya tersenyum sambil. mengeleng-gelengkan kepala.Ada-ada saja anak beranak ni!
"Tiapalah aunty...saya kenyang sudah...saya mahu pigi kawan si Airen lagi bagus daripada saya dengar puan Mery ni membebel.. ..'' Kirana terus bangkit dari kerusi dan berjalan menuju ke arah bilik tidur Airen.Semantara menunggu adik-beradik itu membawang lebih baik dia mencari tempat yang sesuai untuk tidur. Dan tempat itu tentu saja bilik tidur Airen. Yalah takkanlah bilik tidur Aiden pula!
YOU ARE READING
DARLEN ROSE
FantasySINOPSIS Selalu kita dengar wanita bersaiz besar dan tidak punya paras rupa yang menarik akan selalu menjadi bahan usikan dan ejekan.Tapi tidak Darlen Rose! Siapa tidak mahu berkawan dengan anak tunggal Tan Sri Eyan Walker pemilik Empay...