"BERTUNANG...apa maksud papa dengan mama ni? Bertunang dengan siapa?" Shawn bagai tidak percaya.Rupanya kedatangan ibu dan ayah angkatnya kali ini bersama niat.
" Maafkan kami Shawn,tapi mama sudah tidak ada pilihan lain.Kami mahu yang terbaik untuk Shawn dan Darlen..'' ujar Puan Sri Anatasia bersama senyuman.Dia berharap Shawn tidak membantah.
Shawn bingung.Fikiranya mula bercelaru."Siapa Darlen?Pernahkan kami bertemu?" Shawn hanya mampu mempersoalkan semua itu di dalam hati.Hendak bertanya tapi mulutnya bagaikan terkunci.
" Tapi kalu Shawn tidak sudi kami juga nda akan paksa.Kami faham Shawn.." Puan Sri Anatasia rasa bersalah melihat wajah sugul Shawn.
" Ma...bukan macam tu maksud saya tapi.."
" Mama faham Shawn nda apalah..''Renungan sayu ibu angkatnya membuatkan Shawn tidak keruan.Dia rasa bersalah! Dia tidak sepatutnya melukakan hati insan yang telah banyak membuatkan hidupnya lebih sempurna.Kerana merekalah dia sampai ke tahap ini..Benar! mereka tidak memaksa tapi lihat sahaja wajah sayu dan penuh dengan harapan itu.Dia benar-benar tidak sampai hati.Tapi bagaimana dengan perasaannya?
" Sudahlah tu Shawn! Lupakan saja hal ni sebenarnya selain itu, papa datang ni ada sedikit urusan mahu minta tolong Shawn juga". Tan Sri Eyan mematikan suasana yang agak tegang tadi.Dia mencapai fail dari begpacknya lalu di letakkan atas meja kopi di hadapan mereka.
" Apa dia pa.." dahi Shawn berkerut memandang dokumen yang di beri ayahnya itu.
" Hal kecil saja...ni ada berberapa dokument kamu tolong sign.Dokumen untuk syarikat papa.." kata Tan Sri Eyan.Dia agak gementar sebenarnya kalau-kalau rancangan yang ini akan terbongkar.
" Apa maksud papa?''
" Oh papa ada beli bangunan baru tapi papa mahu namakan bangunan itu atas nama Shawn.Itu saja bah..'' jelas Tan Sri Eyan lagi.
" Ohh.. okey pa..teda masalah..''Tanpa sebarang prasangka Shawn terus saja menandatangani dokumen tersebut. Tan Sri Eyan dan isterinya berpandangan sambil menarik nafas lega. Salah satu dari rancangan mereka sudah berjaya.
" DARLING, you pastikah Shawn akan ubah fikiran..'' keluh Puan Sri Anatasia pada suaminya. Mereka sudah pun berada di dalam perut kapal terbang untuk pulang ke Malaysia.
" Jangan risaulah,saya yakin Shawn nda akan membantah.Pagi tadi dia cuma bingung.Yalah siapa juga nda terkejut kalau tiba-tiba kena suruh bertunang dengan orang yang dia nda kenal malah nda pernah jumpa pun.Kita bagi dia masa untuk fikir pelan-pelan.Lagipun pengajian Shawn kan ada berberapa bulan lagi..''
"Tapi bolehkan dia terima Darlen...lagi satu macamana dengan nasib Darlen nanti.Betulkah apa yang kita buat ni? Saya risaulah!!''
"Jangan telampau risau bah.Sudah tiba masanya kita pulangkan balik apa yang bukan milik kita.Saya yakin Shawn akan faham lagipun Shawn tu budak baik.Kita patut bersyukur sebab Leah didik dia baik-baik ajar dia perkara baik-baik..'' ujar Tan Sri Eyan.Dia mengenggam erat telapak tangan isterinya.Usia yang sudah semakin sampai ke penghujung ini membuatkan mereka sering di hantui kesilapan 20 tahun dulu.
Puan Sri Anatasia mengangguk lemah.Dia melentokkan kepala di bahu suaminya.Dia cuba untuk melelapkan mata.SELEPAS menghantar ayah dan ibunya di Lapangan Terbang,Shawn tidak terus pulang ke rumah sebaliknya dia pergi ke Cafe milik sahabatnya.Cafe yang di miliki Alex tidaklah jauh dari kawasan tempatnya tinggal.Selalunya selepas kelasnya berakhir di Cafe itulah dia akan menghabiskan masa terluangnya dengan berbual-bual dengan Alex.Jika dia tidak ada kelas pula dia akan datang membantu Alex melayan pelanggan.
Dia mengenali Alex sudah tiga tahun.Alex orang sabah dan sudah pun berkhawin.Isterinya juga juga orang sabah.Isterinya masih belajar di universiti yang sama dengan Shawn.Alex mengambil keputusan berhijrah ke Negara ini kerana tidak mahu berjauhan dengan isterinya.
Berbekalkan pengalaman dari perniagaannya di Sabah dalam bidang panstry dia mengambil keputusan untuk membuka cafe ini.Selain itu dia juga menyediakan berberapa hidangan malaysia lain seperti nasi lemak. Tentu saja Cafe Alex sering di kunjungi pelajar-pelajar dari Malaysia sepertinya.
" Kenapa muka kau nampak kusut ni bro?''
Tanya Alex sebaik sahaja melihat Shawn duduk dengan wajah agak tegang.Pelik melihat Shawn seperti itu. Meja yang di gemarinya adalah di sudut Cermin kaca yang membolehkan dia melihat pemandangan luar.
Alex menghampiri dengan membawa segelas Latte kegemaran Shawn." Entahlah bro saya pun nda tahu..'' keluh Shawn.Permintaan ayah dan ibunya bermain-main di ruang fikiranya.Dia buntu!
" What happen? Kau kena kena paksa khawin kah?'' Seloroh Alex.
Shawn melepaskan keluhan.Gurauan Alex benar-benar tepat! Pasti Alex akan terkejut beruk bila dia mengiakan kata-kata gurauan Alex.
" Kau rasa saya patut ikut permintaan mama dengan papa saya kah Lex?''
" Permintaan apa? Cuba kau cerita saya dari A sampai Z dulu.Ini tiba-tiba terus minta pendapat..''
" Mama dengan papa mahu saya khawin dengan pilihan diorang..''
Alex terlopong! Pecah ketawanya mendengar kata-kata Shawn.Tak sangka guruannya benar-benar terjadi.Tapi melihat Shawn yang hanya tersenyum kelat,dia terdiam.
" Kusut ni bro!!'' kata Shawn.Dia tahu semua ini kedengaran kolot.Zaman sekarang mana ada orang tua yang mengatur jodoh untuk anak-anak mereka.Tapi dia pula sebaliknya.
" I am sorry,saya nda tahan mahu ketawa bah.Tapi serius diorang mahu kau khawin dengan pilihan diorang?''
" Diorang ndalah paksa tapi saya tahu dorang berharap saya ikut pilihan diorang.Kau pun tahu kan status saya ni cuma anak angkat.Selama ni pun diorang yang besarkan saya hantar saya belajar tinggi-tinggi.Kau rasa saya ada alasan mahu tolak permintaan diorangkah?''
" Saya faham Shawn..tapi hati dan perasaan kau macamana? Kau kenalkah perempuan tu? Kau pernah jumpa? Cantikkah? Kurus? Gemuk? ?''
" Manalah saya pernah jumpa..cuma mama ada cakap nama dia Darlen.Cantik atau tidak ,kurus atau gemuk bukan masalahlah Lex tapi itulah macam yang kau cakap hati dan perasaan saya macamana?''
" Saya pun nda tahulah Shawn.Kalau ko tanya saya memang saya nda boleh terima.Tapi kalau kau bilang kau nda kisah tentang peras rupa and everthing tentang calon isteri kau why not kau cuba kan.Lagipun kau juga bilang kau nda sanggup buat parent kau sedih.."
" Well itu saja jalan yang saya nampak Lex.." Mungkin dia boleh mencuba setidaknya dia tidak akan menyakiti hati kedua-dua insan yang telah membesarkannya.Mungkin sudah tiba masanya dia harus membalas budi mereka dengan cara seperti ini.
YOU ARE READING
DARLEN ROSE
FantasySINOPSIS Selalu kita dengar wanita bersaiz besar dan tidak punya paras rupa yang menarik akan selalu menjadi bahan usikan dan ejekan.Tapi tidak Darlen Rose! Siapa tidak mahu berkawan dengan anak tunggal Tan Sri Eyan Walker pemilik Empay...