"KIRANA... you buat apa di sini?" Shawn kelihatan hampa.Lain yang dia harapkan lain pula yang terjadi.Dia menyangka Darlen sudah kembali.Seketika dia menghela nafas berat bagi tersedar dari mimpi di siang hari.Kalau Darlen kembali untuk apa dia pergi.
"Ohh sorry kalau saya menganggu.Sebenarnya saya datang nak jumpa Darlen tapi...."Kirana teragak-agak hendak meneruskan kata-katanya sambil itu dia tayang riak wajah sedih dan simpati.Dia harus berlakon sebaik mungkin di hadapan Shawn.
Dengan hanya sedikit lakonan, dia berjaya mengorek segala perkara yang berlaku di dalam rumah Agam ini melalui bibik Agnes.
"Pekara kecil saja..'' Shawn melabuhkan punggung di kerusi meja makan itu.Bibik Agnes segera menuang segelas jus orange dan di hulurkan pada majikannya itu. Kesihan pula dia tengok majikannya malam ini.Muka penat,rambut serabai muka tak ada semangat langsung.
"Patutlah you ambil cuti...you jangan risaulah nanti dia baliklah tu.Lagipun she is you sister.Kat mana-mana dia pergi pun orang akan layan dia baik-baik.Oh ya..mana tunang you?bukan hari tu you kata dia dah balik malaysia?'' sengaja Kirana bertanya soalan itu.
Sementara itu,bibik Agnes yang sedang membasuh di singki terkejut sebaik saja dia terdengar kata-kata wanita yang tadinya mengenalkan diri sebagai kawan baik Darlen.
Cik Darlen itu kan bakal isterinya tuan Shawn apasal pula jadi adik tiba-tiba ni?sejak bila pula cik Darlen di luar negeri? getusnya di dalam hati.Kehairanan!"Keadaan office okey kah?'' Shawn sengaja menukar topik perbualan.
Shawn Sengaja hendak mengelak hendak jawab soalan Kirana.Lagipun sudah dua hari dia tinggalkan pejabat,walau dia sibuk memikirkan Darlen kerisauan terhadap syarikat tetap ada."Office okey dont worry cuma ada client yang mahu jumpa you,mereka menolak jumpa wakil yang syarikat hantar.."
"Tak apalah lagi dua hari saya masuk pejabat...''
"You pasti ke Shawn..'' tanpa sedar Kirana menyentuh tangan lelaki itu.Teruja bila Shawn kata begitu, sekaligus membuat dia terlupa tentang soalannya tadi.
Shawn hanya mengangguk. Jus Orenge yang di sediakan bibik Agnes di teguk perlahan. Di atas meja makan itu sudah tersedia hidangan makanan seperti mana yang dia arahkan pada bibik Agnes pagi tadi. Dia melepaskan keluhan berat. Entah bagaimana keadaan Darlen ketika ini?
"Oh ya..tadi saya ada masak lauk kampung.Mana tahu you berminat mahu cuba..'' tanpa menunggu respon Shawn,Kirana terus bangun lalu menceduk sayur jantung pisang ikan masin dan lada putih tumis ikan bilis.Sebenarnya lauk itu mak dia yang masak dan dia pula curi-curi membungkus lauk-lauk itu semasa mak dia tak ada di dapur.Dengan pantas dia memasukkan lauk-lauk tersebut ke dalam bekas Tupperware.
Kirana beria - ia meminta Shawn mencuba masakannya.Demi menghargai usaha Kirana, Shawn tidak menolak lagipun lauk yang di hidang Kirana nampak menarik.Dari mencuba sedikit terus jadi sepinggan nasi di habiskan Shawn.
Sepanjang hidupnya inilah kali pertama dia memakan hidangan sebegitu. Dia membesar di oversea sudah tentulah dia tidak berpeluang menikmati rasa masakan kampung seperti itu.
Kirana tersenyum bangga melihat Shawn menikmati hidangan makan malam yang dia sediakan. Tanpa Shawn sedari, Kirana curi-curi merakam aksi lelaki itu.
Sementara itu, Bibik Agnes memandang majikanya dengan pandangan tidak percaya.Mahunya dia tak terkejut, tak pernah-pernah makan malam dekat rumah ni tiba-tiba hari ni dia boleh makan dengan menghabiskan sepinggan nasi!"Lelaki...lelaki...nampak yang seksi selim depan mata terus rasa cili pedas pun terasa manis!!! kesian kau Darlen...minta-mintalah bila kau balik nanti kau jadi kurus kering body lentik baru padan muka tunang kau... sempat bibik Agnes merungut di dalam hati sebelum keluar dari ruang dapur. Sakit pula matanya memandang Kirana tergedik-gedik macam kucing nak minta kena belai.
Menyesal sungguh dia percayakan Kirana sebentar tadi. Nampak sangat wanita itu tidak ikhlas dan ada niat tak baik.
YOU ARE READING
DARLEN ROSE
FantasySINOPSIS Selalu kita dengar wanita bersaiz besar dan tidak punya paras rupa yang menarik akan selalu menjadi bahan usikan dan ejekan.Tapi tidak Darlen Rose! Siapa tidak mahu berkawan dengan anak tunggal Tan Sri Eyan Walker pemilik Empay...