DARI jauh Kirana melihat Aiden tergopoh-gopoh turun dari keretanya.Kirana memang sengaja menunggu kedatangan Aiden pagi itu.Yalah semalam kan dia dah buat bos marah.Nak juga dia tengok Aiden berani tunjuk muka lagi ke tak hari ini.Nampaknya Aiden begitu yakin untuk terus berkerja di syarikat ini.
Dia amat yakin setelah apa yang berlaku semalam mustahil Shawn akan membiarkan dia terus bekerja di syarikat ini.
"Aiden...tunggu..''
Aiden yang berjalan tak pandang kiri kanan segera menoleh pada empunya suara yang memangilnya.Melihat Kirana berjalan ke arahnya dia segera melajukan langkah menuju ke lift.Kebetulan pintu lift sudah terbuka, Aiden segera masuk dan dengan pantas tanganya menekan butang close.Lega bila dia dapat mengelak dari Kirana.Dia memang tak ada mood nak bertekak dengan Kirana hari ini.
Di dalam mindanya ketika ini hanya memikirkan Darlen sahaja.Selepas mereka berpisah semalam dia sudah tidak dapat menghubungi Darlen lagi.Kerisauan di hatinya menyebabkan dia tidak dapat lena semalaman dan tidak sabar-sabar menunggu siang hari.
Aiden menekan nombor aras letaknya pejabat Darlen. Sebaik tiba terus dia masuk dan segera mencari Darlen di dalam bilik photocopy tapi hampa Darlen tidak ada di situ.
Benarlah kata hatinya sejak semalam setelah apa yang berlaku sudah tentu Darlen tidak ingin muncul lagi di pejabat ini.Dan yang pastinya Darlen akan jadi bahan jenaka di pejabat ini.
Aiden melepaskan keluhan sebelum berjalan keluar sebelum kehadirannya disedari.
"Patutlah kau laju-laju jalan tadi kan sampai saya panggil-panggil pun kau buat nda nampak saja.Rupanya kau nda sabar-sabar mahu jumpa heroin dugong kau tu pula...'' sindir Kirana sinis.Dia menghalang langkah lelaki itu.Memang tepat tekaanya tadi.Aiden tidak masuk pejabatnya tapi datang ke pejabatnya untuk mencari Darlen.Memang dia tidak payah susah-susah nak kejar dia pun.
"Kau ni apa hal pagi-pagi buat dosa ni..'' geram Aiden bila Kirana tidak habis-habis mengejek saiz fizikal Darlen.Kalau ikutkan hatinya dah lama dia bagi cili dekat mulut kurang ajar sepupunya itu.Makin menjadi-jadi perangai belagaknya sejak dia bergaul mesra dengan Shawn.
"Opss marahnya kau Aiden.Err sejak kau rapat dengan budak gemuk tu perangai kau pun sudah berubah owh kan.Dulu kau nda macam ni pun.Macam tadi....saya teriak-teriak panggil kau tapi kau boleh blahh macam tu saja kan..'' rungut Kirana geram!
"Saya mahu cepat...''
"Mahu cepat konon..padahal tidak sabar-sabar mahu jumpa si gemuk tu kan!!Ehh.. kau nda malu kah Aiden...kau tahukah sekarang ni kau sudah jadi bahan ketawa dekat office ni!! Saya nda faham betullah sama kau ni tau..punyalah banyak perempuan lawa yang cantik yang selim...dalam office ni tapi si gemuk tu juga yang kau ikut ke hulur ke hilir...kau.....''
Belum sempat Kirana menghabiskan kata-katanya Aiden sudah berjalan keluar. Tak kuasa dia hendak dengar ceramah hati hitam sepupunya itu.Bertambah kusut fikirannya.
Kirana menahan geram.Sebal dan bengang pada Aiden.Dia tidak puas hati Aiden pergi macam tu saja.Dia keluar dan mengejar Aiden tapi langkahnya terhenti sebaik sahaja melihat Shawn tiba-tiba keluar dari pintu lift.Cepat-cepat dia berpatah balik semula.
Aiden bertembung dengan Shawn di hadapan pintu lift.Hanya renungan tajam yang di berikan Shawn padanya.
Aiden diam seribu bahasa.Tib-tiba dia begitu kelu hendak bersuara walaupun sekadar hendak menyapa "selamat pagi "!
"BIBIK tolong buka pintu ni?Saya mahu keluar bik...'' rayu Darlen dari dalam biliknya.Jika tadi dia yang beria-ia mengunci dan meletakan penghadang agar tidak ada sesiapa yang dapat masuk tapi sekarang dia pula yang telah di kunci dari luar.
YOU ARE READING
DARLEN ROSE
FantasySINOPSIS Selalu kita dengar wanita bersaiz besar dan tidak punya paras rupa yang menarik akan selalu menjadi bahan usikan dan ejekan.Tapi tidak Darlen Rose! Siapa tidak mahu berkawan dengan anak tunggal Tan Sri Eyan Walker pemilik Empay...