❤️ BAB 41 - Final❤️

1.3K 89 15
                                    

DARLEN merenung wajahnya di hadapan cermin meja soleknya. Sesekali dia melepaskan keluhan kecil.Entah mengapa dia bagaikan tidak senang melihat Shawn melangkah keluar dari rumah Agam ini sedangkan dia sepatutnya gembira.Ah, serabut Darlen memikirkan hal itu.

Kedengaran pintu biliknya di ketuk perlahan dari luar. Malas - malas dia hendak buka pintu. Seboleh-bolehnya dia tak mahu di ganggu. Sebaik pintu di buka terjengul si bibik Agnes di hadapan pintu bersama dulang berisi  segelas Juice Orange.Wanita itu tersenyum lalu melangkah masuk ke dalam bilik tidur Darlen.

"Owhh....kau pula bik..." Darlen senyum saja melihat tingkah pembantu rumah itu.

"Ya... takkanlah tuan Shawn pula kan. Tuan kan sudah pindah... " seloroh bibik Agnes.

Darlen rasa terpukul dek kata kata gurauan serupa sendirian dari bibik Agnes. Hilang terus senyuman di bibirnya.

"Ini saya ada bawakan air jus orange kegemaran kau.Minumlah... " dulang berisi segelas jus orange diletakkan di atas meja kopi. Di dalam bilik tidur Darlen terdapat ruang tamu bersaiz sederhana. Lengkap dengan set sofa, meja kopi serta TV.Suatu dulu itulah ruang kegemarannya. Menonton Movie tanpa sebarang gangguan memang sangat menenangkan. Namun sekarang, tidak lagi. Jika di berikan pilihan, dia akan memilih berada di rumah kucing dan berbakti dengan mereka.

" Terima kasih bik.Tapi kan bik lepas ni nda payahlah layan saya lagi. Saya bukan majikan bibik lagi kan... "

" Aikkkk...siapa kata cik Darlen bukan tuan saya? Cik Darlen kan tunang dan bakal isteri tuan Shawn jadi mestilah cik Darlen akan jadi majikan saya nanti..."ujar Bibik Agnes dengan nada suara yang cukup yakin.

" Apalah yang bibik mengarut ni? "
" Cik Darlen... bibik ni bukan mau ikut campur urusan kamurang tapi bibik ni nda sampai hati tengok kamu berdua macam ni. Tuan Shawn tu sebenarnya dari dulu sayang dengan cik Darlen tapi..."

"Tapi apa bik?Janganlah cakap pasal hal lepas bik....saya pun nda mahu ingat sudah. Saya balik sini pun sebab terpaksa dan saya akan bawa mak angkat saya balik rumah kami esok.."

"Janganlah cakap macam tu, tuan Shawn tu cuma tersilap langkah sikit. Bagilah dia peluang betulkan kesilapan dia.Bibik tahu dia salah... dan bibik memang nda setuju cara dia layan Darlen dulu tapi tuan Shwan sudah menyesal tu. Sejak Darlen pergi dulu.. setiap hari dia sama bodyguard dia keluar cari Darlen di semua tempat.."

" Iyalah tu bik... dia sibuk cari saya atau dia sibuk cari penganti saya.."

" Apa maksud cik Darlen ni? " berubah terus riak wajah bibik Agnes.

" Bik... jangan ingat saya bertapuk dalam hutan tu saya nda tahu apa yang berlaku? Tuan bibik tu hipokrit sebenarnya! Iya.. iya konon mencari tapi sebenarnya dia cari saya sebab mahu pastikan sama ada saya masih hidup atau sudah mati!!"

Bibik Agnes terus terdiam.Terkedu sampai dia tidak tahu hendak kata apa.Dia terlupa tentang kehadiran Kirana.Ya,Kirana...wanita gedik tak tahu malu yang sering menempel tuannya. Mujur mereka tak jadi bertunang! Tuan Shawn ni pun satu hal, sibuk sangat melayan tu lah pasal masuk perangkap si Kirana.

"Nda apalah bik..perkara sudah lepas kan. Saya pun malas mahu ingat lagi.."

Bibik Agnes hanya mampu mengeluh di dalam hati. Miskipun dia sedikit terkilan akan kedegilan Darlen namun dia tidak menyalahkan Darlen sepenuhnya.Dalam hal ini Shawnlah yang harus berusaha keras jika mahu Darlen menjadi miliknya semula.

SUDAH hampir dua minggu Darlen dan puan Linah berada di rumah Agam itu.Sofea dan Ethen sudah pulang diam-diam tanpa pengetahuan Darlen.Puan Linah pula kelihatan seronok menghabiskan masa dengan bibik Agnes di taman kecil yang dulunya taman kesayangan ibunya.Tak sangka taman itu masih kelihatan seperti dulu.Bunga dan pokok-pokok kecil yang ada bagaikan tidak mati di telan masa.Semuanya masih seperti dulu.

DARLEN ROSEWhere stories live. Discover now