❤️BAB 18❤️

601 67 7
                                    

SAYUP-SAYUP Darlen seperti terdengar suaranya di panggil.Semakin lama semakin jelas suara itu sehingga membuatkan dia terjaga.Namun sebaik saja dia membuka mata suara itu sudah tidak kedengaran lagi.Tidurnya tidak lena walaupun di dalam bilik  tidur yang cukup selesa.Bilik tidur yang selama ini di rinduinya.Tapi entah mengapa dia sudah tidak begitu selesa.

Perlahan-lahan dia bangun dari pembaringannya.Dia berjalan menuju ke arah tingkap lalu langsir berwarna ungu satin itu di selak. Sinaran cahaya matahari mula menyinari seluruh ruang bilik tidur itu.

Darlen melepaskan keluhan yang begitu berat sekali.Ingatannya kembali pada peristiwa semalam.Entah bagaimana dia harus meneruskan kehidupanya selepas ini.Pasti ketika ini dia menjadi bahan ketawa di mana-mana.

Dan dia paling tidak sangka sekali Shawn benar-benar nekad melakukan semua itu terhadapnya.Dia terlalu bodoh sehingga lelaki itu punya peluang mengotakkan kata-katanya selama ini.

Penat termenung dia pergi ke bilik air.Lebih baik dia segera membersihkan diri lepas tu blah dari rumah ini.Rumah ini bukan lagi rumahnya dan tak ada sebab dia hendak berlama-lama di sini.Dia di hantar ke sini pun atas paksaan entah apa niat Shawn sebenarnya.

Baru saja dia hendak melangkah  kedengaran pintu biliknya di ketuk berkali-kali.Langkah Darlen segera terhenti.Entah mengapa jantungnya berdebar sakan dan dalam masa yang sama tiba-tiba mindanya membayangkan wajah Shawn.

Wajah itu sedang memandang dia dengan pandangan yang cukup tajam sekali dan wajah itu juga seolah-olah sedang memberitahunya bertapa lelaki itu begitu membenci dirinya.

Ah,peduli apa dia,kalau Shawn begitu membencinya dia pula seribu kali ganda membenci!!.

Ketukan itu tiba-tiba berhenti Darlen menarik nafas lega.
Tapi tidak lama kemudian dia terdengar seperti gugusan kunci terjatuh di atas lantai.

Sepantas kilat Darlen berlari menghampiri pintu.Dia tak mahu bertemu lelaki itu buat masa ini.

Segera dia menolak kabinet meja soleknya.Tidak cukup dengan itu dia menolak pula almari yang berisi pakaian dalamnya.Biar Shawn tidak dapat masuk!!.

“Kau jangan berangan dapat masuk dalam bilik ni...saya nda mahu jumpa kau.’’ jerit Darlen sekuat hatinya.

"Di sebalik pintu,bibik Agnes tercengang.Kenapa pula budak ni teriak-teriak sebut nama tuan Shawn.."Dia pandang David kehairanan.

“Pintu ni kuncinya sudah terbuka tapi kenapa macam tersekat…’’ kata bibik Agnes sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal.

“Sini saya cuba…’’ David mengambil alih.Di tolaknya pintu itu sekuat hatinya tapi tetap sama.Memang ada sesuatu yang menyekat pintu itu.

Tiba-tiba David ketawa.Sah Darlen memang menyekat pintu itu supaya tak ada sesiapa yang dapat masuk.Jangan dia larikan diri ikut tingkap sudahlah.Karang tak pasal-pasal diorang pula kena larikan dia ke hospital.

“Darlen…ini uncle ni.Kau okey kah?? ni bibik Agnes ada bawa sarapan untuk kau.Bagilah kami masuk nak..’’ David cuma memujuk.

Bibik Agnes terkebil-kebil memandang David.Dia memang tak faham apa yang berlaku sebenarnya.

Semalam tiba-tiba saja David menghubunginya dan minta dia datang ke rumah Agam untuk menemani Darlen.Tapi sebaik dia tiba batang hidung Darlen pun dia tak nampak.

“Apa sebenarnya terjadi sama dia tu David?’’ bibik Agnes mula menyoal.David melepaskan keluhan berat.Dia sendiri juga tidak tahu apa sebenarnya berlaku.Hendak bertanya empunya badan tak di layan.

“Entahlah Nes… saya pun tak tahu..’’ keluhnya.

“Sudahlah David….kau turunlah pi sana bawah biar saya yang pujuk dia..’’

DARLEN ROSEWhere stories live. Discover now