"NAMA aunty siapa?" Darlen mula bersuara, sudah agak lama dia duduk bersama wanita itu usai dia kenalkan diri tadi tapi tak ada sepatah pun suara yang keluar dari bibir wanita itu. Yang ada hanyalah senyuman yang tak pernah lekang dari bibirnya.
"Saya minta maaflah kalau saya kacau aunty,kalau aunty nda selesa saya pergilah..." kata Darlen lagi.Pun begitu, masih tidak ada sebarang respon dari wanita itu. Darlen mula di himpit rasa serba salah, mungkin benar kehadirannya hanya menganggu. Akhirnya Darlen berdiri dan mula mengatur langkah untuk pergi dari situ.
"Rose mahu pigi mana tu?"
Langkah Darlen terus terhenti.Dia berpaling semula memandang wanita itu.
" Err aunty nda marah saya duduk dekat aunty?" soal Darlen.
" Tak ada sebab aunty mahu marah, tempat ni pun bukannya aunty punya."
Darlen menarik nafas lega seraya kembali melabuhkan punggung di sebelah wanita itu. Sekurang-kurangnya dia sudah tidak bersendirian sekarang. Dari riak wajah tua itu, dia dapat merasakan wanita itu tidak sama seperti gelandangan lain.Dia kelihatan bersih dan sepertinya dia tidak tidur di jejantas ini seperti mana gelandangan lain.
" Nama aunty, Linah...panggil sajalah apa-apa ikut suka Rose." ujarnya mula memperkenalkan diri. Tadinya wanita itu nampak sedih ketika menyentuh= pipinya. Tapi ketika ini, dia seakan berubah watak. Dia nampak dingin.
" Ohhh...hurmm kenapa aunty ada di sini? keluarga aunty mana?" Soal Darlen, sambil itu dia curi-curi merenung wajah wanita itu.
" Rose buat apa di sini? Keluarga Rose mana? "
Darlen terkedu, dia hampir terlupa tentang dirinya juga.Keadaan mereka sama saja. Sama-sama bergelar gelandangan.Jika sudah namanya gelandangan pastinya mereka sudah tak ada sesiapa yang mahu ambil peduli.Pastinya mereka tak punya keluarga.
"Saya yatim piatu aunty.. tak ada sesiapa dalam dunia ni lagi..."
"Aunty pun sama juga..." ringkas saja jawapan wanita itu. Dia malas hendak cakap banyak-banyak tentang dirinya.Dan dia tak suka kisah hidupnya di ungkit semula.
"Aunty ni suka senyum yerkk... dari tadi asyik senyum saja.."
"Habis tu mahu buat apa?ndakan mahu nangis pula.." suara wanita itu kendengaran sedikit kasar.
Darlen tersengih bak kerang busuk. Padu betul jawapan wanita itu padanya. Sebiji - sebiji dia kena.
''SHAWN, ada apa-apa khabar tentang Darlen?its almost one month kan. Seriusly.. saya risau sudah kawan saya tu.Entah apa khabar dia kan. Sihatkah dia? " luah Kirana usai mesyuarat berakhir.Sengaja dia hendak melihat riaksi lelaki itu.
Shawn yang sedang leka melihat telephone pintarnya tidak mengendahkan pertanyaan Kirana.Dia sedang leka melihat satu persatu gambar-gambar yang di hantar Dino kepadanya. Bercampur baur perasaannya melihat gambar-gambar itu.
"Oh ya...Shawn, macamana hubungan you dengan tunang you? Everthing is okey?" Kirana tidak puas hati selagi Shawn tidak beri respon. Dia tahu apa yang melekakan lelaki itu.Gagal mendapat respon tentang kisah Darlen dia bertanya pula tentang kisah 'tunang' lelaki itu.
"Apa maksud you?
"Oh tak ada apalah, just tanya mana tahu ada masalah macam hari tu. Saya boleh tolong... "
"Ohh... thanks Kirana,but kami okey tak ada apa-apa masalah. Biasalah PJJ kan.." Shawn sedikit gemuruh.Renungan Kirana seolah-olah wanita itu tahu sesuatu.Tak belum masanya orang-orang di dalam pejabat ini tahu tentang status sebenar hubungan dia dan Darlen.
YOU ARE READING
DARLEN ROSE
FantasySINOPSIS Selalu kita dengar wanita bersaiz besar dan tidak punya paras rupa yang menarik akan selalu menjadi bahan usikan dan ejekan.Tapi tidak Darlen Rose! Siapa tidak mahu berkawan dengan anak tunggal Tan Sri Eyan Walker pemilik Empay...