❤️BAB 15❤️

628 60 8
                                    

"APA masalah kau ni Aiden? Apa hak kau cakap saya macam tu?Kau ni kenapa hahhh...gila sudah??'' jerit Kirana.Dia bengang pada Aiden.Benar-benar bengang!.Dia tidak peduli pada mata-mata yang memandang mereka.Yang penting sakit hatinya mendapat penjelasan dari sepupunya itu.
Dia mengekori Aiden keluar dari lift tadi sedangkan pejabatnya terletak di tingkat atas bersama-sama dengan Darlen.

"Mari masuk bilik saya...'' Aiden menarik tangan Kirana dengan kasar.Geram betul dia pada tindakan tidak matang Kirana.Di buatnya pejabat ni macam pejabat bapa dia pula.Suka hati dia punya pasal dia terpekek terlolong macam orang kena rasuk hantu.

"Tau pun kau malu kan! Habis tu kau kasi malu saya tadi depan-depan si gemuk tu nda apa pula...'' terus saja Kirana menempelak Aiden sebaik saja mereka berada di dalam bilik pejabat Aiden.

"Saya nda berniat mahu kasi malu ko bah Ana..saya cuma nda mahu kau cari masalah di pejabat ni...''

"Masalah apa ? masalah saya syok dekat tunang orang? Adui Aiden kau bulikah jangan masuk campur urusan peribadi saya...''

"Saya bukan mahu masuk campur urusan peribadi kau tapi sekarang ni kau tu jadi punca hubungan orang lain berpecah belah.Kau tu perempuan Ana..apa perasaan kau kalau tunang kau kena kacau perempuan lain mesti kau marah kan...'' beria-ia Aiden cuba menasihati Kirana.

"Amboi Aiden kau bercakap macamlah kau tu baik sangat..kau ingat saya nda tahu apa tujuan kau rapat sama si gemuk tu..."

"Kau cakap apa ni ?''

"Hoii Aiden...kau cakaplah kau pun mao membodek si gemuk tu..''

"Bodek apa ni ? kau jangan cakap sembarangan sana arr..''

"Kalau bukan sebab kau mo membodek ndakan kau mao mengurat si gemuk tu..'' teka Kirana sambil keningnya terangkat.Saja dia nak kenakan Aiden.

"Kau jangan mengarut sana..''

"Manalah tahu kau berkenan dengan budak gemuk tu...alaa dia gemuk pun dia kaya.Kau boleh saja bah try dia itupun kalau kau nda malulah pasangan kau saiz tong dram hahahaha...''mengekek Kirana ketawa.

"Saiz dia besar macam tu pun sekurang-kurangnya dia ada dah bertunang...kau?''

Serta merta wajah Kirana berubah.Dia pandang Aiden tidak berkedip....tapi tidak lama kemudian tersembur gelaknya.

"Bertunang?Serius kah apa saya dengar ni Aiden?Budak gemuk tu ada tunang? Serius!! aduii adakah yang mao dia tu.Siapalah lelaki malang tu,atau mengkali dia bayar tu lelaki jadi tunang dia.....lucu lah pula...'' Kirana begitu galak membuat andaian sendiri.Baginya Darlen itu gemuk,tidak cantik dan dia sangat yakin tidak ada lelaki yang akan jatih cinta padanya.Kalau ada pun kerana mereka di bayar!

"Ya....dia sudah bertunang dan saya rasa kan kau patut berhenti berangan-angan..''

"Hahahaha kau ni kenapa Aiden...dia yang bertunang kenapa pula saya kena berhenti berangan-angan....''

"Sebab dia tu tunang Shawn....!!!''

"Whattt!!!!''

********************

DARLEN pergi ke dalam bilik pantry.Dia capai cawan lalu membacuh segelas milo panas.Balang berisi biskut di buka penutupnya.Sekeping roti bersaiz empat segi di ambil dan di cecah dengan milo panas tadi.Menyesal pula dia tolak pelawaan Aiden mengajaknya bersarapan tadi.Sekarang ni dia terpaksa makan roti kering cecah milo.Dia terpaksa berjimat memandangkan hujung bulan jauh lagi.Gaji yang dia terima pun bukannya banyak.Gaji taraf kerja kerani berapalah sangat.

Usai sarapan dia cepat-cepat keluar dari bilik pantry sebelum Kirana mahupun Shawn melihatnya.Kalau Shawn nampak dia tentu sehari semalam lelaki itu ketawakan dia.Darlen kembali ke meja kerjanya semula.Bukan main terperanjat dia bila meja kerjanya tadinya kosong kini penuh dengan fail dan semuanya di beri notis hendak di gunakan dengan kadar segera.

DARLEN ROSEWhere stories live. Discover now