"OMG what happen again?" terbuntang mata Sofea melihat kecederaan di lengan Danish. Lelaki itu hanya tersenyum sambil mengusap lengan yang penuh dengan kesan cakar.
Darlen yang duduk di sebelah puan Linah tayang muka selamba.Dia menumpuhkan perhatian terhadap pinggan berisi ayam goreng KFC di hadapannya. Bukan selalu dapat makan sedap macam ni, ada peluang makanlah puas-puas.
Puan Linah pula sudah pandang dia macam dia dah buat salah besar. Dan Ethen lebih suka jadi pemerhati.
'Kejap lagi mengadulah tu orang putih ni dekat cik Sofea... hishh dia sendiri yang cari penyakit! 'sempat Darlen merungut di dalam hati.
"Nothing series Sofea, its just bit injured.That cat doesn't like me i think..'' Danish mengerling ke arah Darlen,namun wanita itu hanya bersaja lagaknya. Seperti dia telah lupa apa yang berlaku siang tadi.
" Hurm okey.. after this please be carefull friend..'' kata Sofea.
''Oh..please donts worry about me.. i am happy for this,even if some people don't like me. But it's okay I try to make her like me..'' kata-kata gurauan Danish tidak beri kesan pada Darlen. Dia tetap berlagak biasa. Danish mengeluh di dalam hati.
'' Its okey Danish...me like you..'' puan Linah pantas menceriakan suasana yang hampir murung di wajah Danish.Dia menceduk seketul ayam goreng berempah lalu di letakkan di atas pinggan lelaki itu.
"Nah.. try eat this chicken its verryy delisius...KFC is not delisius" kata puan Linah. Berbelit-belit lidahnya menyusun ayat bahasa english. Dia tak begitu mahir berbahsa english tapi dia tidak juga buta bahasa itu sepenuhnya. Dia bukan Linah yang datang dari keluarga yang susah sampai tidak pernah pergi sekolah.Cuma nasib tidak menyebelahinya sehingga dia di buang bagai anjing kurap kerana harta.
Danish ketawa melihat tingkah puan Linah.
Darlen pula rasa hendak lempar lelaki itu dengan ayam goreng itu.Biar padan dengan muka poyo dia tu!'' Okeylah..Actualy malam ini saya ada berita gembira mahu kongsi tulah sebab saya panggil kamurang makan malam dekat rumah saya..." Sofea mencelah gurauan Danish dan puan Linah.
Dia kembali kepada fokus utama di sebalik tujuan makan malam itu di adakan. Dia sudah tidak sabar hendak berkongsi berita gembira ini.
Semua mata terus tertumpu pada Sofea. Memang sedari tadi Darlen perasan pasangan suami isteri itu nampak sangat gembira.
Danish yang tidak faham sepatah pun kata-mata Sofea turut tersenyum.
" Ceritalah apa dia puan Sofea.." desak puan Linah,turut tidak sabar hendak tahu.Dalam tekaannya mungkin Sofea sudah mengandung!
" Okey.. semua sudah tahu kan yang semakin hari semakin banyak kucing yang perlu kita selanatkan. Jadi kos makanan dan perubatan semakin meningkat. Kita tak cukup dana untuk menampung mereka semua. Jadi saya dan Ethen berusaha cari penderma yang baik hati. Dan today... akhirnya kita dapat big sponser untuk rumah amal kita.." Teruja sungguh nada suara Sofea memberitahu berita gembira itu.
Bantuan yang sangat-sangat di perlukan bagi meneruskan misi dan impiannya.
Flashback
" MAAF menganggu tuan Shawn... saya Sofea dan ini suami saya Ethen..."Sofea mula memperkenalkan diri sebaik saja mereka masuk ke dalam bilik pejabat mewah dihiasi dengan dekorasi gabungan moden dan klasik.
Dia tak sangka pula pemilik Empayer terkemuka ini milik seorang jejaka muda dan kacak. Ketika Amber dan Leon beritahu dia tentang syarikat ini, dia beranggapan pemilik nama Shawn Andre itu seorang lelaki berusia dan berperut boroi.
YOU ARE READING
DARLEN ROSE
FantasySINOPSIS Selalu kita dengar wanita bersaiz besar dan tidak punya paras rupa yang menarik akan selalu menjadi bahan usikan dan ejekan.Tapi tidak Darlen Rose! Siapa tidak mahu berkawan dengan anak tunggal Tan Sri Eyan Walker pemilik Empay...