❤️ BAB 26 ❤️

558 61 6
                                    

'' AIDEN what the hell of this? apa hal ni?kenapa pelabur utama kita tarik diri?'' tempelak Shawn dengan nada yang cukup kasar. Sudahlah dia terpaksa menunggu hampir satu jam baru lelaki itu muncul.Lepas tu datang tayang muka selamba macam dia tak buat apa-apa salah.

         "Saya minta maaf dan saya akan bertanggungjawab kalau semua kesilapan ini datang daripada saya..'' jawab Aiden dengan nada tenang.Dia tak adalah tenang sangat cuma dia berlagak tenang.Entah mengapa dia rasa hendak terajang saja lelaki di depannya itu ketika ini.Dia tak tahu kah tunang dia sekarang ni dah macam gelandangan di luar sana.Dia ni manusia kah hantu?!

      ''Jawapan apa kau bagi saya ni haa?Hey...saya bukan mahu dengar kau bertanggungjawab atau tidak tapi saya mahu penjelasan?Macam ni jawapan seorang pengurus?Saya ingat kau hebat sangat sangat tapi rupanya indah khabar dari rupa saja...'' Shawn berkata dengan nada sinis.Sebelum ini dia sering mendengar pujian daripada semua ahli lembaga pengarah dan pengurus tentang kecemerlangan Aiden.Tapi dari sudut pandangan pula,lelaki itu tak adalah seperti mana yang di gembar gemburkan sebelum ini.

       Aiden menghela nafas berat seraya merenung tepat wajah Shawn.Dia tak rasa dia bersalah dalam hal ini memandangkan ketika projek ini di serahkan padanya,rundingan di antara kedua belah pihak sudah pun di lakukan.Ketika dia mengadakan pertemuan tempoh hari pun,dia hanya mendapat makluman perbincangan sudah pun selesai.Dia ambil alih pun baru dua hari lepas dan dia tak tengok dengan lebih jelas lagi tentang projek berkenaan.

      "Okey let me explen...pertama,saya dapat fail ni baru dua hari lepas dan mesyuarat bersama wakil pelabur pun baru sekali itupun tak ada apa yang kami dicsuss sebab they told me...semua perkara dan keputusan telah pun di hantar direct kepada tuan Shawn sendiri.So, what i can say? you nak saya buat apa? and one more thing... saya akan bertanggungjawab kalau perkara itu terjadi di sebabkan saya...bukan macam orang tu.Hipokrit!!'' Aiden terus berlalu keluar dari bilik itu.Ayat terakhir itu pula ayat sindiran untuk dia. 

         Shawn merengus marah lalu melepaskan amarah dengan melepaskan tumbukan di atas meja.Entah mengapa dia begitu marah pada kata-kata yang di lafazkan lelaki itu.Tidak lama selepas Aiden keluar, Kirana masuk  dengan membawa secawan kopi.Dia tahu suasana sangat tegang sebentar tadi kerana melihat Aiden keluar dalam keadaan marah-marah sampai dia tegur pun tak di layan.Dia mahu menyedangkan lelaki itu.

        "Oh my God..you okey ke Shawn?'' Alangkah terkejutnya Kirana melihat tangan Shawn  kemerahan. Dia dapat melihat riak wajah lelaki itu seperti sedang cuba menahan kesakitan.

       "Tak ada apa-apalah..... '' Shawn menjawab selamba. Kebetulan telephone pintarnya bergegar menandakan ada pesanan whatsapp di hantar padanya,terus dia capai telephone pintarnya.

     "Teruk ni...tak apa tunggu kejap..'' sementara melihat Shawn leka dengan telephone pintarnya Kirana terus keluar untuk mengambil ketulan ice dan sehelai kain untuk menuam bengkak si tangan lelaki itu.Berberapa minit kemudian Kirana masuk semula dengan membawa barang-barang tersebut.

       "Mana boleh tak ada apa-apa,tu tangan bengkak macama ni pun bilang teda apa-apa..sini saya tuam dengan ice...". Kirana besuara dengan nada yang cukup manja.Namun belum sempat dia menyentuh tangan Shwan, lelaki itu tiba-tiba bangkit dari kerusinya sambil tersenyum memandang Kirana.

      "Batalkan semua meeting saya hari ni. Saya ada urusan penting di luar.." sempat dia meninggalkan pesan sebelum kalibatnya hilang dari pandangan Kirana. Apa lagi panjanglah muncung si Kirana niat baiknya tidak di endakan Shawn.

"SEDAP kan makanan di sini Darlen?'' kata Chole,dia tersenyum sambil mengelap perlahan bibirnya yang merah menyala.Kemudian dia mengeluarkan cermin kecil dari tas tanganya dan gincu bibir berwarna merah hati.Darlen hanya memerhatikan tingkah laku Chole.Gadis itu benar-benar telah berubah watak.Dulu penampilannya sedikit tomboy,tak adanya dia nak pakai gincu dan tas tangan seperti sekarang.Tapi Chole yang ada di depan matanya ini sangat anggun bergaya.

DARLEN ROSEWhere stories live. Discover now